OOO

Jumaat, Januari 30, 2009

Roti Inti Kacang Merah dan Coklat

Oleh sebab malas nak cari resepi nak buat roti inti kacang merah dan coklat akak gunakan aje resepi dari si yani ..tokey myr tu...pastu tu ada pulak lebihan toping buat roti mexico...akak letak aje kat atas..janji sedap dan anak-anak puas hati...

Bahan-bahan (12 biji)

  • 120ml susu segar
  • 50g telur
  • 300g tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
Inti
  • pes kacang merah-digentel bulat
  • coklat masakan-dipotong dadu

Cara-cara

1. Masukkan tepung roti, gula, garam. Gaul sebati dan masukkan pula yis kering dan telur.
2. Masukkan pula susu segar dan kacau sebati sehingga doh kenyal dan licin. Masukkan mentega dan uli lagi 5-10 minit.
3. Tutup dengan cling wrap dan naikkan sekali ganda.
4. Apabila doh telah naik sekali ganda keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian(terpulang pada saiz yang diingini).
6. Rehatkan 10 minit.


Cara Breadmaker
  1. Masukkan kesemua bahan bahan roti ke dalam breadmaker kemudian tekan butang on.. Tunggu sehingga doh siap dan keluarkan. Bulatkan doh kepada 12 bahagian.
  2. Ambil doh kemudian isikan inti di dalamnya, tutup kembali rapat agar inti tidak keluar letakkan ke dalam dulang yang telah disapu dengan marjerin/mentega. Akak selalu alas dgn aluminium foil pastu sapu mentega/marjerin..senang nak basuh loyang.
  3. Jarakkan 1 1/2 doh roti antara satu sama lain kerana doh ini akan naik 2 kali ganda selama 45minit-1 jam.Paipkan topping mexican bun.
  4. Panaskan oven suhu 180C.
  5. Selepas itu baru boleh di masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan selama 20-35 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Sedap di makan petang hari bersama kopi/teh.....makan pulak panas-panas..baru keluar dari oven..

Rich Choc Puding


Tertarik tenguk puding ni...dahlah simple bahan dia ..pastu senang sangat nak buat....ambil resepi kat Myr hasil karya Puan Junjs 11 yang pandai masak tu...memang nyaman makan puding ni....orang yang sakit tekak elok makan tau...sebab pakai telan aje...tak payah kunyah-kunyah..
Puan Jun..akak copy and paste ajelah ye...mintak halal tau.....gambar ikan ni akak guna loyang kueh baulu bentuk ikan...idea yana ni...

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
Lebihan puding akak masukkan dalam bekas kecil-kecil...senang nak masuk dalam peti sejuk.

Khamis, Januari 29, 2009

Ayam Goreng Berempah Noorsha


Masak lagi ayam goreng berempah...anak-anak akak memang suka makan ayam goreng ni.....kali ni nak cuba pulak resepi noorsha dari myr...biasalah kan akak ni suka mencuba benda yang baru...okey jugak rasanya...
  • 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
  • * 1 biji bawang sederhana besar
  • * 2 biji bawang putih
  • * 1 batang serai
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)-tak letak.
  • * 1 sudu kecil ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • garamsecukupnya
  • Serbuk perasa (optional)-tak letak
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

Cara-cara

  1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
  2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. Lagi lama perap ....lagi sedap.Akak selalu perap 2-3 jam.
  3. Panaskan minyak didalam kuali. Sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
  5. Goreng serta merta hingga garing.
  6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, tak perlu masukkan telur n tepung.

Kari Kambing


Resepi ni di ambil dari rumah yann... di yanbu. arab saudi.....yang jauh di mata....katanya masakan kari kak long dia yang paling best..jadi akak pun buatlah..tapi akak tukar ke daging kambing....jadi cara masak dia lain ye yan..pastu tu akak ada tambah sikit bahan ye........akak c & p ye yan..tapi gatal pulak tangan ni nak edit...

Bahan-bahannya

  • 500 g daging kambing
  • 2 biji kentang-akak potong empat
  • 2 cawan santan (1 cawan utk santan cair dan 1 cawan santan pekat)
  • 1 peket serbuk kari daging-akak guna babas
  • 1 sudu besar serbuk cili-akak tukar ke cili kisar
  • 7 biji bawang merah - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - di ketuk/di hiris halus
  • 1 biji bawang besar dihiris-akak tambah
  • 2 biji bawang kecil-dihiris-akak tambah
  • 1 btg serai- di titik
  • 1 btg kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • sedikit kerisik
  • 2 biji tomato-1 dibelah 4 dan lagi satu di dadu kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa-akak tak letak
  • sedikit minyak
  • air secukupnya

Cara memasak:
1. Oleh kerana daging kambing ni kalau tak betul sembelih..bau dia hanyir...akak perap dengan rempah kari, halia, bawang merah dan bawang putih sehingga 1 jam.
2. Panaskan minyak.. tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar dan bawang kecil bersama daun kari sehingga terbit bau..
3. Kemudian masukkan serbuk cili, tomato yang telah di dadu dan serai.. biar hingga mendidih..

4. Masukkan daging kambing dan tambah air...kecilkan api...dan renih sampai daging empuk. .

5. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak dan masukkan ubi kentang.
6. Perasakan dengan garam. Masukkan asam gelugur.

7. Masukkan kerisik dan tomato.
8. Biar mendidih seketika shingga masak..
9. Hidangkan dengan nasi panas..akak goreng pepadum dan buat sambal belacan..

10. pasti terangkat..

Rabu, Januari 28, 2009

Flour Tortilla

Dah lama teringin nak makan tortilla...jejalan kat rumah anawahid http://waheedeana77.blogspot.com. ternampaklah pulak resepi ni kat rumah dia. Resipi asal kat Myr... by azareena ... 

Tortilla ni memanglah ada jual kat pasaraya...tapi rasanya puas hati buat sendiri...akak copy & paste aje ye...tapi edit sikit-sikit..jangan marah ye ana dan tuan punya resepi...nanti kena jual....


Bahan-bahan ( 12 keping )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)-akak ganti dengan minyak zaiton
  • 1 1/4 cawan air suam
Cara-caranya
1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.

4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.

5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)

6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.

Siap untuk di gunakan..

Oleh sebab banyak yang tak ada-akak pandai-pandailah modified apa yang ada kat rumah ...janji boleh makan..betul tak...bukan nak ikut betul-betul pun...

7.** Inti utk fajitas - grilled beef/chicken-akak tukar ke nugget ayam, pastu hiris tipis-tipis
* lettuce-salad
*salsa (tomato)
* guacamole (avocado)-tak letak pasal kat sini mahal bebeno
* shredded cheese-tukar slice cheese aje..
*sour cream-akak tukar ke mayonis campur dengan sos cili
*bawang besar holland di hiris bulat -utk hb...

Ke Mid Valley


Hari Ahad pergilah ke Mid Valley...suami ajak tenguk pameran ekonomi islam di tingkat 3...kedai cina memanglah tutup...pasal baru hari raya cina yang ke 2...yang bukak pun C4 dan Jaya Jusco..kedai makan seperti mcd, kfc, nando pun bukak jugak...

Punyalah ramai manusia kat hari terakhir tu...bersesak-sesak...hari terakhirkan banyak barangan lelong.......macam-macam produk buat orang islam yang dijual kat situ...dari rempah beraini, coklat, ikan masin dan mcm-mcmlah lagi...seronok tenguk orang islam berniaga..anak akak dan suami merasa makanan dan minuman yang di sediakan..tapi yang beli cuma coklat dan nugget ikan saje...

Tapi yang tak best tu...tempat solat kecik sangat..nak ambil wuduk pulak kat toilet..kesian tenguk orang-orang tua yang datang dari jauh.....kat belah jj tu memang ada tempat solat dan wuduk sekali...tapi mungkin mereka tak tahu ataupun malas nak turun ke bawah...nak tak nak kena lah ambil wuduk kat toilet..

Bestnya dapat dengan penyanyi lama menyanyi...Halil Chik...dia nyanyi lagi fofular dia dulu..lupalah pulak apa ke lagunya tu........power lagilah suara dia...lepak kejap dengar dia nyanyi..

Dulu masa muda Halil Chik ni handsome tau....lagi gaya penyanyi lama....suami berminat nak check mata kat permata hijrah...tapi punyalah lama nak menunggu...perut pun dah lapar...ajak anak-anak makan kat domino pizza....

Lepas makan beli barangan kat C4...ingatkan budget RM200...bila bayar kena RM237.00...padahal barang pun bukan banyak sangat pun....mahal betul barang sekarang ni...

Sampai kat rumah dah nak dekat pukul 5.00 petang...masak nasi goreng kampunglah jawabnya...goreng telur dadar....

Ikan Panggang/Bakar Portugis

Memang selalu dah buat ikan bakar ni...mcm-mcm ikan yang akak dah guna....seperti ikan pari, ikan kembung, ikan cencaru dan yang paling best..mestilah ikan terubuk....akak tumis semua bahan kisar tu dulu..sebab perut suami akak tak tahan kalau tak masak cili tu..

Ambil resepi dari cheff teruna yang fofular tu ...chef ah mat gebu...akak c & p ajelah cik mat..malas pulak nak menaip....resepi asal dari resipiogy.blogspot..terima kasih bagi resepi yang sedap ni...


Bahan Utama

  • 3 ekor ikan cencaru/kembung/terubuk/pari
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-tak buat..anak-anak tak suka
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula-akak bubuh gula melaka
  • 1 1/2 camca teh garam
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan Tumbuk Halus

  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-akak tambah 2 batang
  • 1 keping hirisan lengkuas-akak tak bubuh
  • 1 helai daun kunyit-akak tambah

Bahan Minyak Bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk

Cara-caranya
  1. UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
  2. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
  3. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  4. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.
Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak.

Akak masak atas kuali aje..

yang ni ikan pari

ikan kembung

ikan cencaru lagi

Lepas tu perah dengan air asam limau kasturi..adussss.....sedapnya makan dengan nasi panas-panas.

Isnin, Januari 26, 2009

Roti Canai Cicah Sambal Sardin


Sebelum gi ke kolam air panas tu ....pagi tu akak buat roti canai...cicah dengan sambal sardin campur ubi kentang...kalau nak roti canai...cari kat label roti ye...akak cuma bagi resepi sambal sardin aje...

Bahan-bahan
  • 1 tin besar sardin
  • 1 biji bawang besar-didadu
  • 5 biji bawang kecil-tumbuk
  • 4 biji bawang putih-tumbuk
  • 1 biji ubi kentang-potong dadu..lepas tu rebus empuk
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di tumbuk dan bawang besar di potong dadu.
2. Bila sudah naik bau...masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan sardin bersama garam dan jus asam jawa.
4. Setelah diperasa garam masukkan pula ubi kentang dan biarkan sebentar.
5. Bolehlah di angkat dan cicah dengan roti canai atau roti arab.

Ke Kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali

Cuti panjang sempena tahun baru cina kami tak ke mana-mana...pasal minggu depan nak balik kampung suami kat segamat pastu nak gi muar ada saudara suami buat kerja kawin..suami ajak ke kolam air panas di batang kali selangor..pasal suami ada terbaca kat dalam surat khabar pasal tempat ni..
Oleh kerana tak tahu jalan nak kesana..kenalah isi minyak dulu...suami ikut jalan nak gi ke pekan rawang...tapi rasanya sekarang ni taklah susah sangat pasal banyak papan tanda jalan.......kami pergi berempat aje....yang besar kerja part time...jadi tak lehlah join...
Dari pekan kali ke sini taklah jauh..jumpan pekan gapi....lepas tu ada papan tanda tunjukkan arah jalan nak ke situ...dari jalan besar nak masuk ke tempat ni jauhnya 6 kilometer..takut jugak tgk jalan ni gi ke situ....sunyi sepi........yelah jalan kg dan pastu banyak pokok durian..kalau musim durian lehlah datang kat sini...beli durian....
Dari jalan besar nak masuk ke tempat ni jauhnya 6 kilometer..dah sampai seronok pulak tenguk tempat ni...cantiklah jugak tempatnya......kat situ ada chalet..tapi belum siap lagi. katanya nanti ada buat perasmian tempat ni...tak tahulah bila....
Parking pun tak penuh..orang datang dan pergi..yelah takkan nak lama-lama kat sini...kulit macam udang bakar bila lama sangat berendam kat kolam air panas tu...
Ada tempat rehat, tempat persalinan dan tandas....ada tempat air panas yang berbau belerang kat sini...kalau bubuh telur boleh masaklah....dari situ di salirkan ke 2 kolam....
Satu untuk kanak-kanak mandi...air dia taklah panas sangat sebab dah di campur dengan air sejuk..kalau idak...masaklah kulit budak-budak ni....
Masa ramai kanak-kanak mandi kat sini...si imran seronok....tak lama kemudian mereka semua dah balik..dia dah tak ada kawan...dia join akak kat kolam orang dewasa pulak...
Siap pakai goggle lagi....imran ni memang suka mandi kat kolam....suka main air...
Sedaplah duduk kat kawasan ni...sunyi pastu orang tak ramai macam kat selayang tu...lepas tu masuk tak kena bayar lagi....
Untuk orang dewasa pulak air dia tak campur apa-apa....jadi panas gilerlah jugak...tapi akak tenguk ada makcik-makcik selamba aje berendam dalam air panas tu...katanya bagus untuk kesihatan....tak boleh jadi ni....akak malu pulak dengan imran dan si ira...mereka selamba aje rendam kaki....suami akak lagi berani....dia rendam 1 badan.....akak pun cubalah merendamkan kaki...lama-lama okeylah pulak....akak, ira, imran dan suami rendam 2 kali....nanti lama-lama kulit merah....

Lepas mandi kat tempat persalinan...kami balik dan singgah makan tengahari di pekan gapi...
Balik ikut jalan ulu yam...lagi dekat rasanya.....banyak betul orang berkelah kat hutan lipur ulu yam ni....cuacakan sekarang panas...jadi berendam kat air sejuk memanglah best...
Kami singgah di tempat rehat kat empangan batu...ira dan imran mintak nak makan aiskrim...
Tak lama kat sini....best jugak lah kat sini....pemandangan cantik....sampai kat rumah dah dekat pukul 4.00....semua pengsan sampai pukul 6.00 petang....malas nak masak...masak nasi goreng kampung dan suruh anak beli ayam golek......

Sambal Sotong Buah Keras


Tertarik dengan resepi kat rumah jie-jie's footpage ni..lainlah cara masakan dia...jadi akak cubalah buat...kan akak ni suka cuba resepi yang lain dari akak masak...tapi minta maaflah tuan punya resepi..akak tukar cara akak masak ye..

Bahan-bahan
  • 3 ekor sotong rendam ~ dibersihkan dan dipotong-potong kecil(akak tukar ke sotong biasa aje)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu gula-tak letak
  • 1 asam keping/asam jawa-akak guna jus asam jawa adabi
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 15 biji cili kering ~ direndam dengan air panas hingga kembang-akak rebus dulu kemudian baru kisar.
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili api ~ nak lebih pedas boleh tambah-tak berani akak..nanti ashik gi toilet aje..
  • 6 ulas bawang merah-akak suka tumbuk
  • 6 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 labu bawang besar-tumbuk
  • 2 biji tomato
  • 2 sudu udang kering-
  • 3 biji buah keras
Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dulu sehingga naik bau.
2. Kemudian baru masukkan bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan garam.
3. Masukkan sotong dan jus asam jawa. Biarkan sebati dan kering barulah di tutup api.

4. Angkat dan hidangkan.

Jumaat, Januari 23, 2009

Selamat Hari Jadi Ke 8 Tahun

Sebenarnya hari jadi muhammad imran ni jatuh pada 21hb. Januari bersamaan hari Rabu..dah masuk 8 tahun rupanya anak kecik akak ni (ye..ke yang bongsu)....tapi bila nak buat kek harijadi dia..teringatlah pulak dengan dengan athirah yang dah duduk kat asrama...bincang dengan suami dan anak-anak nak buat hari Jumaat bila ira balik cuti hari raya cina...tak bestlah kalau salah seorang tak ada.

Dari pagi akak dah buat kek span coklat ikut si nina-sweetlily kitchen..tokey kek ...dah lepas bakar kena tunggu kek sejuk dulu..baru boleh deco....selama ni akak tak pernah lagi deco kek.....cuma buat ganache coklat aje...minta tolong yana bagi idea...

Oleh sebab si imran ni peminat setia Ben 10...akak pun carilah image Ben 10...pergi dari umah ke umah..terjumpa pula dengan blog puan amal.fotopage.
dia pun ada orang tempah kek Ben 10...akak pun ambil inspirasi dari dia aje...terima kasih ye Puan Amal. Memang salutelah sape yang pandai deco kek ni...bukan senang tau kerjanya....

Tenguklah macam mana lintang pukang akak paipkan aising kat tepi kek....kena gi kelas decolah nampaknya....Punyalah seksa nak buat gambar Ben 10..akak dan yana gelak-gelak tenguk kecomotan gambar tu..yelah...nak lukis kat plastik gunakan coklat cair...pastu nak tunggu kering...barulah boleh di tekap ke atas kek...lepas kena letak piping jelly pulak....banyak kerja ....tapi akak puas hati...tak lawa pun tak apalah...janji imran dapat kek Ben 10 dia....


satu..dua..tiga...potong....


aduh...sakitnya kaki Ben 10 telah dipotong..

KEK SPAN COKLAT  
Bahan-bahan
4 biji telur
120gm gula kaster
1 camb ovalette - kalau tak de pun tak pe..
80gm tepung gandum
1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
20gm serbuk koko
65gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:


1. Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga putih menggunakan kelajuan maksimum..
2. Mesti kembang, pekat dan berwarna putih .... bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
3. Ayak tepung gandum , baking powder dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sebati.
4.Terus masuk minyak. Putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.

5. Bila adunan yang dah sebati, tuang dalam loyang berukuran 8". Boleh la di bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 minit api atas bawah..


*Kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai..

Mula cadang nak buat buttercream guna creamwell...tapi dah tinggal sikit pulak creamwell tu...malas nak keluar beli lagi...akak guna resepi yang lagi satu...

Bahan-bahan
  • 250gm butter
  • 200gm shortening
  • 1 tin susu pekat - ikut kemanisan memasing
Caraku:
- putar sumer bahan hingga kembang.
- letak kaler dan leh hias atas kek...

Terima buat nina-sweetlily's yang tak kedekut ilmu...dan puan amal nun jauh di utara....love you....

Roti Arab


Dulu kalau buat roti arab selalu guna resepi sofinar...nak cuba pulak buat kak fiza dari myr punya resepi...sedaplah roti arab ni..ada orang kata kat luar jual sebiji mahal bebeno....tapi kalau buat lagi untung...bukan susah sangat pun...makan dengan kari daging yang tak habis semalam....kenyang sampai ke petang...maaf ye kak fiza..edit dan ambil gambar kak fiza sikit..lupa pulak nak snap..

Bahan-bahan ( 16 biji )

BAHAN A
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air-akak gunakan air suam
BAHAN B
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair-akak gantikan dengan susu kotak
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Dscn0779
    Penyediaan yis (bahan A)
  2. Masukkan yis dlm mangkuk + gula + air suam dan kacau. Tutup dan biarkan sebentar. Yis yg elok ia akan berbuih.
  3. Dscn0778
    Tepung gandum + gula + garam + marjerin dan gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  4. Kemudian masukkan susu.....sambil tu tambah air sedikit-sedikit. Uli hingga jadi doh.
5. Doh harus lah lembut dari doh roti canai.......tak perlu uli hingga licin seperti buat roti-roti yang lain......tak mengapa jika adunan melekat ditangan, jangan di tambah tepung.
6. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
7. Selesai perap, tumbuk-tumbukkan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. Bulatkan doh.
8. Ambil sebiji dan canai....jangan terlalu nipis....agak-agak sendiri lah ye..! kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Canai hingga habis.

9. bila selesai semuanya bolehlah digoreng. Semasa menggoreng simbah-simbahkan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung. Api jangan terlalu kuat sebab jika minyak terlalu panas roti tak sempat kembung. Time nilah yang best........satu....

dua

tiga.....dah jadi....

9. Alih-alih kan roti dan masak hinga kekuningan....angkat dan toskan
Siap untuk dihidang.
10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging. Akak cicah dengan kari daging.
SELAMAT MENCUBA..!

Resepi Sardin Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Dari pagi puas akak godek pc ni nak masukkan gambar...tapi tak boleh...kenapalah agaknya..internet giler agaknya...bosan akak dibuatnya...nasib baik petang ni dah okey...
masak lauk ni dah lama dah.kalau akak dah boring akak masak lauk nilah...senang aje masaknya...

Bahan-bahan
  • 10 biji cili api-nak pedas..tambah lagi ye...
  • 1 tin besar sardin-akak suka guna cap ayam
  • 300ml santan pekat
  • 450ml air
  • 1 ikat pucuk ubi-selalunya akak beli RM1.00-rebus dan tos.
  • 1-2 keping asam keping
  • 2 batang serai-dititik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit-disiat dan di ikat
  • garam secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk cili api bersama serbuk kunyit, halia, kunyit hidup dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masukkan santan pekat bersama air (terpulang samada nak pekat lagi ataupun nak cair) dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan dan kacau selalu ye...
4. Bila telah mendidih..masukkan sardin dan biarkan ia masak sebentar.
5. Kemudian masukkan pula pucuk ubi dan daun kunyit. Perasakan dengan garam.
6. Biarkan sebentar dan bolehlah di tutup api. Sedap di makan dengan nasi panas-panas dan ikan sepat masin. Kalau tak habis..boleh buat cekodok nasi...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...