OOO

Jumaat, Februari 27, 2009

Ayam Paprik

Bahan:- (dipotong kecil)
  • 300 gm isi ayam
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum hijau-tak letak..tukar ke cili hidup di hiris
  • 1 labu bawang besar
Bahan Sos:-
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - di titik hujung dia (akak letak 2 batang)
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
4. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut.
6. Masukkan jus limau dan sedikit garam. Rasa dulu..barulah ditutup api.

Sedap di makan panas-panas..kalau ada tomyam lagi best.........

Nasi biryani lagi


Masak lagi nasi biryani...kali ni yana yang sponsor...beli sekotak aje...mahal katanya...macam biasa akak guna bombay biryani jenama shan...asli dari pakistan...kali ni akak masak ikut resepi kat kotak dia...masak nasi beryani kena banyak pakai bawang besar dan tomato..barulah kick rasa dia...sekotak ni cukup utk kami makan sekeluarga.
Bahan-bahan
  • 500-750gram daging lembu, ayam atau daging kambing(akak guna ayam)
  • 5 biji/2 1/2 cawan/300gram bawang besar di hiris halus
  • 4 biji/2 1/2 cawan/300 gram tomato di potong dadu
  • 259gram/4 biji tomato di kupas dan di belas 4
  • 3 sudu besar/25gram halia di potong dadu-akak tumbuk
  • 1 cawan/200gram yogurt biasa (plain)ataupun tairu ataupun 1 cawan susu cair perahkan 2 biji jus limau kasturi
  • 1 - 1 1/2 cawan/170-250gram minyak sapi
  • Sepeket bombay biryani-memang di sertakan bersama beras basmati

nilah rempah kat dalam kotak

Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga warna keperangan.
2. Masukkan tomato dan biarkan ia masak.
3. Masukkan pula ayam/daging lembu/daging kambing, halia, kentang, yogurt dan shan bombay biryani.
4. Masuk selama 15 minit. Masukkan 1-2 cawan air jika perlu jika daging masih belum empuk. Kalau guna ayam..jangan masukkan air. Nanti ayam hancur.

5. Biarkan kuah pekat dan rasa garam dulu...kerana selalunya dalam bombay beriyani ni dah ada garam...barulah di tutup api.


masak biryani ni..baik resepi diana ataupun resepi kat kotak..memang sedap dua-dua resepi ni..pilihlah yang mana satu



NASI BIRYANI


masak nasi cara diana tapi akak tunjuk cara resepi nasi ni yang ada kat kotak bombay biryani..lagi sedap resepi diana..terima kasih ye diana...sape yang masak cara diana cari kat label nasi ye...


Bahan-bahan
  • 600gm beras basmati-siap dalam packet-di rendam selama 30 minit.
  • 12 gelas air panas
Cara-caranya

1. Masukkan 3 sudu makan garam kedalam 12 gelas air panas dan masukkan beras yang telah di rendam.

2. Masak beras setengah masak dan alihkan dari dapur dan buang air lebihan tadi.

3. Letakkan ayam beriyani tadi dan lapiskan dengan nasi sehingga 2 lapis.

4. Tutup periuk dan masak diatas api perlahan sehingga nasi masak dan lembut.
5. Jangan di kacau selalu nasi ni..nanti tak cantik. Kalau kacau pun perlahan-lahan.
6. Campurkan semua sebelum di hidang.


Buat jugak kuah dalca...tapi anak tak suka makan..lain kali tak nak buat lagi...lagi satu pajeri ataupun acar memang tak laku...akak goreng papadum aje..

kalau ikut resepi diana memang guna daun pudina ni..akak memang tanam pokok pudina kat rumah...kadang-kadang buat air teh bubuh daun ni...sedap...

Khamis, Februari 26, 2009

Kad dari puncak, jawa barat, indonesia


Sebenarnya dah tepek pun kad ini....ingatkan dah ada...lepas cik min bagi tau tak nampak kad ni..akak pun cari balik...memang tak ada...hairan jugak....tak apalah..terima kasih bagi kad yang lawa ni...teringat kenangan lalu masa gi ke sini dulu...

Rabu, Februari 25, 2009

Ikan Keli Lagi......



Tiap-tiap minggu makan ikan keli..tak jemu-jemu kat rumah ni..kesukaan anak-anak....akak pun suka sebab ia murah dari ikan yang lain..tapi tang nak menyiang dan membersihkan tu yang leceh....nak buang lendir dan kat tepi insang ada darah hanyir tu...kali ni akak masak guna campuran lada hidup dan cili api..kalau nak cili api pun boleh...akak tak tahan pedas...tu sebablah campur...masak dia lebih kurang cam masak sambal jugak...
Bahan-bahan

  • 11/2 kg ikan keli-bersihkan..perap dengan jus limau 10-15 minit pastu basuh balik
  • 5 biji cili hidup
  • 20 biji cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-caranya
  1. Tumbuk/kisar cili hidup dan cili api. Kalau tumbuk lagi kawwwww...
  2. Tumbuk bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Jangan lumat sangat tau.
  3. Tuang minyak dan tumis bawang yang telah di tumbuk.
  4. Masukkan pula cili yang telah di kisar. Masukkan garam
  5. Biarkan semuanya masak dengan menggunakan api sederhana.
  6. Masukkan ikan keli yang telah di goreng kedalam nya.
  7. Tuang jus limau dan padam api. Rasa dulu garam baru di angkat.
Sedapnya makan dengan nasi panas..lepas tu buat pulak sup....laju aje menghirupnya sebab kepedasan...sup sayur ni tak payah resepilah...semua ibu/adik-adik pandai buat...

Blueberry Chocolate Sponge Layered Cake/Kek Span Coklat Blueberry


Oleh sebab yana nak buat sendiri kek ni..akak suruh dia buat sendiri..memang akak tak kacau pun...lagipun whipping cream masih banyak lagi...kalau tak buat nanti rosaklah pulak wc tu..dahlah mahal...alhamdulliah jadi jugak....resepi ni ambil kat rumah http://rinnchan.fotopages.com..kat rumah dia memang best..banyak makanan....akak c&p aje...malaslah nak taip..tapi akak edit sedikit..maaf ye tuan punya resepi asal namanya BLUEBERRY VANILLA SPONGE LAYERED CAKE.....tapi yana tukar ke kek coklat...bila sejuk lepa dengan whipping cream ..pastu tabur dengan badam cincang...


Bahan-Bahan

  • 5 biji telur (big ones anggaran 85gm each)
  • 190gm tepung gandum (ayak)
  • 190gm gula kastor
  • 40gm minyak jagung
  • whipping cream secukupnya
  • badam yang di bakar
  • jem blueberry

Cara-cara
  1. Pukul gula dan telor sampai kembang.
  2. Fold in tepong dan minyak perlahan lahan (sedikit demi sedikit.
  3. Part ni mesti hati2. Jangan over gaul. Nanti kek tak gebu.)
  4. Tuang adunan into a 9" acuan yang telah di alas kertas minyak dan bakar immediately pada oven bersuhu 165deg selama 40 ~ 45 mins.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven and biar hingga betul2 sejuk sebelum decorate atau potong.
* For chocolate sponge cake, larutkan 30g cocoa powder in minyak jagung. Tepong guna 165g, Gula kastor guna 200g.

Cara sama seperti diatas.
* Adunan kek tak mengunakan sebarang raising agent seperti baking powder ataupun ovelette. Kek tetap gebu ...because of the big eggs.



Selasa, Februari 24, 2009

Award dari kak intan lagi...

Alahai..terima kasihlah kak intan bagi ina award yang cantik ni...nanti ina gi rumah kak intanlah..nak menyembang....sayang kak intan..

Ikan Bakar Kak Ina

Kali akak buat ikan bakar stail akak sendiri....memang akak suka tukar-tukar resepi...kadang-kadang akak tambah buah nenas masaklah..tomato ..nak rasa kelainan...oleh sebab ikan terubuk banyak tulang.....akak dan suami punya.......terpaksalah buat ikan cencaru untuk anak-anak yang tak suka ikan banyak tulang ni...

Bahan-bahan utama

  • 1 ekor ikan terubuk di belah 2
  • 4 ekor ikan cencaru
Bahan-bahan lain
  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus.
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.

7. Lumurkan sambal ke atas ikan.

8. Tutup dengan daun pisang. Cucuk hujung daun pisang dengan pencungkil gigi.

Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi..

Strawberry Shortcake


Yana jalan-jalan dengan member dia di pavilion..beli buah strawberry kat situ..katanya murah..bila dah bawak balik..ingat nak celup aje dengan coklat..tapi macam tak best aje..jadi suruh dia buat strawberry shortcake...ambil resepi dari fotopages rinnchan...dia ambil dari baking.about.com.rasa dia masam-masam manis..akak c & p ajelah...maaf ye rinnchan..



Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung
3/4 cawan gula
1/3 cawan butter
2/3 cawan susu segar
2 biji telur
2 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam halus


*Buah strawberry, whipping cream dan coklat masakan secukupnya.

Buah strawberry harus dihiris nipis dan digaul dengan gula dan diperap beberapa jam. Biar ia sebati dan jadi macam filling.


Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180 darj cel. Lapik loyang dgn grease proof paper.
2. Campurkan kesemua bahan dalam mixer bowl dan pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit - 3 minit.
3. Sesekali scrape tepi dan bawah bowl supaya semua gula dan butter yg melekat dapat digaul sebati.
4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 20min - 25min.
5. Biarkan sejuk di dalam pan. Hias dengan strawberry dan whipping cream.

Isnin, Februari 23, 2009

Daging Masak Jintan

Masak macam ni pun sedap tau...selalu akak buat bila dah malas nak masak kat dapur lelama...kalau masak daging ni kena perap dulu tau barulah di goreng..caranya lebih kurang macam daging lada hitam cuma kali ni di campur pulak dengan ketumbar dan bahan yang lain.

Bahan
  • 500gm daging lembut
  • 5 biji bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 biji ubi kentang-dihiris memanjang
  • 1 biji bawang holland/merah di hiris bulat
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 2 biji cili hidup-potong serong
  • sedikit santan pekat/susu cair
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-caranya

1. Basuh daging dan hiris nipis-nipis. Goreng hirisan ubi kentang. Toskan.
2. Rendam jintan manis, ketumbar dan jintan putih.
3. Tumbuk lumat/kisar lada hitam bersama bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Ketepikan.
4. Perap daging dengan sos tiram dan kicap pekat selama 1-2 jam.
5. Tuang minyak, tumis semua bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga naik bau.
6. Masukkan pula jintan yang telah di tumbuk., cepat-cepat masukkan daging yang telah di perap.
7. Biarkan daging empuk, baru dimasukkan garam, cili hidup, bawang holland/merah dan ubi kentang.
8. Masukkan santan pekat.
9. Biarkan kuah agak pekat, rasa garam dan bolehlah di tutup api.

Jom Makan Pizza

Bila yana dapat gaji ....dia nak belanja kami semua...oleh kerana athirah kat asrama..akak suruh yang tunggu dulu sampai ira balik..tak best kan kalau seorang tak ada..dan hari jumaat ira boleh balik ke rumah...kalau nak diikutkan kat sekolah samer ni balik cuma sebulan sekali..

Yana dapat gaji awal bulan Febuari...kerja sebulan aje kat Petronas di Gombak Setia..ingatkan lepas dapat result nanti masuk balik kolej awal bulan Febuari..rupanya kena masuk balik awal bulan Mac...rugilah dia cuma kerja sebulan..kalau cuti lama memang dia kerja kat situ...pasal anak taukeh petronas tu dah macam abang angkat dia..

Yana dan Firdaus beli 4 keping pizza besar di domino pizza di giant batu caves...tak sampai pun RM70.00..pasal beli satu percuma satu...pastu beli 2 air botol besar.....alhamdulliah malam tu akak tak payah masak...kalau makan kat luar banyak ni selalunya kena RM seratus lebih...terima kasih ye yana kerna belanja kami semua..

Ahad, Februari 22, 2009

Sotong Percik



Ashik-ashik masak sambal sotong..naik boring jugak...pergi kat rumah member cyber ternampaklah resepi ni. Resepi dari asal dari rumah rossitamz@myr..tapi akak ambil dari rumah puan ummi di kuantan tu...akak malas pulak nak taip...jadi c & p aje ye puan ummi tapi akak editlah sikit.... sebenarnya di panggil sotong percik ramadan....nak buat bulan apa pun tak apalah..janji sedap dan rajin nak membuatnya..Tapi akak tak letak hirisan limau purut..anak-anak dan suami tak suka..daun kunyit tu akak blender sekali...

Bahan:-
  • 8 ekor sotong yang besar
  • 10 biji cili kering (*)
  • 5 biji cili padi (*)
  • 5 biji cili merah (*)
  • 1 labu bawang besar (*)
  • 2 inci halia (*)
  • 2 inci lengkuas (*)
  • 2 batang serai (*)
  • 1 helai daun kunyit - hiris halus-blender
  • 4 helai daun limau purut - hiris halus-tak letak
  • 1 batang serai - dititik-
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan perasa secukupnya.
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci (seperti gambar atas ni).
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan.
  3. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit.
  5. Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. Buat cara puan ummi jugak...masukkan kedalam kuah dan gaul sekejap baru di padam api.
  6. Memang sedap....makan pulak dengan nasi panas.

Resepi Donut Ala-Ala J'Co

Dah lama si imran nak makan donut...kalau buat roti cinnammon aje...dia buat muka masam...ashik-ashik cinnammon aje..donut tak ada ke? Petang semalam buatlah donut...dah macam-macam resepi donut yang akak cuba...kali ni nak cuba pulak resepi donut ala-ala J'Co....

memang tak di nafikan donut tu memang sedap...tapi bagi anak ramai macam akak ni..tak larat nak membeli...setakat 2 biji bolehlah kot...resepi ni akak ambil dari rumah loveliana...sifu deco kek yang cantik tu...terima kasih ye loveliana...akak buat setengah adunan aje..itupun dapat banyak....

Bahan A
  • 850gm tepung high protein
  • 11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 600ml air masak suam

Bahan B
  • 200gm tepung high protein
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 60gm susu tepung
  • 125gm gula castor
  • 2 biji telur saiz kecil
  • 125gm shortening (atau majerin)
Cara-caranya

1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.

3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula.Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm..terap menggunakan acuan donat. Kalau nak bubuh inti ...terap gunakan cawan macam akak buat.

5. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Ni sebelum doh kembang.

Rehatkan lagi 10minit. Doh dah kembang...
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.



7. Akak buat macam-macam topping...ada yang inti kaya...blueberry jem...lumur dengan gula halus. Ada yang bubuh topping cream cheese pastu letak badam cincang dan coklat urai.


Sedap di makan waktu petang, malam dan pagi.........memanglah lembut tapi mana nak sama dengan J'Co kan....mereka ada secret recipe.........

Sabtu, Februari 21, 2009

kad dari hani-ringo di jepun


Pergi kat rumah hani di jepun..http://puterihani.jugem.jp/.nampak kad yang cantik ni...lawa betul..dia ada suruh sape yang berkenan dan datang ke rumah dia ambil kad ni...terima kasih ye hani..pandai dia ni ambil gambar....lawa..

Jumaat, Februari 20, 2009

Ubat Sotong Kering


Buat adik-adik tersayang yang nak tahu macammana rupanya ubat sotong kering....nilah rupanya..kebetulan akak pergi ke nsk selayang nak beli barang dapur...akak pergi kat tempat jual sotong kering..ambil gambar ni...


Murah aje ubat tu...seketul baru 0.30 sen ..ni kat sini..kalau kat chow kit mahal sikit...tenguk besar atau kecil...kalau besar RM1.00 kalau kecil 0.50 sen..

Seketul tu cukup nak rendam 6-7 keping sotong...jangan bubuh banyak ubat tau..nanti bau ubat pulak sotong tu...pastu pahit pulak rasa dia....rendam semalaman ye....harap semua puas hati ye...

Asam rebus ikan pelaling

Kalau malas masak akak suka masak ni...senang di masak...cepat di makan....bila tekak rasa tak lalu makan pun akak suka masak macam ni...yang bagusnya tak payah pakai minyak...ada yang panggil masak singgang kot...sebenarnya tumbuk pakai batu tumbuk lagi sedap..kalau malas masuk aje dalam blender...tapi bawang dan ikan bilis berserta belacan eloklah ditumbuk...cuma kisar cili hidup aje...
Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan kembung atau ikan pelaling
  • 4 biji cili merah-buang biji*
  • sedikit ikan bilis*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • air ikut keperluan
  • air asam jawa-terpulang pada tukang masak..nak banyak atau sedikit
  • 5 batang bendi-kalau banyak lagi best
Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.

4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.

5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.

6. Bila mendidih masukkan bendi yang telah dibuang hujungnya.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam ap
i.

Masak lodeh..bukan lodeh eh mak lodeh tau..

Nilah salah satu masakan kegemaran akak....akak panggil masak lodeh..tapi tak tahulah kat tempat lain panggil apa....bahan-bahan dia ikut sukalah..nak banyak atau sikit....akak pun tak pandai nak sukat....yang wajib ada tahu dan tempe...


Bahan-bahan
  • 200gm udang sederhana/kecil-bersihkan dan tos.
  • 2 bungkus tempe daun-dipotong dadu dan digoreng garing-toskan
  • 2 biji tauhu-dipotong dadu dan di goreng garing-toskan
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 4-5 sudu besar santan pekat
  • 2 batang serai-dihiris halus
  • 1 batang daun kunyit-dihiris halus
  • 5 batang kacang panjang-dihiris serong
  • 1 biji bawang besar-di belah 4 lepas tu di hiris halus
  • 1 papan petai-di kupas dan di buang kulitnya
  • 1 biji cili hidup-dipotong serong
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan minyak masak
Cara-cara

1. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan sedikit halia.
2. Tuang sedikit minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk dan masukkan serbuk kunyit sedikit.

3. Bila telah naik bau, masukkan pula udang. Setelah udang masak masukkan semua bahan-bahan yang lain termasuk tahu dan tempe yang telah di goreng.

4. Kacau sebati dan masukkan pula santan pekat dan garam.

5. Biarkan hingga sayur-sayuran masak dan rasa garam baru padam api.

6. Makan dengan nasi panas ataupun makan begitu sahaja.

Kisah anak ke 2 dan kenangan lalu

Nak cerita hal anak ke dua pulak...dalam N3 yang lalu akak dah cerita macamana susah dan sakitnya melahirkan firdaus ni.

Sebenarnya akak tak tahu pun akak mengandungkan dia pasal sejak akak melahirkan cd akak memang tak makan apa-apa..maksud akak mengamalkan perancang keluarga..cd ni pulak menyusu badan...lepas pantang...... akak kerja balik selama 6-7 bulan aje..lepas tu berhenti kerja ikut suami akak yang kerja kat jb.

Bila dah berhenti kerja akak memang menyusukan cd dengan susu badan sepenuhnya...jadi period tak teratur...dalam tahun 1988 bulan Febuari akak datang period terlampau banyak sampai kena kat kain yang akak pakai...

 Dalam bulan Jun akak rasa lain macam...ajak suami pergi ke klinik kesihatan di tampoi buat check up..masa tu abang ipar kerja di kementerian kesihatan..

jadi suami pun kenal dengan tuan doktor di situ..bila dah kenal senang sikit...tak payah ambil no ....doktor bagi tau akak dah mengandung 4 bulan...
Memang terkejut akak dibuatnya....yelah masa tu anak masih kecil lagi dan masa tu cd masih lagi menyusu badan...bila balik kat rumah terpaksalah akak bagi dia susu formula...ada orang tua-tua kata..tak elok bagi menyusu ak..mula-mula dia tak nak minum...melalak aje kerja dia..bila malam pulak terpaksa pisah tempat tidur.

suami bawak dia tidur kat bilik lain...payah jugak pasal dah biasa bergayut di waktu malam..mcm-mcm cara akak buat..termasuklah bubuh jadam...

dari kecil firdaus ni takut ambil gambar....selalu melalak...entah apa yang dia takutkan pun akak tak tahu...

akhirnya cd nak jugak minum susu botol....sepanjang mengandungkan firdaus ni akak suka betul minum air kopi....tak suka minum susu dan air soya bean...padahal masa mengandungkan cd ..nilah minuman kegemaran akak..bila dah bersalinkan dia kulit dia hitamlah sikit

...tak macam abang dan adik dia yang lain....tak apalah..janji beliau sehat walafiat udahlah.....sepanjang kehamilan ni akak check up kat pusat kesihatan tampoi...dan alhamdulliah tak ada apa-apa masalah..

bila nak cukup bulan mak dan abah suruh akak balik ke kuala lumpur..supaya senang mak nak jaga...akak balik naik keretapi dengan cd dari johor bahru...suami tak ikut sebab dia kerja..mak dan abah tunggu kat stesyen keretapi di kuala lumpur...dari situ kami balik ke rumah di gombak naik teksi.

Masa menunggu hari nak melahirkan firdaus...suami akak dapat pulak tawaran kerja di kuala lumpur..tak silap dalam bulan september 1988...oleh sebab akak dah sarat ..suami akak aje yang kemaskan barang kat rumah jb..kebetulan pulak sejak berpindah di jb tahun 1987 ..2 adik ipar duduk dengan kami..suami ajak sepupu akak yang duduk di skudai tolong sekali ....jadi merekalah yang tolong pack barang...

 Sape yang nak tahu mcmmana akak lahirkan firdaus bacalah kat N3 yang lepas...
Lepas melahirkan firdaus .....akak berpantang kat rumah mak...oleh sebab bekas jahitan tu bengkak....mak dan bidan yang urut akak tak bagi akak bergerak banyak....nak buang air besar punyalah siksa....mula-mula tak makan buah-buahan....arwah mak mertua tak bagi...tapi mana boleh tahan....tak makan buah ....kena pulak sembelit sampai akak takut nak buang air....lepas makan buah-buahan barulah senang nak buang air.....

akak dah puas dah lumur dengan biji manjakani yang di parut kat pasu..tapi bengkak tu lambat pulak baik...akak cebuk jugak dengan air rebusan daun jambu...ya allah siksanya masa tu...ambil masa jugak nak baik...nasib baik tak menanah....memang akak geram dengan orang yang jahit tu...masa dalam pantang rasanya firdaus ni okey....tidur aje kerjanya..

Lepas tu akak berpindah kat rumah pangsa di taman melati..duduk kat tingkat satu...kalau nak pergi rumah mak kena naik bas ataupun teksi..masa tu suami cuma ada motosikal aje...kalau nak ke giant nak beli barang dapur... naiklah motor..kalau beli barang banyak kena angkut 2 kali...masa tu giant masih kat taman melawati dekat dengan kedai ace dan bank simpanan nasional.

Masa duduk kat sini jugak akak bersalinkan yana....Tak lama lepas melahirkan yana akak berpindah pula kat rumahpangsa seri langkawi......blok 35 rasanya..tingkat satu jugak....akak menyewa kat situ...pasal dekat dengan rumah mak...masa tu belum ada lagi lrt putra.....bila dah dekat dgn rumah mak....mak yang selalu datang rumah akak...tolong beli barang dapur..pasal dah anak kecil 3 orang susah nak bergerak. Lagipun mak boring pasal adik bersekolah dan abah masih bekerja lagi. Kat sini jugak motor baru yang suami akak baru beli kena curi...nasib baik jumpa balik kat kg sungai mulia.

Bila umur firdaus nak masuk 5 tahun akak pindah pulak ke blok 08 di flat seri langkawi jugak...menyewa kat tingkat bawah..dan alhamdulliah mungkin dah rezeki anak-anak suami akak dapat beli kereta proton warna coklat. Masa umur firdaus 5 tahun dalam bulan puasa tahun 1993 berlaku satu kejadian yang tak akak sangka. Bila duduk di flat tentu ramai budak-budak main di luar lepas buka puasa.

Anak-anak akak pun main dengan member mereka kat gelanggang sepak takraw ..ikut cerita member mereka ...firdaus cuba panjat tiang tempat sangkut net sepak takraw...entah macammana boleh tersangkut pulak telur dia kat tpt sangkut net tu...terkoyaklah telur dia..nasib baik kat luar aje...kelam kabut akak pergi kat situ dan tenguk darah dah banyak kat seluar dia...suruh jiran panggil suami akak yang tengah sembahyang tarawih di surau berdekatan.

Terus kami ke pusat rawatan islam di jalan ipoh...tapi malang betul tak ada pulak pakar yang nak jahit luka tu....kami pergi pulak ke hospital tawakal kat jalan pahang...alhamdulliah ...malam tu jugak doktor terus jahit....doktor suruh akak tenguk masa nak jahit tu..tapi akak tak beranilah......kenalah duduk wad hospital selama satu malam. Bila dia keluar wad...berat badan dia meningkat sampailah sekarang ni....ikut gen akak ataupun pasal ubat bius tu...entahlah....

Masa ni jugak akak pandai bawak motor..pasal senang nak ambil firdaus balik sekolah.Masa ni jugak pertama kali akak kena langgar dek kereta ..nasib baik tak apa-apa. Masa ni ada pulak jiran sebelah minta tolong jaga anak dia yang berumur 2 tahun. Kesian pulak..jagalah dia kejap..lupa pulak sape nama dia. Sebenarnya akak ni tak suka nak jaga anak orang ni...tapi terpaksa...

Pada akhir tahun 1993 akak dapat pulak tawaran kerja sebagai guru tabika perpaduan...kena pulak kursus kat port dickson selama 2 minggu..mula-mula terima tawaran ni hati berbelah bagi...almaklumlah anak-anak masih kecil....cd 7 tahun..daus 5 tahun dan yana baru 4 tahun...fikirkan sape nak jaga anak bila akak kerja nanti...

Selepas habis kursus akak mula bekerja di tabika taman ibukota pada januari 1994.. kebetulan dekat pulak dengan rumah akak...pergi pun naik motor aje....akak bawak yana dan firdaus bersekolah sama kat situ...masa tu kelas petang......daus 6 dan yana 5 tahun...cd pulak sekolah petang di sek ren gombak setia..jadi tak ada problem..
Firdaus bersekolah di sekolah rendah gombak setia sehingga darjah empat pastu kami sekeluarga berpindah di kampung padang balang. Dia bersekolah pula di sekolah koperasi polis sampai darjah.

Masa ni firdaus masih kurus lagi...

Masa ni dia darjah 5 badan dia dah mula naik....

Bila tingkatan satu ..akak masukkan pula dia ke sekolah menengah abim di sungai merab. Masa tu ada asrama tapi ...sebenarnya rumah 2 tingkat yang di sewa oleh pihak sekolah. Oleh sebab masalah asrama.... masa tingkatan 2..akak pindahkan dia sekolah kat sekolah di ipoh....

Bila akak berpindah ke jakarta...tinggallah mereka tiga beradik di malaysia....bila cuti sekolah aje mereka datang..

Selepas habis spm dia cadang nak nak sambung study kat kolej yang ada diploma masak memasak...tapi akak tak bagi..akak suruh ambil komputer...

Bersama-sama member kolej...

Sekarang ni dah 21 tahun umur dia...cepat betul masa berlalu...semuga beliau berjaya menghabiskan pengajian beliau dan berjaya membina kerjaya di dunia yang penuh pancaroba ni...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...