Tertunailah hasrat dihati

by kak ina kl on Selasa, Mac 31, 2009

Entahlah ye..agaknya memang perasaan semua ibu macam tu...bila anak minta nak makan itu ini..mesti mak-mak atau ibu-ibu atau ummi-ummi atau bonda..berapa banyak da....yang tak sampai hati tak nak buat...walaupun vitamin M banyak...

Bila ira call.........
mak ..bila mak datang nanti .... buat cinnammon ye...dah lama ira tak makan...
yelah..... kalau mak rajin mak buat....


bila yana sebut....kebetulan dia balik minggu ni...
mak dah lama tak makan daging blackpaper...
yelah nanti mak pergi pasar mak beli daging....

tanya dia jugak...sotong nak buat apa...
buat tom yam ....

hari ahad akak bertungkus lumuslah....pagi ke pasar..dan masak ni semua...
jadi hari ahad tu tertunailah hasrat dihati anak-anak akak ..


Sekarang ni kalau nak ambil resepi dari nor dah senang sikit...pasal akak minta izin dengan nor_67 nak tepek kat blog akak...nanti resepi lain pun tak apa ye nor...nor ni dari kuala terengganu...katanya resepi asal dari tukang masak cina kat tv...lepas tu dia dah edit sikit-sikit..

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau-tak letak
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
akak tambah
  • tomato di belah enam
  • daun bawang di potong serong
  • 1 biji bawang holland di potong enam
  • bijan yang telah di sangai
  • 4 biji bawang putih dihiris

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Tumis bawang holland dan bawang putih dan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan tomato , daun bawang dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
  6. Taburkan bijan yang telah di sangai tu...memang anak-anak kata best...
cinnamon roll kesukaan anak-anak...satu bubuh serbuk kayu manis dan di tabur badam kisar dan satu lagi coklat dan di tabur dengan badam kisar jugak...yana bawak balik ke kolej dan akak bawak ke asrama ira...lepas makan nasi dia bedal 3 keping cinnammon ni..alahai..macam tak cukup makan di asrama tu....tiap-tiap minggu akak kena gi jumpa dia...kalau tidak dia menangis..tak apalah janji dia happy kat sana....akak penat pun tak apa...

Kali ni buat tom yam putih...akak gunakan brand adabi.bubuh sotong dan ..campurlah segala sayuran....lega hati dapat bagi anak makan makanan kesukaan mereka...yana pun bawak balik ke kolej....nak buat makan malam..

petang jumpa ira di asrama di rawang pastu pergi pulak ke bandar baru salak tinggi nak hantar yana balik ke kolej....hujan pulak dalam perjalanan balik...sampai balik kat rumah dah pukul 8.00 lebih....punyalah penat...mandi pastu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Yang ni pulak permintaan anak nombor 2 firdaus...goreng ikan bilis cili api bercampur tempe...makan pulak dengan sup sayur...berasaplah mulut tu...buat semalam sebelum pergi gath dengan si hana dan member-member cyber....dan tertunailah hasrat dihati akak pulak...

Perjumpaan yang di tunggu-tunggu

by kak ina kl on Isnin, Mac 30, 2009

Baru balik dari gath dengan member-member cyber dan my resepi.....kami semua berkumpul di jaya jusco aplha angle di wangsa maju...sebenarnya kami semua nak jumpa hana http://hanamemories.blogspot.com/ kebetulan dia balik ke malaysia dan turun ke kuala lumpur...bukan senang nak jumpa orang jauh ni...

Ct delima, hana dan akak sedang menunggu member-member yang lain...
sambil-sambil tu korek cerita dari hana dan ct delima.yelah pertama kali jumpa di alam
realiti.....banyak yang perlu di ketahui...


kak intan sampai dengan anak yang dia jaga..cutelah budak perempuan ni...apasallah muka
kak intan ni macam tak happy aje...maaf ye kak intan...gurau aje...


lepas tu fiza nordin dan dua anak dia..cutenya si mierza (kalau salah eja jgn marah ye fiza) ni...patutlah si ai rawang nak jadikan menantu....kecik aje si fiza ni..ingatkan besar mcm akak...sibuk melayan perangai anak lelaki dia...

lepas tu dr ina pulak datang...bolehkan dr ina..gambar dari sisi tepi...nasib baik dr ina ni peramah orangnya..mula-mula segan nak borak dengan dia......

last sekali datang si ham dan .. nyczar...maaflah ham...tak ada gambar lain..kena letak gambar
kamu tengah suap makanan...ham dan ct delima..

Apa pasallah mulut akak macam tu...tak apalah.... nyczar....akak dan hana yang duduk di jepun ...punyalah lama kami lepak kat shakey pizza ni...dari pukul 12.00 lebih sampai 3.00 lebih...terima kasihlah dr ina kerana sudi bayar ni semua...

sempat singgah kat rumah ct delima lagi....sebenarnya fiza nordin pun ikut ke sini..
tapi bila dah sampai kat rumah ct delima..anak yang kecil tidurlah pulak...

anak ct delima cute...

semuga perjumpaan kita tak berakhir ye....seronok berborak.....insyallah nanti kita
jumpa lagi....maaf ye jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan semua...

Kari Ketam

by kak ina kl on Ahad, Mac 29, 2009

Dah lama tak makan kari ketam...sekarang ni harga ketam mahal sesangat...kenapalah barang-barang makanan ni tak turun harga..kesian pulak dengan orang-orang yang berkemampuan...udang, sotong dan ikan kat kuala lumpur dah tak ada bawah RM10.00..kalau ada pun yang kecil dan dah teruk rupanya...entahlah..kesianlah mereka ni..dah kat kuala lumpur ni rumah sewa mahal sesangat..kalau setakat gaji bawah RM1,200 tu ...anak-anak pula 3 orang memang isteri kena kerjalah...nak bantu suami...apasal akak membebel pulak ni..jomlah kita masak...

Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ikan
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

Earth Hour Punya Pasal

by kak ina kl

Malam tadi dah bagi tau agar tutup lampu selama satu jam...anak-anak yang besar sibuk suruh akak tutup lampu kat rumah..tapi akak dan suami buat tak tahu aje...

Kalau tutup lampu mau si imran melalak...dia ni memang penakut......jadi anak-anak cuma tutup lampu kat bilik mereka sendiri...tak apalah kan...akak tak ikut earth hour ni..

Jumpa member myr

by kak ina kl on Sabtu, Mac 28, 2009

.rabiaton, kak chik,..ham..akak dan yang duduk kak intan dan ..nyczar686..niza....Mak-mak dara yang vogue di kunang-kunang...yang seronok tu ada orang belanja.....

ham....nyczar686..niza...akak...kak intan dan rabiaton.....
riuh rendah di buatnya kat situ....sampai tak ingat suami dan anak-anak...janji nak balik pukul 11.00 malam tapi sampai kat rumah pukul 12.00 malam...tak pernah akak keluar malam bersama-sama member-member...tapi kali ni cik abang bagi green light...

semuga pertemuan ni tak berakhir...kita jumpa di lain kali....

Cerita Hari Sabtu

by kak ina kl on Jumaat, Mac 27, 2009

Orang dah lama tenguk geng upin dan ipin..akak baru berkesempatan tenguk hari sabtu lepas...pasal nak tunggu ira balik asrama barulah bawak dua-dua sekali.....sebab masa cuti sekolah sibuk ke hospital aje...itupun booked tiket hari khamis lepas suami keluar dari hospital...


si ira dan imran yang beria-ia nak tenguk cerita ni...best jugak...masa akak tenguk dalam pukul 11.30 pagi panggung penuh...nasib baiklah dah booked tiket....

lepas tu gi lah jalan-jalan kat dalam klcc tu...bila lalu kat petrosains imran ajak masuk...akak kata dah petang..kita balik..lain kali aje pergi...bila nak bayar parking tiket tak boleh masuk...kena pergi kat office parking...dia charge sampai RM15.00...kurang asam betul...dia kata salah kami.......kalau idak tu selalu parking baru aje RM6.00...salah yana jugak kenapa tak bergaduh dengan budak dalam pejabat tu..geram betullah..


bila sampai rumah....tak lama kemudian adik ipar bersama ibu dan bapa mertua dia, bapa mertua akak dan kakak ipar datang nak tenguk adik dia....nasib baiklah kakak ipar tu bawa kueh mueh........cadang malam tu nak makan maggi aje...org dah datang terpaksalah masak....nasib baik ira dan yana ada..cepatlah sikit buat kerja...masak asam tumis ikan kembung, goreng kacang panjang dan goreng ikan aje....

.mereka semua balik pukul 11.00 malam.....walaupun penat...tapi redha sebab orang tua-tua kata..tetamu bawa rezeki...

Nasi Ayam Chef Ah Mat Gebu

by kak ina kl

Ayam pandan tu di makan bersama-sama dengan nasi ayam...ambil resepi dari chef ah mat gebu..dari http://tiffinbiru.blogspot.com/..memang sedap-sedap resepi cik mat ni...akak c & p aje dari situ tapi akak editlah sikit...maaf ye cik mat....


SUP AYAM




Teringin pulak nak buat sup ayam cik ah mat gebu..tapi akak tambah bahan-bahannya...maaf ye cik mat..derhaka dgn resepi cik mat....

BAHAN SUP AYAM :-)

  • 500 g ayam, dipotong kecil
  • 1 kiub pati ayam "Maggi"
  • 2 sup bunjut Adabi-akak pakai satu aje
  • 1 pokok daun sup, potong kasar-akak tukar pakai akar daun sup
  • 1 1/2 inci halia-dikisar@
  • 4 ulas bawang putih-akak kisar@
  • 2 batang serai, dititik-tak letak
  • 1 kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji
  • 1 biji kentang besar, didadu besar
  • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2
  • 1 camca teh lada serbuk lada hitam@
  • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji bawang kecil@
  • sedikit minyak
Akak tambah
  • 3 biji bawang kecil-dihiris halus
  • 1 biji bawang putih-dihiris halus
  • 1 biji bawang besar-dihiris halus
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
Cara-cara

1. Kisar ketumbar, jintan manis dan lada hitam bersama bawang putih dan bawang kecil.
2. Tumis hirisan bawang putih, bawang kecil, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis sehingga naik bau.
3. Bila dah naik bau masukkan bahan kisar dan kacau sebati.
4. Masukkan ayam dan biarkan sebentar barulah dimasukkan air.
5. Bila menggelegak masukkan pati ayam, garam dan akar daun sup.
6. Masukkan kentang dan biarkan kentang empuk, baru dimasukkan lobak dan bunga kobis.

*************************************************************************************

NASI AYAM



BAHAN NASI AYAM :-)

  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan-akak gunakan beras biasa aje..jadi tak yah toskan...
  • 1 liter sup ayam (resipi sup dibawah)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1 inci halia, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 camca besar minyak masak
  • 2 camca besar margerine
  • Garam secukup rasa

UNTUK NASI AYAM :-

1. Panaskan minyak dan margerine dalam kuali hingga cair.
2. Masukkan halia, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan tadi, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap.
3. Gunakan api sederhana.
4. Alih kan bahan2 tadi ke dalam rice cooker.
5. Tuang sup ayam tadi (elok, ditapis sebelum menuang ke dalam beras).
6. Masak seperti memasak nasi biasa.
7. Bila nasi masak, gemburkan.


*************************************************************************************

SOS CILI



Oleh sebab kat rumah ni tak ada cuka..akak gantikan dengan jus limau kasturi..dan tuang bila sos cili masak dan cepat-cepat tutup api...halia pun tak letak sebab nanti anak-anak tak makan...sos ni sedap di makan dengan ayam pandan..

BAHAN -BAHAN

  • 4 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan air
  • 2 keping hirisan nipis halia-tak letak..akak ganti dengan 2 biji bawang putih
  • 4 camca besar cuka makan-tak letak
  • 3 camca besar gula perang (gula pasir pun boleh)
  • Garam secukup rasa

UNTUK SOS CILI :-

1. Cili merah di buang biji dan kisar bersama cili padi, bawang putih dan tomato dengan 1 cawan air hingga halus.
2. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula, garam .
3. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sos pekat sedikit, rasa dan tambah apa yang perlu.


BAHAN LAIN :-)

Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Ayam Balut Daun Pandan

by kak ina kl



Teringin nak buat ayam daun pandan...pergi kat umah anawahid tenguk resepi dia tak sama dengan resepi rinnchan.. umah rinnchan ayam pandan versi indonesia.....fening akak di buatnya....jadi tak nak susahkan otak akak combinedkan bahan-bahan tu...ada yang akak masukkan dan ada yang akak tak masukkan..nasib baiklah sedap.....lagi satu ayam tak boleh potong besar..nanti lambat masak...daun pandan pun kena cari daun yang lebar-lebar..kalau idak payahlah nak balut ayam tu...

Bahan-bahan

  • 500gm ayam di potong kecil
  • 5gm jintan manis*
  • 5gm jintah putih*
  • 5gm ketumbar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 2 biji buah keras*
  • 10gm gula melaka (akak ganti dengan gula perang)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 15 biji cili api*-nak pedas tambah lagi
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • daun pandan secukupnya
  • pencucuk lidi secukupnya


Cara-cara

1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda *.

2. Ayam di bersihkan dan tos.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam ayam tadi bersama gula perang, garam dan serbuk kunyit.

4. Perap selama 1 jam ataupun lebih.
5. Buatkan poket dengan daun pandan dan masukkan ayam kedalam poket dan balut sekeliling ayam dengan daun pandan.

6. Cucuk ayam yang telah dibalut dengan lidi supaya tidak terbuka masa
menggoreng.
7. Bila dah siap, gorenglah sehingga masak.


Bila vintage buat salessssssssss

by kak ina kl on Khamis, Mac 26, 2009


Hari lambat sikit update..pasal pergi ke vantage petaling jaya..ada sale..biasalah akak ni....suka beli masa sale...tak larat nak beli kalau bukan sale...mahal bebeno....


Bila sampai kat sini...terbeliak biji mata...lawa dan harga pun bolehlah tahan....ada yang beli set pinggan mangkuk RM800.00 lebih..ada seorang datin tu beli sampai RM1,800.00 tapi pakai kad kredit.................oleh sebeb suami dah warning ..tahun ni tahun berjimat cermat...jadi bawak duit pun se ciput aje....dapatlah sambar barang-barang yang ni aje...



oh ye...sape yang minat dan duit pun berlebih bolehlah gi minggu ni...offer sampai hari isnin ni...
biar menyesal membeli ...........dari menyesal tak beli.....la...la..la...suka hatilah bila dapat barang ni...

Kek Pisang Bercoklat

by kak ina kl

Dah lama nak buat kek pisang bercoklat....ambil resepi dari myresepi..tapi akak dah mintak izin dengan tuan punya resepi PUAN NOR DARI KUALA TERENGGANU..terima kasih bebanyak ye puan nor_67....bila tengah bakar dalam oven..baunya semerbak dan mengancam....bila keluar dari oven tak sabar di buatnya nak rasa kek ni....bila keluar dari loyang ada cacatlah sikit...tak sabar nak makan....cubalah buat ye...akak c & p tapi edit sedikit...

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba..

Bihun sup

by kak ina kl on Rabu, Mac 25, 2009

Buat bihun sup macam ni pada hari minggu yang lalu...nak panggil apa ye..tak tahulah nak panggil apa......bila belum goreng di panggil bihun.....bila dah di goreng panggil bihun........??????.kalau nak goreng bihun ni kena minyak panas..kalau tidak tak jadi...


Bahan-bahan

  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada hitam-kalau nak pedas..tambah lagi..
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 400gm bihun (kalau keluarga kecil kurangkan ke 200gm)-diceraikan dan digoreng dalam minyak panas.
  • 10-15 ekor udang basah-dibersihkan
  • 2 keping dada ayam-dipotong kecil
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • sedikit tepung jagung yang di bubuh sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya.
  • 1 biji telur-dipukul sekejap
nilah rupa bihun yang telah di goreng dalam minyak panas dan telah di toskan

Sayur-sayuran
  • kobis di potong kecil
  • lobak dipotong panjang
  • sawi
  • cendawan tiram
  • daun sup dan daun bawang-dihiris tipis
Bahan tambahan
  • 5 biji bawang kecil-dihiris tipis dan digoreng-kalau nak guna bawang goreng segera pun boleh.
  • 2 biji bawang putih-dihiris tipis dan di goreng bersama bawang kecil.
  • sambal kicap
Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
2. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
3. Masukkan air dan biarkan air menggelegak.
4. Bubuh kiub ayam, sos tiram, kicap manis, garam dan lada putih.
5. Bila menggelegak masukkan udang, sayur-sayuran dan telur
yang dipukul dan kacau dengan garpu cepat-cepat..kalau tidak nanti tak bertali
telur tu....
6. Rasa dulu baru di masukkan air tepung jagung..barulah di padam api.
7. Tuang keatas bihun yang telah digoreng dan tabur bawang goreng dan daun sup/bawang.
8. Sedap di makan panas-panas...bubuh pulak sambal kicap....ummmph..tak boleh cakaplah..

Ikan Pari Bakar

by kak ina kl


Ikan pari bakar buat pada hari selasa..bakar sekali ikan sembilang untuk hari Rabu...akak gunakan resepi lebih kurang macam dulu.

Bahan-bahan utama

  • 5 keping ikan pari dipotong 2
Bahan-bahan lain
  • 10 sudu makan cili kisar
  • 8 biji bawang kecil*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 11/2 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus-untuk diperah diatas ikan setelah dibakar..

Cara-caranya

1. Basuh ikan dan rendam dalam air asam jawa selama 20 minit.
2. Lumur garam dan serbuk kunyit.

3. Kisar semua bahan bertanda *.
4. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
5. Masukkan gula , jus asam jawa dan garam.
6. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

7. Bila nak bakar baru di lumur diatas ikan.

Chicken teriyaki

by kak ina kl on Selasa, Mac 24, 2009


Sebelum akak pergi ke hospital ampang putri pada hari khamis akak prepare benda yang nak di masak.... basuh ayam pastu perap ayam...teringin nak makan ayam teriyaki...suruh yana masak sup ayam, goreng sayur kangkung bercili dan masak nasi...Sebenarnya nak masak ayam ni cuma gunakan non stick pan aje ..balik-balikkan dan selalu bubuh baki bahan perapan..tapi akak suruh yana panggang dalam oven . Jadi hasilnya tak lembab macam rincchan masak...akak kisar bawang putih dan halia dalam blender aje...nak kejar masa..

Terima kasihlah pada rinnchan http://rinnchan.fotopages.com/ kerna sudi menyumbangkan resepi yang best-best dalam blog dia..akak c & p aje dari blog dia..


Sumber asal : Japanesefood.com

Bahan-bahan:

  • 5 potong dada ayam atau peha ayam
  • 3 tbsp madu
  • 4 tbsp kicap manis
  • 1 tbsp sugar
  • 3 inci halia, diparut
  • 3 biji bawang putih, diparut
  • 1 tsp garam halus

Cara-cara :

1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.


Cerita Hari Khamis

by kak ina kl

Rindunya bila tak update...bila bzz..badan pun penat memang tak ada idea nak update....

Akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada member-member yang mendoakan kesihatan suami akak...sorrylah akak silap tulis..bukan operate tapi buang selaput mata guna laser.......sebenarnya suami akak ada katarak dua-dua belah mata tapi yang teruk kat mata kanan dia...masa dia check kat specialist di ampang putri tu doktor tu yang suruh buang selaput tu ...nanti mata tak nampak...selalunya katarak ni ada bila dah ada penyakit kencing manis..buat sebelah dulu..nanti baru buat sebelah kiri pulak..

Tak lama akak sampai kat sini...suami akak di bawak jumpa doktor mata ...akak dan imran tunggu ajelah dalam bilik dia...bila suami akak masuk balik ke bilik...dah buka pembalut dia....tak lama lepas tu nurse bagi tau boleh balik hari jugak....bestnya...lepas makan tengahari dan settle segala bil...dalam pukul 3.00 lebih baru gerak balik kat rumah...akak yang bawak kereta...suami tak boleh bawak lagi...silau katanya...

Malas nak nak buat makanan petang beli yang ni...pisang nangka...

keladi /keledek goreng


orang johor kalau makan gorengan mesti nak kena cicah dengan sambal kicap..barulah ada ummmph...

dan keropok lekor ni untuk imran dan ira..mereka berdua ni memang penggemar keropok lekor..

Malam si athirah nak minum ni...jadi dia yang buat untuk kami semua...

ada pulak yang bubuh coklat chip....

Suami dapat medical leave sampai 30hb. Mac 2009...bercuti panjanglah dia.....

Hari Jumaat memang tak pergi mana-mana...berehat kat rumah...penat sungguh rasanya...

Bila suami masuk wad

by kak ina kl on Jumaat, Mac 20, 2009


Pagi Rabu sebelum nak gi ke hospital ampang putri akak masak dulu...ikan sembilang ni dah salai masa bakar ikan pari hari selasa. Masukkan ke dalam peti sejuk.



Kena masak sebab semua ada kat rumah. Masak ikan keli salai bersambal. Nasi dan sup sayur akak suruh yana masak tengahari nanti.

Oleh sebab nak cepat goreng nugget aje..

Cicah cili sos campur mayonis.

Sampai kat hospital dah nak dekat pukul 11.00 lebih...

Akak suruh imran posing dia tak nak...ashik masuk blog ajelah mak ni...

Sebelum sampai makanan tengahari...suami akak tidur dulu..

View dari tingkap wad...lepas aje makan tengahari kami pergi gi giant ampang point...nak beli barang dapur sikit...kami lenggang kangkunglah...kata nak buat operation pukul 4.30 petang....bila sampai aje kat bilik...nurse dah stand by nak bawak suami akak ke bilik pembedahan mata...nurse kata dia ada call akak...akak tak dengar pun...

Dalam pukul 3.30 petang suami naik ke atas...lama sungguh naik ke bilik tu....

Si imran pulak ganti tidur kat katil ayah dia..

Akak pun bacalah novel ni...ralit jugak baca novel ni...walaupun dah lama keluar..akak tak kisah..janji ada yang nak dibaca..

Lepas maghrib barulah suami akak keluar.....dah macam piratelah pulak...tanya dengan suami kenapa lambat.....rupanya bukan suami akak aje ada 6-7 orang yang nak operate mata.. ...anak-anak yang lain datang lepas maghrib....

Akak suruh yana bawak nasi dan lauk ikan keli yang akak masak....rugi pulak kalau tak makan.tengahari makan kat cafe dalam hospital..malas nak keluar...Riuh rendah dibuatnya bila semuanya ada..imran happy..kalau tidak dia boring...

....russhdi balik kerja terus datang ke sini jugak...makan jugak kat dalam wad...pukul 9.30 malam kami semua bertolak balik ke rumah...bila nak turun simpang greenwood ada pulak accident...berderau darah akak pasal russhdi balik naik motor....kebetulan bila sampai rumah dia lambat sampai....dalam 15 minit barulah dia sampai rumah...tanya kenapa lambat...

.kan mak kata jangan merempit...abang bawaklah slow-slow....

dah penat lepas mandi dan solat tidur tak sedarkan diri sampai pagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...