Bila gi ke jj..tenguk ikan siakap ...tenguk harga memang murah bebeno...apalagi ..cepat-cepat sambar 2 ekor..oleh sebab kat rumah ni cuma tinggal 3 orang pada hari biasa..masak seekor pun dah cukup...rasanya dah pernah buat...tapi akak rajin nak tepek resepi...resepi asal dari chef ah mat gebu tapi akak c & p dari rumah ummi di kuantan...
- 2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar (*ummi guna bawal putih tu je)-akak tukar ke ikan siakap-pastu kepakkan ....
- 1 camca teh serbuk kunyit
- 1/2 camca teh garam
- 3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
- 4 batang putik jagung - hiris serong-tak letak sebab tak ada stok
- 1/4 ketul bunga kobis - potong kecil
- 1 batang lada merah - hiris kasar
- 1 batang seleri - hiris serong-tak ada
- 1 biji tomato - belah 6
- 1 camca besar gula
Bahan Tumis:-
- 1 biji bawang besar - potong berbaji
- 2 ulas bawang putih - hiris halus
- 1 inci halia - diketuk
- 1 camca besar cili kisar
Bahan Sos:-
- 2 camca besar sos tiram
- 2 camca besar sos tomato
- 1 1/2 camca besar sos cili
- 1 camca besar kicap cair
- akak tambah sedikit sos ikan
- Lumur ikan yang telah dicuci bersih (akak perapkan dengan jus asam limau dulu dalam 10-15 minit) lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing dengan minyak yang banyak. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak(akak gunakan minyak zaitun) dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
- Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
- Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
- Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 - 3 minit.
- Masukkan kicap cair, sedikit sos ikan dan gula. Kacau rata.
- Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
- Angkat dan hias dengan daun salad (akak tak letak pun) sebelum dihidangkan.



Terima kasih bebanyak buat member-member yang mendoakan yana...nak jawab komen dan shoutbox tu rasanya banyak sangat...
oleh sebab itu terimalah kad dari akak ...love you all...
Alhamdulliah beliau telah selamat sampai kat sana dan dia kata best...... bilik dia macam hotel...tapi dari air port bangalore ke devengare tu makan masa 4-5 jam...ponek naik bas..dahlah jalan tak berapa bagus....tak apalah ... bukan senang nak senang kan...

Kek coklat versi bakar ni akak ambil resepi dari rumah hana http://hanamemories.blogspot.com/ yang tinggal di jepun .... buat untuk majlis kat rumah akak hari sabtu yang lalu...semua tetamu kata best ... habis licin...resepi asal dari fendi@yani taukeh myr.....
Kek Coklat
- 2 biji telur
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil vanila
- 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
- 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
- 2 sudu kecil sodium bicarbonate
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan koko van hauten
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu besar minyak masak
- - tang topping akak agak-agak aje..panaskan coklat masakan pastu campur dengan susu cair secara double boiled pastu angkat bila dah cair...kemudian masukkan 1 sudu makan mentega dan kacau sebati..barulah di tuang atas kek yang telah sejuk.
- Pukul telur hingga kembang
- Masukkan gula dan pukul lagi
- Kemudian masukkan minyak masak
- Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
- Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
- Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, deng an api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Tenguk beg aje dah terasa sayu dihati...al maklumlah..tak pernah lagi berpisah jauh macam ni..tempat yang tak pernah di impikan..tapi nak buat camna..terpaksalah redha....jpa nak hantar ke sana..nak buat camna...
good luck yana...

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk arwah yang telah pergi dan semuga yana selamat pergi dan selamat masa di sana.
Memang tak jemput ramai orang...cuma jiran tetangga dan adik beradik suami dan adik beradik akak..oleh sebab sibuk berulang alik ke hospital jadi akak tak masak cuma order aje..
Semuga beliau selamat sampai di sana....dan semuga beliau dapat menghabiskan pengajian beliau..Doakan ye...

Buat puding roti marble masa majlis tahlil dan doa selamat kat rumah akak hari Sabtu yang lalu..sebelum tu dah suruh yana cuba buat hari Khamis..saje nak rasa dulu sebelum dihidangkan pada hari tersebut...alhamdulliah semua tetamu suka dan habis hari yang sama.
Terima kasih buat hana http://hanamemories.blogspot.com di Jepun yang sudi berkongsi resepi yang enak banget ni....akak c & p ye...
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Tak muat nak letak atas tray 2 tingkat....akak buat 2 set sebenarnya...1 lagi set luper nak ambil gambar...kelam kabut....letak dalam pinggan dulu...dah habis kat tray baru letak yang ni...

Bila masa nak buat ayam berempah ni..memang akak suka perap seharian...sebab lagi sedap rasanya...bila goreng ...fuhhhhh jiran sekeliling pun boleh bau... ..memang sedap...tak yah lagi beli kat luar....cubalah...
Bahan-bahannya
- 1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir)dan dipotong 12
- 1/2 sudu teh jintan putih*)
- 1 sudu teh jintan manis* ) basuh dan rendam sebentar
- 1 sudu teh ketumbar* )
- 2 biji bawang putih*
- 11/2 inci halia*
- 3 batang serai*
- 2 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
- garam secukupnya
- serbuk kunyit secukupnya
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 tangkai daun kari
- sedikit gula (pilihan)
- Minyak masak
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.
3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.
4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.
5. Gorenglah dengan minyak yang banyak dan apabila hampir nak makan.(nanti dah sejuk kurang sedap)

Anak-anak , mak, abah dan suami akak memang suka makan kueh ni...termasuk jugak adik bongsu akak...kalau buat kueh bakar ni memang dapat banyak...ni resepi ulangan..tapi akak rajinlah pulak nak bubuh resepi...resepi asal dari joaye.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 2 1/4 cawan santan (1 can santan-450ml)
- 1 cawan jus pandan (air di campur dengan pes pandan)
- 2 susu makan mentega/minyak
- 1/2 sudu teh garam
- 3 titik pewarna hijau
- bijan secukupnya-(disangai dulu-goreng tanpa minyak...akak memang suka letak bijan banyak-banyak
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu minyak/mentega kedalam loyang.
3. Panaskan oven 180C dan bila minyak/mentega dah panas masukkan adunan tadi.
4. Bakarlah selama 1 jam. Kalau nak garing bakar lama sikit.

Memang dah pernah dah buat dadih ni...yang kali ke 2 rasanya...ambil resepi dari rumah mamasya tapi resepi asal dari FP Haniss..terima kasih Hannis kerna sudi berkongsi resepi.
Bahan-bahan
- 10gm agar² strip - *rendam agar dulu biar lembut (akak guna serbuk agar-agar 11gm)
- 1 liter susu (fresh milk atau full cream)-guna susu perisa coklat & strawberry
- 5 cawan air
- 3/4 cawan gula
- 2-3 helai daun pandan
Caranya pula:
1. Masak agar² dengan air dan daun pandan sehingga mendidih, masukkan gula ..kacau dan kemudian masukkan susu tadi.
2. Biar hingga mendidih sekali lagi, buang daun pandan dan tuang kedalam bekas kecil.(akak suruh yana buat dua lapisan..satu tambah serbuk koko dibancuh dengan sedikit air..tuang yang putih dulu baru tuang yang koko..kalau nak tuang koko dulu pun boleh)
3. Suamkan dulu pastu baru sejukkan dalam peti ais.
4. Siap dimakan.
Nota: boleh tambah apa² perasa jika suka.
Boleh jugak guna susu perasa strawberry atau coklat jika nak dadih perasa² tersebut.

Alhamdulliah petang semalam abah dah keluar wad...tak yah gi ijn hari ni..kerna kes abah yang tak kritikal..ditangguhkan buat sementara..kat sana sekarang ni banyak kes yang lebih kritikal..tu yang di utamakan dulu.......nanti doktor call bagi tau bila nak gi ke sana.
Tapi sekarang ni abah dah kena makan 3 jenis ubat..ubat darah tinggi, kencing manis dan juga sakit jantung..biasalah dah tua....kat wad tu ada yang umur 29 tahun pun dah ada kes sakit jantung...
Terima kasih sekali buat teman-teman yang mengunjungi blog akak ni..
sekarang ni kat tmnet di jalan kuantan..ada hal sikit...update kat sinilah ni..tunggu si yana lama sangat. nanti sambung lagi..

Terima kasih kepada member-member cyber yang mendoakan abah akak..semuga beliau cepat sembuh...nasib baik jugak kami hantar buat medical check up hari khamis lalu...memang dah ada tanda-tanda penyakit jantung....oleh sebab kat hospital selayang peralatan nak check secara terperinci tak ada...terpaksalah pagi isnin ke institut jantung negara di jalan pahang....naik ambulan pulak tu......kalau saluran ke jantung baru nak tersumbat mereka tak operate cuma letak ubat aje...lepas tu boleh balik rumah...harap-harap tak teruklah..Macam biasa rutin harian menghantar imran ke sekolah pukul 7.00 pagi..kadang-kadang akak gilir-gilir dengan anak lelaki akak...lepas tu terus brooom ke wangsa maju....pekena nasi lemak di depan jj pastu terus q nak masuk parking sebab jj belum bukak...tenguk jam kat dashboard baru pukul 8.18 pagi kereta dah banyak.
Akak dah parking kereta masa ni...ambil gambar kat depan jj...masa akak makan nasi lemak kat seberang jalan tu taklah macam ni punya sesak. Mula-mula cadang nak masuk ikut pintu ni...tapi tenguk q dah panjang ...
Pandangan dari belah jalan lagi satu...yang harunya sape q kereta kat belah sini tak dapat masuk walaupun akak dah masuk kat tempat parking pukul 8.00 lebih dan pukul 9.00 waktu pintu jj di bukak mereka masih di luar....lain kali dah tahu tak yah nak sibuk q kat pintu ni...kesiannya mereka ....
Terus ke pintu ni..nasib baiklah tak banyak lagi kereta...legalah sikit..dalam pukul 8.30 pagi barulah pintu parking di bukak...tulah sebabnya akak suka pergi pepagi ni...senang nak parking dan senang nak beli barang.
dan senang nak bayar....grab apa yang nak teruslah bayar...tak kuasa nak tunggu lelama...dalam pukul 11.30 pagi satu jj kami jelajah...kalau nak diikutkan semua nak beli...tapi kena beringat..nasib baik ada yana...lehlah dia ingatkan omak dio...tapi kebanyakkan barang yana..al maklumlah dah sampai sinun nanti dio tak leh shopping macam kat kay ell...
Susah jugak nak cari klinik yang ada hepatitis A ni...tanya kat klinik kat area taman melawati semua tak ada....nasib baik pergi ke hospital sini adalah pulak..yana masuk seorang...oleh sebab akak malas nak duduk kat dalam akak duduk dalam kereta aje...ingatkan cepat macam ambil suntikan typod di hospital damai di jalan ipoh hari isnin lepas...rupernya nak dekat 1 jam..
Akak terlena dalam kereta....pastu terjaga sebab perasan apa pasal ramai sangat orang kat sebelah dan belakang kereta akak....mula-mula ingat penguatkuasa datang sebab akak tak bayar parking....lepas tu ada pulak orang bukak meja dan letak makanan dan minuman...akak ingat orang nak berniaga makanan .... pasal dah nak dekat pukul 12.00 tengahari..akak relax aje..pastu akak tenguk si ummi aida tengah ambil makanan yang disediakan kat sebelah akak...
Cun jugak ekk si ummi aida ni walaupun umur dah banyak....nak ambil gambar dengan dia ...dia tengah makan..pastu nampak pulak pelakon lelaki ni... heryanto (entah betul ke idak nama dia)dia tak fofular sangat...akak tenguk dalam kereta aje masa tu....lepas ummi aida habis makan terus touch up dan terus mereka shoot....pengarah tu duduk kepan kereta akak...dengar suara macam kenal....
Masa tu tak nampak muka...lepas yana ambil injection...dia cari akak..dia tak nampak akak parking kat mana.....akak bagi tau akak masih kat tpt tadi tapi terlindung dengan lori krew ni..oleh sebab mereka masih shooting akak tak naklah kacau...akak keluar dari kereta dan duduk kat tepi longkang tenguk macammana mereka shooting cerita ni...tanya kat budak krew dia kata shooting telemovie untuk bulan pose nanti....barulah akak perasan pengarah tu aziz m osman..keciklah orangnya...mereka berhenti kejap sebab akak nak keluar...cadang nak ambil gambar dengan ummi tu ... tapi macam sombong aje...malaslah pulak...ambil gambar ni pun masa dalam kereta aje...
Sebelum ke sini gi ke rumah kak long akak di taman melati....kena pergi 2 orang ke hospital ni...kakak pulak nak tunggu anak dia balik sekolah....gi beli lauk...makan kat rumah dia....nak dekat pukul 2.00 terus hantar yana balik dan bawak abah akak ke hospital...nasib baik ada saudara yang kerja kat situ...tanya dengan dia macam mana prosedur nak check up kat sini...
Terus ke unit kecemasan....abah kena duduk kat wheel chair dan terus mereka check jantung...tapi tak dapat detect...bila check up kencing manis pulak ...naik sampai 12 lebih...ni gara-gara adik beli durian...abah ni memang hantu durian..pantang jumpa dan bau...macam anak dia jugak...sape ada penyakit kencing manis kalau boleh durian tu kena elakkan..
Lepas tu kena tunggu doktor check pulak...mak datuk menunggu punyalah lama...dekat 2 jam lebih (sebab abah bukan kes kritikal..mereka utamakan kes kritikal dulu) kat papan kenyataan dah tulis dah..jadi kami yang datang ke unit kecemasan ni kena faham...Abah dah penat dah sebab tunggu lama sangat..kak long bersama anak lelaki bongsu dia pun boring....bawak budak kecil ni..memang banyak kerenah..ashik minta jajan dan air...
abah memang tak pernah pergi ke hospital kerajaan tapi ke klinik kerajaan biasalah..sebab check penyakit kencing manis dan darah tinggi..lepas jumpa doktor .. kena pulak ambil darah...bila akak masuk ke bilik nak ambil darah tu...fu yoooo lama giler...kalah hospital ampang putri ataupun pusparawi...lawa siooot..
Abah dapatlah baring ... tapi dia dah boring bila nak tunggu result darah...kena tunggu 2 jam pulak tu..masa tu dah nak dekat pukul 7.00 malam .. dia dah lapar..hospital ada bagi mee goreng dan air nescafe...tapi dia tak lalu nak makan....kak long belikan roti hot dog dan susu coklat...untuk alas perut.
Bila keluar result...abah kena tinggal dalam wad sebab memang dah ada penyakit jantung walau pun tak serius....akak tukarkan baju dan suruh adik akak datang pulak jaga abah sampai pukul 12.00 malam...lepas dia datang akak balik...nasib baiklah suami kak long dah tunggu kat rumah mak...jadi tak yahlah akak hantar dia.
Kebetulan suami akak puasa...nasib baik yana ada...lauk dah ada...suruh dia masak sup sayur dan goreng pepedum....akak beli kari kambing....lepas mandi dan makan terus lolap...








