OOO

Sabtu, Oktober 31, 2009

Spicy Chicken In Dark Soy Sauce

 

Suker masuk dapur ummi kat kuantan tu...sebab kebanyakkan resepi dia simple dimple..senang ajer nak membuatnya...resepi kali ummi ambil dapur Gert ..ummi nampak kat dapur Jun..resepi asal dari Gert gunakan daging..akak tiru ummi guna ayam..lain kali boleh try guna daginglah pulak..terima kasih pada Gert...dan Ummi ..akak c &p ajerlah ye..

Bahan-bahan
  • 1/2 pound daging - dihiris nipis (akak guna 6 ketul ayam)-ikut ajer ummi
  • 2 sudu teh serbuk kunyit 
  • 3 sudu besar tepung gandum 
  • 1 cili merah - hiris
  • 1 cili hijau - hiris (akak guna 1/2 green capsicum)
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang serai - hiris halus (bahagian lembut sj)
  • 2 sudu besar sambal olek/cili boh (ummi letak cili kisar campur sedikit cuka)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada hitam
    Cara Memasak:- 

  • 1.  Gaul daging/ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam.
    2. Kemudian taburkan tepung dan ratakan.   
    3.  Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging/ayam hingga masak/kekuningan. Angkat.  
    4. Tinggalkan 2 sudu besar minyak tadi dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan serai hingga wangi. 5. Masukkan sambal/cili dan kicap. Masak sekejap.  
    6. Masukkan daging/ayam tadi dan cili yang telah dihiris. Kacau rata. 
    7.(Tambah sedikit air jika terlalu kering)Seimbangkan rasa dan gaul sebati.Angkat.


    Jumaat, Oktober 30, 2009

    Gulai Umbut Kelapa


    Dulu dah pernah dah tepek resepi ni..tapi lama dah...akak tepek lagi sekali...sekarang ni umbut dah mahallah...yelah benda susah nak jumpa...tentulah harga berdentum...suami akak yang suker makan macam ni..kena pulak dengan sambal tumis dan ikan sepat goreng...aduhai...tak tahu nak katalah...

     Bahan-bahan

    • 500 gm umbut kelapa-dipotong tipis
    • 10 ekor udang
      1 cawan santan pekat
    • 1 1/2 cawan santan cair
    • 3 biji bawang besar
    • 1 biji bawang kecil
      sedikit serbuk kunyit
    • garam secukupnya

    Cara-cara
    1. Bersihkan umbut dan rendam dengan air garam sekejap.Udang juga dibersihkan.
    2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
    3. Masukkan bahan di tumbuk bersama santan  cair dan udang.
    4. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga mendidih.

    5. Kemudian masukkan pulak santan pekat dan kacau lagi dan biarkan mendidih lagi dalam 5-10 minit.
    6. Masukkan garam dan rasalah dulu sebelum di tutup api.
    7. Bolehlah di hidangkan.

    Tak makan nasi..makan western lagi

    Akak buat lagi masakan ala-ala western hari jumaat lepas..tapi kali ni gunakan ikan dorylah pulak...beli ikan ni kat giant...salad ni nak panggil apa ekkkk


    Bahan-bahan
    •  200gm sayur campur (yang ada jagung, karot dan kacang hijau tu)
    • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
    • 2 sudu besar air sejuk
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu besar  jus limau kasturi/lemon
    Cara-Cara:-

     1.  Rebuskan sayur campur ikut arah kat plastik dia..akak rebus dalam 10 minit.

    2.  Toskan dan biarkan sejuk sebentar.
    3.  Gaul semua bahan hingga rata dan sebati. 
    4.Sejukkan di dalam fridge 2 - 3 jam.


     SUP KIMBALL

    Pastu panaskan ajer sos kimball....mula-mula ingatkan nak buat sendiri..dah ada dah resepi..tapi bila tenguk dalam peti sejuk stok ayam tak adalah pulak...beli ajer kat giant.

    IKAN DORY BREADCRUMBS

     Ikan dory ni akak goreng pakai breadcrumbs..tapi tak guna oat macam  resepi chef ah mat gebu..akak minta halal c &p yer mat..

    Bahan-bahan

    • 1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
    • 1 biji telur, dikacau sedikit
    • 1 camca teh serbuk lada hitam
    • Sedikit garam
    • 3/4 cawan tepung beras*
    • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
    • 1 1/2 cawan quaker oat-tukar ke breadcrumbs yang warna kuning/oren
    • Minyak utk goreng trendam
    PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan.(yang ni akak tak buat..sebab ikan dory tu dah siap untuk di gunakan.)
    Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.


     SOS CENDAWAN/SOS LADA HITAM/GRAVY


    Buat sos ni untuk di makan bersama ayam...akak c & p dari rumah Hana di Jepun.tapi kali ni tak letak cendawan sebab dalam sup kimball dah ada cendawan.
    Bahan-bahan
    • 2 cawan stok ayam@daging - akak gune stok ayam (air+kiub ayam)
    • 1/2 cawan susu segar
    • serbuk lada hitam-agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
    • 2cm batang salery - cincang
    • 1/2 biji bawang besar - cincang
    • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
    • 1 sudu sos tiram
    • 1 sudu mentega/ marjerin
    • 1/2 tin cendawan butang - dihiris-tak letak
    • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh dengan air
    • garam dan gula - jika perlu
    Cara-cara
    1.  Panaskan stok ayam, susu segar, bawang  dan  juga batang  salery. Didihkan.
    2.  Kemudian  tapis. (kali ni akak tinggalkan bawang tu cuma buang daun salery ajer)didihkan semula..
    3.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
    4.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung  gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
    5.  Boleh lah  dicurahkan ke atas ayam atau mashed potato.


         ROTI BAWANG PUTIH

    Kemudian buat roti garlic...beli ajer roti perancis kat giant..potong-potong pastu bubuh 3 sudu makan mentega yang telah di letak 3 biji bawang putih di tumbuk dan sedikit  parsley kering.

    Khamis, Oktober 29, 2009

    Crispy Fish With Apricot Sauce


    Tentu boring agaknya bila akak ashik masak masam manis atau ikan tiga rasa..kalau camtu..apa kata kita cuba pulak kali ni cuba pulak resepi ikan masak macamni...akak ambil resepi dari umah chef ah mat gebu....resepi ni chef dan novelis Nor Zailina Nordin yang bagi idea kat encik mat tu...bila ah mat dah kata sedap..maknanya memang sedaplah....tapi betullah kata cik mat..kena makan panas-panas..barulah terasa kesedapannya..terima kasih Norz dan Ah Mat Gebu sebab sudi share resepi yang best ni...macam biasa yer mat...akak c & p ajer...minta halal erk..



    Bahan Utama:-
    • 1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri-akak guna ikan dory-akak potong 2
    • 1 biji telur, dikacau sedikit
    • 1 camca teh serbuk lada hitam
    • Sedikit garam
    • 3/4 cawan tepung beras*
    • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
    • 1 1/2 cawan quaker oat-luper nak letak...tak perasan..
    • Minyak utk goreng terendam


    Bahan Sos:-
    • 2 camca besar jem apricot
    • 2 camca besar cili kisar
    • 1/2 cawan sos cili
    • 1 camca teh cuka
    • 1 inci halia, dititik
    • 3 ulas bawang putih, cincang halus
    • 1/2 cawan air
    • 2 camca besar kicap cair
    • 3 helai daun limau purut
    • Sedikit garam dan gula (jika perlu)


    Bahan Lain:-
    • 1 biji bawang besar, potong bulat
    • 1 batang leek, dihiris serong-tak letak sebab tak ada stok..akak tukar ke putik jagung
    • 1/2 biji green capsicum, didadu


     Cara membuatnya:-
    1.  PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan ikan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga melekat. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.

    2.  UNTUK SOS:- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan sos cili, jem apricot dan kicap cair. Gaul rata dan masak sebentar. Tuang air dan masukkan cuka, bila mendidih masukkan semua sayur2an, masak hingga sos menjadi pekat sedikit. Rasa dan jika perlu boleh tambah garam dan gula. Matikan api. 
    3.  UNTUK CRISPY FISH AND APRICOT SAUCE:- Alih ikan tadi ke dalam pinggan hidang yang sesuai, boleh dialas dgn daun salad jika suka. Kemudian ceduk sos apricot tadi atas ikan bersama sayur2an. Ratakan dan hias ikut suka. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain....

    Sosej Roll Cheese-sesuai untuk makanan pagi/minum petang

     

    Baru ajer beli ayam dengan penjual ikan kat umah akak ni...kesian dia....dia ambil bekalan kat pasar borong selayang..jual pakai motor ajer...pastu letak barang dan cari barang lain...bila balik ..ikan, udang galah kena curi dengan mat bangla...kecian dia..kerugian dalam RM285.00..sebab tu mat bangla yang sorong kereta dapat jual murah...mungkin (mungkin yer) dia orang curi pastu dia jual....

    Orang lain dah ramai dah buat sarapan pagi ataupun minum petang......akak baru nak mencuba...masa gi bbb hari tu beli breadcrumbs warna ni..dah bukak kena lah perabiskan...mula-mula pepandai ajer namakan roti hotdog berkeju..rupernya mek azie namakan pulak sosej roll cheese..ala sama ajerkan bunyi dia...akak ambil resepi ni dari umah hana..hana ambil dari myresepi..dah puas jalan kat jepun..balik semula ke malaysia..akak c & p ajer dari umah hana..

     Bahan-bahan
    • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
    • 8 sosej ayam @ daging
    • 1 biji telur - dipukul sedikit
    • secubit garam - tak letak  sebab sosej tuh dah masin!
    • sedikit serbuk lada sulah- tak letak
    • breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya-akak gunakan warna oren
    • minyak untuk menggoreng
    • akak tambah .. slice cheese 
    • sedikit  tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. 
    Cara-cara
    1. Gelek roti hingga nipis/leper.
    2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-(akak gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan  kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
    3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak  kemas
    4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
    5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah  dicelup dengan telur kedalam breadcrumb.
    6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
    7. Dah siap..enak dimakan  bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer..
     
    Lebihan roti dan sosej jangan di buang..potong dadu roti dan hiris tipis sosej ..pastukan pukul telur sebiji, masukkan bawang besar yang didadu(kalau sukerlah), sedikit garam dan serbuk lada hitam/putih dan goreng dalam minyak yang sedikit dan sambil goreng pecah-pecahkan roti dan hotdog sampai masak..boleh jugak jadikan sarapan.

    Rabu, Oktober 28, 2009

    Ayam Goreng Halia


    Akak ternampak resepi ni kat blog Jun Yummyyilicious yang terror masak tu.... Resepi asal dari majalah Saji dan gunakan burung puyuh....tapi Jun guna ayam.....bila dah siap sedap pulak tu..yang buat lain sebab ada kacang panjang..Jun akak c & p ajer dari blog kamu yer..malaslah nak taip satu persatu....love u jun....muahhhhhhh..nanti jumper burung puyuh lehlah buat lagi....



    Bahan-bahan

    • 4 ekor puyuh-potong empat (ku tukar  ayam kampung)
    • 2cm halia-tumbuk
    • 1/2 ulas bawang putih-tumbuk
    • 2 biji bawang merah-tumbuk
    • 5 cili padi} dikisar-akak tambah dalam 10 biji-berdesing telinga
    • 1 sudu makan sos tiram
    • 1 sudu makan sos cili
    • 1/2 sudu makan kicap masin
    • 1 sudu makan gula
    • 10 tangkai kacang panjang-potong kecil
    • 30ml air
    • garam
    • minyak
    • akak tambah-1 biji bawang merah di hiris bulat
    • sebatang karot di potong memanjang, 1 biji cili hidup di potong serong 
    Cara-cara
    1. Lumur puyuh ngan garam n goreng hingga garing, ketepikan.
    2. Tumis bahan-bahan  kisar hingga garing. 
    3. Masukkan air bersama sos cili, sos tiram, kicap masin, gula dan  garam secukup rasa.
    4. Masak hingga kuah pekat, masukkan puyuh (ayam), karot, kacang panjang, cili dan bawang besar  tadi. gaul sebati dan angkat.

    Sape yang botak (kacang botaklah)

    Salam buat semua...ishhhhh minggu ni minggu yang tak baik kot....macam-macam hal...mula-mula cpu buat hal...meroyanlah kejap...pastu streamix pulak buat kacau...gggggggggggggggggg.....geram sungguh...
    Yelah ..langit pun bukan selalu cerah.....ingatkan kalau tak elok jugak nak gi ke cybercafe petang ni...semata-mata nak tenguk blog....alhamdulliah lepas firdaus pot pet pot pet dengan tm barulah okerrrrr.....


    Okeylah...buat kacang botak dah lama dah...akak dah pernah buat tahun lepas...suami akak ashik ulang aje makan...oleh sebab tahun ni tak buat lagi...akak merajinkan diri buat kacang ni minggu lepas....



    nak cepat punya pasal adalah yang terhangus sikit..api jangan besar sangat yer..
    Akak ambil resepi ni member myresepi che iza nun jauh di utara...dah dapat baby ni dia takleh merempit sangat dah...almaklumlah ada budak kecik...bukan boleh nak melepak lama-lama kat pc...betul tak che iza...akak minta izin c & p yer..


    Bahan-bahan
    • 1/2 kg kacang tanah-akak gunakan kacang yang telah di buang kulit
    • 2 1/2 cawan  tepung beras (lebih kuranglah)
    • 1/2 cawan  santan
    • 1 1/2 sudu besar  serbuk kari
    • 1 sudu besarserbuk cili
    • sedikit lada sulah
    • sebiji telur gred c jer
    • 1 1/2 sudu besar  gula
    • 1 sudu kecil  garam
    • 2 sudu kecil  serbuk pati ikan bilis / udang
    • 1/2 cawan  air (bergantung)
    • akak tambah : daun kari
    Cara-cara..
    1. Basuh kacang bersih. Tapi ala kadarlah eh jgn over lak.... kang kembang. Toskan kacang.
    2. Bancuh 2 cwn tepung ( tinggalkan dulu 1/2 cwn) dgn semua bahan kecuali air... Gaul semua bahan hingga sebati.
    3. Perlahan2 masukkan air sikit2 hingga jadi aduan yg likat..
    4. Masukkan kacang yg telah ditoskan tadi kedlm bancuhan tepung. gaul rata.
    5. Tabur lebihan tepung beras atas bancuhan kacang tadi... Gaul sikit.... bertujuan utk bg kering sikit bancuhan kulit tepung tu dan tuk memisahkan kacang2 tu.
    6. Goreng dlm minyak yg panas... deep fry...

    Isnin, Oktober 26, 2009

    Dating dengan member blog lagi


    Anak sapelah ni kan...cutekan...al maklumlah ayah dia orang putih..akak ambil gambar dia..dia pun konon kononnya ambil gambar akak...

    Nilah anak manis.. Aisha nama dia......member blog yang akak jumpa pada hari Sabtu lepas....rugi tak bawak imran..kalau idak boleh imran mengurat dia..ahaksss (boleh ke manis)...akak jumpa manis dengan se orang lagi member blog yang cuma sapa menyapa di shoutbox ataupun ruangan komen ...amysinsei (maksudnya cikgu amy-ni amy yang bagitau...

    ambik gambar kat kedai mamak ajer..peduli apa.akak bukannya orang yang jaga standard ..nak jumpa kat warung pun boleh
    Amy baru balik dari belajar di jepun....mula-mula segan jugak nak jumpa org yang belajar jauh-jauh ni..al maklumlah..nasib baiklah amy ni peramah orangnya..mulut pun pot pet pot pet macam akak jugak...kami jumpa di phileo damansara..akak memang tak pernah pergi ke tempat ni...daripada akak sesat baik ajer akak ikut amy dari belakang...amy tunggu akak di jalan kat pusat perubatan universiti malaya.

     Kami lepak kat kedai mamak..taklama kemudian manis pun sampai dengan anak dara dia....tinggi lampai orangnya.....nasib baiklah manis pun ramah tamah..seronok jumpa dengan mereka berdua ni..kami lepak sampai pukul 3.00 petang..akak kena balik sebab adik ipar nak datang...dia nak datang dari masa raya lagi..tapi akak ashik berjalan ajer...manis pun ada hal lain..


    Untuk amy    http://amysensei.blogspot.com/ dan manis  http://wangi74.blogspot.com..terima kasih sudi jumpa dengan akak..akak minta maaf ye jika ada tersilap kata masa kita lepak ..nanti kita jumpa lagi yer...

    Saje nak tunjuk lauk daging grill pedas ni..akak dah byk kali tepek resepi..kali ni akak campurkan dengan buah mangga yang ct delima bagi...adusss sedapnya..

    Shepard Pies

     Aduhhhh..geram sungguh dengan cpu ni ... dah keluar duit beratus pun masih buat hal lagi...kesian firdaus kena gi hantar balik ke kedai komputer..akak pulak bingung tak leh update....bukan teruk pun problem cpu ni ..cuma power supply yang buat hal...


    Bila jejalan kat umah suzi kat australia tu akak tertarik nak cuba resepi shepard pie ni..memang tak pernah buat lagi..tekak orang melayu nak cubalah pulak jadi tekak omputih..akak masukkan dalam ramekin..senang sikit nak makan....kalau nak senang gunakan beg aising dan picitkan ke dalam ramekin...tapi kalau nak gunakan sudu pun boleh jugak..
    Suzi ambil  resepi dr Tirana....Tq Tirana berkongsi resepi...

    Bahan-bahan A

    • 400 gm minced meat
    • 1 batang carrot (big size) - diparut kasar
    • 1 labu bawang besar (medium size) - dipotong dadu
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar kicap
    • 1 sudu besar sos worchestershire
    • 2 sudu besar tepung gandum
    • sedikit minyak
    Bahan-bahan B
    • 4 biji ubi kentang(medium size) - direbus sampai empuk
    • 2 sudu besar butter
    • 150ml susu
    • sedikit lada sulah
    • 1 biji kuning telur - dipukul sedikit-akak tukar guna slice cheese di potong kecil

    Cara membuatnya (Bahan A)
    1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
    2. Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
    3. Masukkan carrot. Kacau lagi.
    4. Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
    5. Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
    6. Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
     Cara Membuatnya (Bahan B)
    1. Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
    2. Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
    3. Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
    4. Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
    5. Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6'' x 6'') dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
    6. Kemudian tuangkan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi dan ratakan. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
    7. Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
    8. Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 - 40 minutes.
    9. Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.

     Memang sedap...suami akak pun suker...lain kali boleh buat lagi..akak pun suker jugak..

    Ahad, Oktober 25, 2009

    Ikan Siakap Masak Masam Manis

     Aduhai meroyan sungguh dibuatnya sejak hari jumaat lagi...geramlah sebab cpu tak nak hidup...kenalah keluarkan duit dulu baru boleh hidup balik pc ni...dahlah gaji lambat lagi kecuali orang kerja gomen.....apa nak buat orang pun selalu gak kena sakit..sekali-kali pc pun nak sakit jugak...akak rindu nak berblog...ada ke yang rindu dengan akak (perasan)...

    Kali ni buat ikan masak stail jun http://yummylicious-jun.blogspot.com/
    ...cubalah ek..

    Bahan-bahan
    • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.(akak gunakan ikan siakap-dikepakkan)
    • 3 biji bawang merah-ditumbuk
    • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
    • 1 in halia-dihiris panjang2
    • 1 biji tomato-dipotong dadu
    • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
    • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
    • 1/3 timun-dipotong dadu-tak letak tapi tukar ke putik jagung, bawang besar potong bulat dan cili merah
    • sedikit bunga kobis
    • sedikit nenas-dipotong dadu
    • sedikit garam dan gula secukup rasa

    Cara-cara
    1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
    2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
    3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
    4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula.
    5. Curahkan atas ikan yang telah di goreng tadi.

    Khamis, Oktober 22, 2009

    Membebel dan Sup Tulang (Resepi Puan Nor Kt)


    Pagi tadi akak dapat sms daripada member blog bagitau ada si penciplak dah ciplak gambar masakan ..tak kisahlah dia ambil resepi sebab kalau dah tepek resepi kat blog kiranya orang dah kebenaranlah nak ambil resepi tu.......lagi pun takkanlah dah tepek resepi tak bagi orang ambil..kalau cam tu bawalah ke dalam kubur atau pun simpan dalam buku ajer buat rujukan sendiri.
    rupernya dia dah ciplak dari tahun 2008..sebelum akak berkecimpung dengan dunia blog..
    Kebanyakkannya gambar  dari blog member myresepi ...
    Memang akak mengaku akak selalu ambil resepi dari member blog..kan akak baru nak belajar memasak macam-macam...kalau setakat masak biasa-biasa ajer akak tahulah tapi takkan tak nak cuba resepi baru.....tapi gambar yang akak ambil adalah gambar hasil masakan sendiri..tak cilok orang punya..

    Buat empunya blog...cubalah try resepi tu dulu...ambil gambar...barulah puas hati sebab kalau dah bersilat kat dapur dan resepi  tu jadi dan sedap giler  pulak tu barulah puas hati...

    Okeylah membebellah akak ni...kali ni akak masak sup tulang lagi..kali ni akak guna resepi dari Puan Nor di Kuala Terengganu...akak dah pernah cuba dulu...kali ni buat lagi..kat umah ni boleh dikatakan tiap-tiap minggu buat sup...sampai tak tahu lepas ni nak pakai resepi sapelah pulak...Nor minta izin c & p ye...

    Bahan-Bahan
    • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
    • 3 biji bawang merah - dimayang halus
    • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
    • 2 in halia diketuk
    • 1 sup bunjut
    • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
    • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
    • 3 biji ubi kentang
    • garam dan gula secukup rasa
    • 1 btg celery jika suka
    • 1 kiub pati ayam
    • air
    • bawang goreng dan daun sup 
    • akak tambah : karot di potong panjang dan bunga kobis--sebab malas nak goreng sayur lagi..

    Cara-cara

    1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
    2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
    3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
    4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
    5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
    6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..

    Tart Nanas-Resepi dari kedai bakeri

    Ingat tak tart  nanas yang akak buatkan untuk amy tu..dia kata nak buat makan-makan.......resepi kali ni akak gunakan resepi tempat bakeri yang baru bukak di setapak.

    ...akhirnya selepas siap..anak akak kata ......mak lagi sedap dari yang dulu...
    wah boleh buat jualan tahun depan...daydeck86..kamu tolong jualkan ek...


     Bahan-bahan
    •  250gm butter -akak gunakan butter jenama tatura
    • 60 gm gula aising 
    • 2 biji kuning telur
    • 1 sudu teh vanila
    • 3oo-330gm tepung gandum*
    • 50 gm tepung jagung*
    • 30gm tepung kastad*
    • 20gm susu tepung*
    • 2gm garam halus
    • * ayak
    Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)

    • 450 gm parutan nenas – tapis
    • 1 camb jus limau nipis
    • 180 gm gula pasir
    • 1 batang kulit kayu manis
    Cara membuat:
     

    1. Pukul mentega dan  gula aising sampai sebati.
    2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
    3.  Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
    4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
    5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
    6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
    7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

      Untuk Jem:

    Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

    Rabu, Oktober 21, 2009

    Pertunangan

    Dah lama dah majlis pertunangan anak buah kat kelang ni..walaupun dah basi akak nak letak jugak untuk  kenangan...tenguklah tarikh tu...hari raya ke 6..
    Dulu masa merisik suami akak jadi wakil pihak perempuan...masa bertunang abang mansur (biras yang sulung) pun jadi wakil..taklah suami akak gugup..
    Kakak ipar (isteri abang mansur) sekarang ni dah pandai buat kek lapis sarawak...dia tinggal di jay bee

     Dia promosilah kat umah adik dia...alahai pakallah akak tak berapa minat nak buat..sebab kat umah ni tak berapa laku..
     wah kakak (nama panggillan)...cantiknya bulu mata kamu ni... ada kilat-kilat..
    Antara hantaran dia....puding ni..cantik kan..kakak ipar tempah ajer..
    Dah jadi trend hantaran letak coklat sedap ni..
    Cc pun dah macam jadi musim jugak..yang diatas semua dari pihak perempuan..
    hantaran yang ni jadi perhatian.dari pihak lelaki....kami ingatkan tipu...rupernya betul...tapi takut nak makanlah..serammmmm gadang bebeno
     
    ...tak tunang lelama..(duit dah cukuplah tu) mula-mula pihak lelaki nak  bulan disember..tapi jika ada rezeki mak ayah dia nak gi haji...di tunda pada bulan mac tahun depan...
    tak merasalah kakak nak ada ibu dan bapa mertua sebab semuanya dah meninggal..dapat kakak dan abang ipar ajerlah...
    macam biasa bergambar kenangan dengan bakal pengantin
    bapa mertua dengan besan...semua kerabat dari biras kakak ipar..fil tu bukan melaram tau.dia baru lepas operate mata...kena pakai spek hitam macam mak akak jugak...
    ayam goreng cara macam ni memang best..cepat ajer habis...makan dengan nasi beriani...ada daging, acar dan papadum..
    ada jugak laksa..habis majlis kami beraya kat umah adik ipar di tudm subang...lepas maghrib balik umah...

    Kung Pao Chicken Versi Pertama Lagikkk


     Rindu pulak nak buat ayam kung pao ni...dah lama tak buat..rasanya sejak yana gi....kadang-kadang bila masak ayam ..bahagian isi anak-anak tak suker makan..akak simpanlah dalam peti sejuk..tenguk-tenguk dah banyak..kan akak ada tepek 3 versi kung pao chicken ni..tapi akak lebih suker masak ikut versi pertama..


    Bahan-bahan  A
    • 600gm isi ayam-dipotong kecik
    • tepung jagung secukupnya
    • sedikit serbuk lada hitam
    • sos tiram-ikut keperluan
    • sedikit kicap pekat
    Cara-caranya
    • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
    • Lumurkan dengan tepung jagung.
    • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
    • Toskan selepas di angkat.
    Bahan-bahan B
    •  100gm  kacang gajus ye-di goreng dan toskan minyak)
    •  30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
    •  2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
    • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
    • 2 inci halia - di tumbuk halus
    • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar-tak ada stok
    • 3 sudu makan sos tiram
    • 2 sudu makan cili sos
    •  minyak untuk menumis
    •  garam jika perlu
    • minyak bijan - 
    • sedikit seasoning maggi
    Cara-caranya
    1. Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
    2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
    3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
    4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  gajus yang telah digoreng. 
    5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
    6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
    7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....anak akak suker meratah cam tu ajer...terutama yana dan ira...

    Selasa, Oktober 20, 2009

    Last Open House Tahun Nii


    Hari ahad lepas..dapat jemputan kawin dan open house....lastlah kiranya ni...
    Mula-mula gi kat lembah keramat..umah saudara...boleh dikatakan tiap-tiap tahun beliau buat open house.akak gi ke kambing bakar dululah...kambing pertama dah nak tinggal tulang..tak aper...ada 2 ekor lagi..

      ada satay.....

    char kueh tiaw...lepas goreng baru akak ambil..best sikit makan panas-panas


     kebetulan dah rezeki ira...dia buat time ira balik...ira dan russhdi ashik makan kambing panggang ajer...bukan senang nak dapat...


    ada jugak kueh mueh, jelly kelapa, kek  dan buah-buahan

    pastu ada air batu campur..adik beradik dan ipar yang tolong buatkan..

    nasi orang tak berapa makan...mereka tertumpu kat benda lain..nasi beriani, ayam dan daging bersama dalca

    tuan rumah suami isteri  menyanyi ...mereka bolehlah buat open house cam ni sebab orang bisnes....pasang khemah.....sape nak pakai khemah untuk apa-apa upacara leh contact akak..

     anak-anak tersenyum riang..perut dah kenyang ...russhdi, ira dan baby irfan (anak buah)

    ni kiranya kambing ke 2...best kalau gi umah ni..akak memang ambil sarapan sikit ajer..nak makan kat sini..lepas gi umah member suami kat taman permata..aduhai dia siapkan lemang dan mee kari...tapi perut tak boleh isilah...tapi akak jamah sikit sebab tak nak tuan rumah kecik hati..

    umah ke 3...jemputan kawin belakang umah

    tapi akak tak makan...perut dah ketat..saje tunjukkan muka.....pastu mcm biasalah...lawa kan pelamin ni...

    akak suker tenguk bunga telur ni ...untuk org perempuan kayu manis dan telur puyuh..untuk orang lelaki telur ayam...balik umah lepak kejap pastu hantar ira balik asrama...

    lepas maghrib keluar balik ...kali ni ke kampung chubadak..member blog ajak gi umah dia..si daydeck86...akak nak rasa lemang tepung dan lemang yang dia orang buat sendiri..memang sedaplah lemang buatan sendiri..makan camtu ajer pun dah cukup sodap...lemang tepung  belah kiri tu first time akak raser..manis macam bingka pun ada...

    imran tambah makan bihun sup sampai 3 kali...sedap katanya..lepas tu balik umah..gantung periuklah hari ni..

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...