Cerita best ni...nak cuber nasib lagi...kalau nasib baik dapatlah gi tenguk cerita ni 2 hari sebelum di tayangkan di malaysia...bestnya..akak memang suker baca cerita misteri...
Untuk mendapat tiket premiere screening kenalah cari

imej Sherlock Holmes (dipaparkan di atas ni) dalam 2 blog di sebelah kanan blog mereka untuk membuktikan kecerdasan anda. Yang perlu anda lakukan
1. Jejaki mereka dan mengambil screenshot dari blog mereka (hanya dari satu blog tertentu yang cukup baik) dan posting gambar di blog anda dengan judul "I'm Sherlock Holmes in the Making".
2. Hantar email ke sherlockholmes@nuffnang.com dengan nama lengkap anda dan blog URL
Athirah dan akak yang nak gi tenguk cerita ni...sebab kami berdua ni peminat cerita misteri...harap-harap dapatlah gi tenguk cerita ni...
kalau tak dapat kenalah beli tiket sendiri...minat punya pasal.....kalau sape yang berminat gi lah ke nuffnang tau...

Masak kuah lodeh ni hari raya haji bersama rendang daging..makan dengan nasi impit segera....Selalu akak masak kuah lodeh .....akak masukkan semua sayuran dan bahan-bahan lain. Kali ni akak nak cuba masak cara kuah lontong singapura..rupernya kuah lodeh ni mcm-mcm stail...kalau kuah lodeh indonesia tak yah tumis..lebur macam akak buat selalu...kalau kuah lontong singapura, lodeh singapura semuanya di tumis dulu. Jomlah try buat...resepi akak ambil dalam majalah saji.
Bahan-bahan
- fucuk dan suhun-rendam dan potong kecil
- 2 lobak-potong memanjang
- 1/2 kubis-potong besar
- 3 keping tempe-goreng
- 3 keping tauhu-goreng
- udang-ikut suker
- santan-akak masak 1/2kg santan pastu campur 3 cawan air
- 1 labu bawang besar-hiris halus
- garam secukup rasa
- sedikit minyak
bahan-bahan tumis
- 4 tangkai cili merah-hiris
- 2 ulas bawang putih-tumbuk
- 5 ulas bawang merah-tumbuk
- sedikit ikan bilis-tumbuk
- 2 batang serai-titik hujung
- 3 tangkai cili hijau
- 3 sudu besar cili kisar
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama serai hingga wangi.
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama serai hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau.
3.. Masukkan udang dan tuangkan santan+air dan bubuh garam.
4. Biarkan mendidih dan masukkan bahan-bahan lain dan kacau selalu agar tak pecah minyak.
5. Biarkan sekejap dan baru di tutup api. Jangan lelama..nanti sayur tu lembek..lodoh..

Memang kalau buat rendang akak gunakan resepi dari mak akak...campur rempah-rempah yang di sangai...nak masak rendang bukan susah...yang leceh bila dah nak pekat...selalu hangus kalau tak kacau selalu...tu sebabnya akak suker pakai kuali tak melekat....tapi kalau guna kuali camtu tak leh masak banyak..cukup 1kg daging ajer....mana ada kuali tak melekat yang besar sampai muat 5 kg daging..tak pernah jumpalah pulak..
Bahan-bahan
- 1kg daging lembu
- 3 sd makan jintan manis*
- 3 sudu makan ketumbar*
- 1 sudu makan jintan putih*
- 1 sudu kecil lada hitam*
- 20-30 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
- 3 biji buat keras*
- 2 biji bawang besar
- 8 biji bawang kecil
- 6 biji bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 7 batang serai-5 kisar- 2 titik hujung
- 2 inci kunyit hidup
- 3 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
- 800gm santan pekat (beli yang kira kg ajer)
- 2 sudu makan kerisik
- sedikit minyak
- garam
Cara-cara
1. Bersihkan daging dan potong kecil ataupun saiz nak buat rendang..jangan tipis sangat..nanti hancur.
2. Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *. Kisar dengan sedikit air.
3. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 5 batang serai.
4. Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5. Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula daging.
6. Kacau dan masukkan santan pekat ..tak yah masuk air sebab daging akan keluarkan air.
7. Biarkanlah merenih dengan api sederhana dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8. Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan kerisik.
9. Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering. (akak tak suker kering sangat...suker basah-basah sikit)
10. Bolehlah di dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi impit atau lemang...

Gi mana-mana banyaklah pulak buah durian....bila tanya kat penjual.....durian mana? dari perak? betul ker orang perak skrg buah durian tgh banyak kat sana...wah best ni kalau dpt saudara durian (musim durian ajer saudara...pastu tak jadi saudara)....akak ni memanglah jarang gi ke belah utara....sebab saudara mara belah selatan ajer...cuma adik ipar ajer org perak....bila dah musim ni...beli pun tak lah mahal bebeno...sekg baru RM3.00...puas hati bila makan...
Bukan tak nak beli yang longgok tu..tapi buat sakit hati...anak-anak dah mengadap..pastu tak leh makan....kesian dengan anak-anak... beli 3 biji tapi memang puas hati...makan 2 biji pastu buat kuah/pengat sebiji...makan dengan roti biasa ajer...rasanya semua tahu nak buat kuah durian ni..tapi akak tepek jugak resepi sebab nanti kalau anak-anak akak kawin ker....manalah tahu kot dapat menantu perempuan yang tak tahu nak buat benda ni...nak minta dgn akak ..nanti malulah pulak...rujuk ajer kat blog mil dia...(chewah perasan nak dapat menantulah pulak)
Bahan-bahan
- 1 biji durian-ambil isi
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 3 helai daun pandan-disiat-siat dan di ikat
- 5 sudu makan gula merah (brown sugar)
- 1 keping gula melaka-akak gunakan yang kecik
- 3 sudu makan biji sagu-putih (di rendam sekejap)
- secubit garam
- Masukkan santan pekat, daun pandan dan air ke dalam periuk dan didihkan dengan api sederhana.
- Kacau selalu sehingga santan mendidih dan masukkan gula melaka, gula merah dan secubit garam.
- Kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan buah durian dan sagu biji...kacau lagi dan rasalah..jika nak manis tambahlah gula putih...
- Biarkan lagi sehingga 5-10 minit ..padam api dan boleh di hidangkan..
- Kalau rajin menjalalah ek...(buat roti jala)..akak tak rajin..makan dengan roti ajer..

Dari hari ke hari nak buat jelly kelapa ni..tapi tak terbuat...kebetulan suami akak beli 2 biji air kelapa muda minggu lepas...akak dapat 1/2 dari resepi ni..akak tak campur air pun..memang sedap di tekak...terima kasih buat Nor di Kuala Terengganu kerna sudi tepek resepi...akak c & ajer..
Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Cara-cara
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Salam aidil adha buat semua pengunjung blog akak...tentu ramai yang dah nak balik ataupun dah sampai ke kampung halaman tercinta untuk beraya bersama ibubapa dan keluarga tersayang. Ada yang buat korban tak????
kalau ada baguslah...alhamdulliah suami akak pun korban tapi tahun ni dan tahun lepas dia dah tak buat korban kat sini ..sebab kat tempat akak dan tempat-tempat lain.... terlalu banyak lembu sampai tak termakan...jadi beliau melalui agen kirimkan korban (bayar RM ajer) ke kemboja...pernah tenguk dalam Majalah 3...orang kat sana nak makan daging susah sangat. Jadi suami sekarang ni..insyallah..nak buat korban untuk penduduk islam disana.
Akak memohon ampun sepuluh jari jika ada terkasar bahasa dan perbuatan sepanjang perkenalan kita...semuga semuanya dapat memaafkan kesalahan yang telah akak lakukan samada di sedari ataupun tidak...
Ingatkan tak ada kad untuk hari raya aidil adha ni..rupernya ada yang sudi melayangkan kad cyber kat akak...
kad dari abbot cabbot....terima kasih
kad dari azatie http://azatiesayang.blogspot.com/
dari emilia nun di jepun..terkebil-kebil mata lembut ni sebelum di korbankan..
dari yanmie...kelakarlah kad ni..
dari emilia nun di jepun..terkebil-kebil mata lembut ni sebelum di korbankan..
dari yanmie...kelakarlah kad ni..
Terima kasih bebanyak buat mereka ni...

Malam Rabu lepas Firdaus dan member dia gi tenguk Ninja Assassin di Midvalley....akak nak gi dengan suami hari Sabtu ni...sebab ada lagi 4 tiket lagi.
Cantiklah tiket wayang ni...sebab berbentuk poskad...terima kasih Nuffnang sebab bagi tiket free..akak dapat sebab buat N3 pasal cerita nilah...
tulah salah sebab akak join nuffnang ni..macam-macam dapat...preview screnning lagi..org lain lum tenguk...kita tenguk dulu..
tulah salah sebab akak join nuffnang ni..macam-macam dapat...preview screnning lagi..org lain lum tenguk...kita tenguk dulu..
kat depan gambar rain (ala..akak tak sukerlah tgk rain bermandi darah)
In Berlin , Europol agent Mika Coretti (Naomie Harris) has stumbled upon a money trail linking several political murders to an underground network of untraceable assassins from the Far East . Defying the orders of her superior, Ryan Maslow (Ben Miles), Mika digs into top secret agency files to learn the truth behind the murders. Her investigation makes her a target, and the Ozunu Clan sends a team of killers, led by the lethal Takeshi (Rick Yune), to silence her forever. Raizo saves Mika from her attackers, but he knows that the Clan will not rest until they are both eliminated .
Now, entangled in a deadly game of cat and mouse through the streets of Europe , Raizo and Mika must trust one another if they hope to survive…and finally bring down the elusive Ozunu Clan.
Firdaus kata best giler cerita ni...ashik gaduh ajer....darah di mana-mana...
Firdaus tak tidur langsung...teruja tenguk cerita ni..apa lagi ..sape yang suker tenguk ganazzzzz-ganazzz gilah ke pawagam...
bermula pada 26hb. November..hari nilah.....tapi untuk 18 tahun ke atas ajer tau..budak kecik tak leh tenguk...takut terkezutttt tgk darah....kang mengigau...elok bawak suami ni...mesti ashik peluk suami sebab takut tenguk darah (akaklah tu..sebab akak suker sentimental...tak suker ganazzzz....suami pulak suker ceta gaduh-gaduh)
bermula pada 26hb. November..hari nilah.....tapi untuk 18 tahun ke atas ajer tau..budak kecik tak leh tenguk...takut terkezutttt tgk darah....kang mengigau...elok bawak suami ni...mesti ashik peluk suami sebab takut tenguk darah (akaklah tu..sebab akak suker sentimental...tak suker ganazzzz....suami pulak suker ceta gaduh-gaduh)

Resepi asal ketam goreng cili kering...tapi tak ada stok ketam...akak gunakan sotong ajer...akak masak 1/2 dari resepi asal..resepi akak ambil dari majalah saji.
Bahan-bahan
- 1/2 kg sotong
- 7-8 tangkai cili kering-potong serong 1 inci
- 1 1/2 biji bawang besar-potong 4 setiap satu
- 3 ulas bawang putih-hiris nipis
- 1cm halia-hiris nipis
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1/2 sudu besar kicap pekat
- 1/2sudu besar minyak bijan
- sedikit garam
- sedikit gula
- sedikit serbuk kunyit
- minyak masak untuk menggoreng
1. Bersihkan sotong, potong kecil dan perap sekejap dengan jus limau dan garam.
2. Bilas bersih dan toskan dan gaulkan dengan kunyit dan garam.
3. Goreng kekuningan dan angkat lalu ketepikan.
4. Bubuh minyak dalam kuali dan tumiskan cili kering sekejap (jgn lama nanti hangus)
cepat-cepat masukkan halia, bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga sebati dan wangi.
5. Masukkan pula sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat dan minyak bijan.
6. Kacau rata dan biarkan mendidih.
7. Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Gaul rata dan hidangkan.

Kadang-kadang akak suker masak sambal daging style camni...masak sambal dia lebihkurang macam masak sambal ikan keli yang anak-anak akak suker tu..kalau buat akak gunakan daging batang pinang/daging lembut sebab malas nak rebus lama.
Bahan-bahan
- 1/2 kg daging batang pinang -rebus sekejap (kalau guna daging lain kenalah rebus lama sikit)-simpan air rebusan
- 8 sudu makan cili kisar
- 8 biji bawang kecil*
- 5 biji bawang putih*
- 1/2 biji bawang besar*
- 1/2 inci halia*
- 1-2 sudu makan kicap manis
- 1 biji bawang besar-hiris bulat
- 2-3 biji limau kasturi - ambil jus
- garam secukupnya
Cara-cara1. Hiris daging nipis setelah di rebus. Jangan buang air rebusan.
2. Goreng bahan-bahan bertanda * sebentar dan tumbuk kasar.
3. Gunakan minyak yang sama dan tumis cili kisar sehingga terbit minyak.
4. Masukkan bawang tadi dan garam kacau sebati dan masukkan daging tadi.
5. Masukkan juga air rebusan dan tunggu sehingga kuah pekat sikit barulah dimasukkan kicap pekat.
6. Kacau lagi dan akhir sekali masukkan hirisan bawang besar tadi.
7. Rasa dulu cukup garam atau idak..... barulah dipadamkan api.
8. Tuang jus limau kasturi. Bolehlah di hidangkan.
Buat lagi daging grill pedas bersama mangga...memang selalu buat sebab akak suker...

Bila dah janji nak bagi hadiah kenalah bagi..betul tak? nanti orang kata tak menepati janjilah pulak...ingat tak jackpot no 98765...minggu lepas...hari ni akak gilah ke rumah orang yang menang tu..
Nasib baik duduk area selangor..taklah jauh nak hantar hadiah dia...yang menang hari tu mamafami.blogspot.com.walaupun sesat nak sampai kat umah mamafami...akhirnya bersua muka jugak dengan pakar roti ni...syoikkk tgk gambar roti kat blog dia..akak di hidangkan dengan cheesetart ni..sedap gilerrr...meletup...
Akhirnya bertentang mata jugak kami...seronoknya jumpa mamafami..peramah betul...cam akak..mula-mula cadang nak duduk sekejap..tapi.....bila dah sembang tak sangka masa cepat ajer berlalu..imran pun suker sebab dapat main dengan anak lelaki mamafami. Janiji satu jam jadi berjam-jam..
Lepas tu kami ke Lea ....Lea Oven....yang baru bukak kedai bakeri...seronok nak jumpa Lea..tapi dia tak ada...ada hal..sape yang nak order kek ker, cc ker whateverlah gi ajerlah ke blog dia...http://lea-oven.blogspot.com/..mengancam tenguk kek-kek dia...lawar giler....
Beli serba sedikit barang bakeri...promote kedai melayu...ashik ke kodai cino ajo..
cantik bunga ni..nak suruh akak buat..ehmmmm fikir punya fikir baik beli ..murah ..tau
ada jugak jual benda ni..edible image..pastu nak order gambar sendiri pun boleh..kalau berminat call ek..ada kat gambar tu..kasi besar sikit baru nampak..
lea ada jugak bukak class ..akak suker tenguk cc ni..ciutnyaaa
pastu gi balik ke umah mamafami semula sebab nak ambil imran kat situ..pot pet pot pet..kena minta diri sebab dah nak dekat pukul 2.00 petang
Oleh sebab tuan punya diri tak boleh menjelma dalam blog..akak ambil ajerlah gambar pokok limau dia yang sedang berbuah..dapatlah bawak balik buah limau kasturi tu...
.Ingat nak gi umah adik kat situ ...dah tak jauh.....tapi tak sempat...sebab borak punya borak ...tenguk jam dah nak pukul 2.00 petang...eh tak boleh jadi ni..
.kang suami akak balik...akak belum baliklah pulak..kensel..imran merungut dalam kereta..akak buat derk ajer..malas nak layan..
.kang suami akak balik...akak belum baliklah pulak..kensel..imran merungut dalam kereta..akak buat derk ajer..malas nak layan..
Maaf yer mamafami jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa semasa kita sembang-sembang tadi dan semoga perkenalan kita berkekalan hendaknya...dan akak harap kamu sukerlah hadiah yang akak bagi tu...

Selalu beli ajer campbell soup...tapi kali ni nak cuber buat sendiri...resepi asal dari minami Myresepi tapi akak ambil dari rumah Mimi. Sedap jugak ek...buat masa makan pizza hari Jumaat lepas.
Bahan-bahan ( 6 org )
- 1 keping dada ayam
- 1500 ml air
- 500 ml susu segar(susu kotak)
- 1 ketul kiub ayam
- 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)-akak guna cendawan segar
- garam
- secubit ajinomoto -akak tak letak
- 1 cawan tepung gandum-akak bancuh dengan sedikit air.
Cara-cara
1. Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
2. Masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.
Kalau makan panas-panas lagi sodap..
Buat jugak yang ini..sayur campur di rebus dan di bubuh mayonis, air sejuk dan jus limau sikit dan garam.

Lama rasanya tak buat dan makan pizza..kali ni panggil pizza budget sebab buat tengah bulan...guna bahan-bahan simple ajer..tapi rasa...sedap...memang sekarang ni akak kalau buat pizza memang guna doh ni ajer..kat umah ni buat 3 keping pun tak cukup...semua hantu pizza...
BAHAN-BAHAN
- 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
- 130 ml air
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca besar gula
- 1 camca teh yis (instant yeast)
- 1 camca besar madu
- 1 camca besar lemak sayur (shortening)-dah habis..akak gunakan butter lembut ajer
- 2 camca besar minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 1 camca teh oregano kering
CARA-CARA
1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. (uli pakai tangan ajer)
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. (uli pakai tangan ajer)
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan
dan biar hingga siap.
Nak sedap kenalah rajin masak sos dia...kalau malas letak ajer cili sos. Akak suker kalau masak sendiri sos topping pizza ni..puas hati bila anak-anak kata sedap..
BAHAN-BAHAN
- 250gm daging yang telah dikisar
- 1 biji tomato (kisar halus)
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- 2 biji bawang putih-(potong dadu)
- 5 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan pes tomato
- 1 /2 sudu teh mixed herb
- 1/2 sudu teh pizza herb
- 1/2 sudu teh paprika
- garam secukup rasa
- sedikit minyak zaiton
Cara-cara
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging.
3. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
4. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos cili, mixed herb, pizza herb dan garam.
5. Biarkan sos pekat sedikit..rasa dulu dan barulah di tutup api. Sejukkan. 
TOPPING
- sedikit minyak zaiton-minyak masak pun boleh
- cili benggala-dihiris memanjang
- 1 biji bawang holland-dihiris bulat
- 15 batang hotdog ayam ramly-dihiris serong (sukerhatilah ek nak letak banyak mana)
- sedikit serbuk lada hitam-aji shio
- mozarella cheese secukupnya
- sos cili campur mayonis-di tuang lepas pizza dikeluarkan dari oven.
CARA-CARA
1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Gulung tepi doh ke dalam.
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.
4. Ratakan sos daging dan letak hotdog ayam.
5. Letak pula cili benggala dan taburkan mozarella cheese.6. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Bila tenguk kek lapis kat rumah http://mawarmerah7.blogspot.com..akak tertarik nak cuba..ikut resepi KEK LAPIS PANDAN CHOC-BERRY tapi akak gayakan macam Kek Lapis Dwi Berry...ha..kau...tak lawa....compang camping di buatnya...ala yang buat pun bukan pro..baru nak mencuba..kalau tak cuba tentu tahu ..macammana nak buat kan....tak kisahlah itu.....janji habis di makan dek anak-anak..resepi pun akak c & p dari dapur Ima di Jay Bee tapi resepi asal dari Rozzan di Singapore....terima kasih yer..
Bahan-Bahan
- 500 gm mentega
- 150 gm gula
- 1 sudu besar ovellette
- 10 biji telur saiz besar
- 1 tin susu pekat manis
- 260 gm tepung Hong Kong
- 100 gm horlicks
- 2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
- 1 sudu besar chocolate emulco
- 1 sudu teh pewarna cokelat
- 50 gm jem strawberry-guna jem rasberry (sebab tak ada stok kat umah jem strawberry)
- 1 sudu teh pewarna merah-tukar ke warna biru
- 50 gm sekaya
- 1/2 sudu teh pes pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
Cara:
1) Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
2) Masukkan pula susu pekat manis lalu dipukul dgn speed perlahan.
3) Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dgn kelajuan yg rendah sehingga menjadi adunan yg licin dan sebati.
4) Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco ; pewarna cokelat, satu lagi dibubuh jem rasberry & pewarna biru dan yg akhir dibubuh sekaya & pes pandan & pewarna hijau.
Warna biru dan warna hijau masukkan dalam beg aising...
5) Dengan menggunakan loyang 10" x 7" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar dengan suhu 200-210F (bergantung kepada oven masing-masing)
Warna biru dan warna hijau masukkan dalam beg aising...
5) Dengan menggunakan loyang 10" x 7" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar dengan suhu 200-210F (bergantung kepada oven masing-masing)
6)Lapisan pertama -coklat..gunakan api atas bawah...
kedua -plain (api atas sahaja) ketiga coklat dan kemudian plain.dan bakarlah setiap lapisan lebih kurang 5-7 minit atau sehingga kek masak,
6. Utk lapisan ke lima hingga sembilan, picitkanlah adunan hijau/biru berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah itu .bakar lagi warna plain, coklat, plain dan akhir sekali coklat.
6. Utk lapisan ke lima hingga sembilan, picitkanlah adunan hijau/biru berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah itu .bakar lagi warna plain, coklat, plain dan akhir sekali coklat.
8). Setelah selesai lapisan atas...bakar sekejap menggunakan api atas dan bawah. Pastu bolehlah dikeluarkan dan kena tunggu sejuk dulu baru di potong ek..
Jangan gelak tau tenguk ke lapis akak ni....janji sedap kan..(saper lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..betul tak??)

Kalau ada darah N9 ...tak masak lomak cili padi..tak sah...kena podeh-podeh baru best....ada orang tak makan perut kan..tapi sekali-sekali makan benda ni tak apa kot...bukan selalu pun...dalam 2 bulan adalah sekali masak cam ni..yang sodap kalau lembu baru sembelih...basuh perut hitam tu....adussss tak rajinlah...kalau balik kat kg kat melaka..mesti best....mokcik rajin basuh perut tuala ni...kalau dapat perut tembusu lagi best...goreng ikan masin..ishhhhhh bertambah montellah akak nanti...
Bahan-bahan- 200-300gm perut-beli yang dah putih bersih-tak sanggup nak bersihkan yang hitam tu.
- 100gm rebung jeruk
- 2 batang serai dititik hujungnya
- 1 cawan santan pekat-RM2.00
- 11/2 - 2 cawan air - bergantung kepada kepekatan yang diingini
- 1 keping asam keping
- 1 helai daun kunyit-disiat pastu di simpul
- Garam secukupnya
Sedap di tumbuk..kalau malas kisar ajerlah
- 15-30 biji cili padi kampung
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1/2 camca teh serbuk kunyit
- 1 camca teh garam
Cara-cara
1. Tumbuk bahan tumbuk/kisar sehingga lumat. Kalau boleh gunakan lesung batu tau.
2. Basuh rebung jeruk dan perut lembu yang telah di potong kecil dan toskan.
3. Masukan bahan-bahan tumbuk, rebung, perut lembu dan serai ke dalam periuk. Gaul sebati dan masukkan air dan santan.
3. Letakkan di atas api sederhana dan kacau hingga santan mendidih. Kena kacau selalu..takut naik minyak.
4. Masukkan asam keping dan biarkan semua masak. Rasa dulu..jika kurang garam masukkan sedikit lagi. Biarkan mendidih lagi dan kacau selalu. Bila telah masak bolehlah di matikan api dan di hidangkan bersama-sama ikan goreng masin dan ulam-ulaman.
Masak taucu dah jadi satu masakan kegemaran akak dan suami...anak-anak ashik ayammmmm...ayammm bushyannnn

Terimalah card cyber dari akak .....akak rasa terharu kerana walaupun baru setahun lebih berblog counter akak telah mencecah 100,000.....
Terima kasih teman-teman cyber, follower akak, silent reader dan adik-adik (termasuk yang pernah akak jumpa di alam realiti) dan anak-anak (sebab ada pengunjung yang sebaya dengan anak akak..kena panggil auntie/achik..wah terasa diri ni dah tua) ..semuga anda semua tidak jemu-jemu singgah ke blog akak ni...
maaf dipinta jika ada yang tersilap kata dan bahasa juga perbuatan sepanjang perkenalan kita.

Memang sedap meratah ayam goreng tandori ni...akak rekemen...sodap tau....tak yah lagi beli kat kedai mamak..boleh buat sendiri kat umah..akak tambah daun kari yang di letak selepas masukkan ayam dalam minyak panas...waduh baunya menyengat tekak..cuberlah yer...resepi asal dari Puan Liza dan akak ambil dari umah Love..c & p ajer..
Bahan
- 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
- 1 paket rempah tandoori MAGGI
- 3 s/b cili mesin
- 1 s/b serbuk kunyit
- 5 s/b tepung goreng ayam (Love gune tpg Kentucky)akak ikut love jugak
- 3 ulas bawang merah ]
- 2 ulas bawang putih ] mesin halus
- 2 inci halia ]
- garam
- akak tambah..3 tangkai daun kari
Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam.
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing dan masukkan setangkai daun kari setiap kali goreng.

Dapat lagi no 255 pulak...tak yah cerita panjang...dari blog yang sama...
cam tamak ajer ek..tapi taklah..sajer ajer suruh ira klik...keluar pulak no tu..betul kata mamafami...memang seronok bila menang..tak kiralah apa pun hadiahnya.
Terima kasih sekali lagi...ni buktinya yer fairy...

Akak masak nasi ayam hari Ahad lepas...ambil resepi nasi ayam madu...tapi bila dah siap rebus ayam..akak perapkan dengan sos lada hitam pulak...brand life...jadilah nasi ayam lada hitam...kalau letak benda lain..jadilah nama lain......sedap gak...resepi asal dari member Myresepi tapi akak ambik dari umah Puan Ummi...akak kenakan gandakan sekali lipat sebab anak-anak ada umah...
Bahan:-
- 2 cawan beras
- 1/4 bawang besar
- 1 helai daun pandan
- 2 kiub ayam (*ummi letak 1 sudu besar stok ayam-akak pun letak 1 ajer
- 1 sup bunjut Adabi
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- Air secukupnya
- sedikit garam
- 3 batang serai - dititik (*ummi saja tambah ni)
Bahan Perap Ayam:-
Sos lada hitam jenama life
Bahan Tumis:-
- 3 sudu besar mentega
- 1/2 cm halia - tumbuk
- 3 ulas bawang putih - tumbuk
- Bahan Sampingan:-
- Bawang goreng
- Daun bawang - hiris halus
- Daun sup - hiris halus
- Daun salad/timun/tomato
Cara Membuat:-
Bersihkan ayam dan potong ikut suka (akak potong 4 bahagian aje). Panaskan butter dan tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam dan biarkan hingga ayam masak.
Keluarkan ayam dan letak dalam mangkuk besar dan masukkan sos lada hitam dan garam dan gaul rata. Perapkan lebihkurang 1 jam. Goreng dengan minyak penuh, balik2kan biar ayam kekuningan gelap sikit, angkat.
Keluarkan ayam dan letak dalam mangkuk besar dan masukkan sos lada hitam dan garam dan gaul rata. Perapkan lebihkurang 1 jam. Goreng dengan minyak penuh, balik2kan biar ayam kekuningan gelap sikit, angkat.
Sementara itu, bersihkan beras dan masukkan dalam periuk, ambil 2 cawan sup ayam tadi dan tuangkan dalam periuk. Masukkan daun pandan, serai, bawang dan sedikit garam. Masaklah nasi seperti biasa.
Untuk sos kicap
mayang 2 biji bawang putih, tumiskan hingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
mayang 2 biji bawang putih, tumiskan hingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
Untuk sos lada -
Blend 1 biji tomato, 2 biji cili hidup, 1 cawan sup ayam, garam, sedikit gula dan sedikit sos cili. (*Boleh juga tambah 1 sudu kecil cuka makan) Selepas blend tuangkan dalam bekas dan letak bawang putih yang diketuk sikit.
Sos akak tak buat....akak malas....akak cuma gunakan sos cili dan letak air panas...kacau..senang kan...dasar pemalas..
Blend 1 biji tomato, 2 biji cili hidup, 1 cawan sup ayam, garam, sedikit gula dan sedikit sos cili. (*Boleh juga tambah 1 sudu kecil cuka makan) Selepas blend tuangkan dalam bekas dan letak bawang putih yang diketuk sikit.

Alhamdulliah...tak sangka pulak ada rezeki di pagi Jumaat ni..
Bila bukak blog http://fairylilly-journey.blogspot.com/.....dapat no bertuah 222..
Fairylilly ni sedang study di Oz...jadi dapatlah barang dari sana..
Terima kasih yer..sebab sudi nak bagi gift dari sana..
Ada 2 bukti yer...ehmmmm ...lepas ni
saper yang nak no bertuah ...gilah ke blog dia...ada lagi satu no lagi dia nak bagi...manalah tau rezeki anda pulak..

N3 tu untuk bertanding ....kalau ada rezeki akak....adalah...kalau idak cubalah lagi...insyallah..
Tertarik pulak nak cuba resepi dari dayangjack ni....resepi ciptaan dia sendiri...senang pulak tu nak mencubanya...sebaiknya guna daging lembut kalau nak buat masakan ni...kalau idak terpaksalah rebus daging tu lama sikit...jomlah tenguk resepi yang akak c & p dari rumah dayangjack...dia kata...c & p resepi tak apa..jangan c & p gambar udahlah..terima kasih yer dayang...
Bahan-bahan
- 200 gm daging rebus (dihiris nipis)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- sedikit daun ketumbar (dihiris)
- 4 sudu makan cili kisar
- 1/2 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 3 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 keping asam gelugur
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sk kicap pekat
- 2 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan mesin :
- 5 biji bwang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sm halia
Cara-cara :
- Tumis bahan2 mesin serta serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. Tumis lagi hingga garing.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika. Barulah dimasukkan daging. Gaulkan.
- Masukkan daun ketumbar, madu dan asam gelugur. Perasakan dgn garam jika perlu.
- Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato.
- Setelah kuahnya agak pekat, bolehlah ditutupkan api dan hidangkan.
***boleh tambah cili padi jika suka.

Mister Potato ada buat pertandingan #1 Mister Potato Contest di laman web www.misterpotato.com.my. dengan hadiah berjumlah sehingga RM10,000. Di pertandingan #1 Mister Potato....ada 8 permainan (8 level) dan di sinilah kita di temukan dengan rahsia dan langkah demi langkah untuk mula menjadi #1 Man in the Mister Potato Empire!
Mula-mula bukalah website Mister Potato dan daftarlah dulu tau...bila dah daftar..barulah boleh mulakan langkah-langkah (level)..di permainan ni...dan apabila dah buat ni semua anda makin menghampiri hadiah-hadiah ni....
• 1st Prize – RM5,000
• 2nd Prize – RM3,000
• 3rd Prize – RM2,000
• 3rd Prize – RM2,000
wowwwwwww......banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaa ....kena cuba ni..
Lepas dah tau syarat-syaratnya.... sampailah ke level ni.....Potato Pick & Pocket....cabut kentang dalam tanah .kena asingkan kentang yang berkualiti (sebab kerepek kentang Mister Potato cuma gunakan kentang yang bagus ajer).ataupun tidak......tapi .kena ikut masa yang ditentukan
Kalau masa dah cukup...tapi tak sempat cabut banyak mana yang dikehendaki......keluarlah muka mamat poyo ni...geram sungguh...sampai tercabarlah di buatnya....
kat level 3 (Potato Chop)pulak..cuba potong kentang dengan secepat yang boleh..kalau lagi laju ...lagi bagus..
Kat level ni pulak....menguji bunyi ke rangupan kepingan kentang..rangup ataupun tidak?..jika telah berjaya menghabiskan level ...teruslah ke level yang seterusnya...
Bila dah sampai kat level 8...masukkanlah gambar anda yang berpakaian seakan-akan/mirip seperti Mister Potato(Firdaus dah habis sampai level 8...akak...hemmmmm..faham ajerlah) ..pastu carilah misai palsu dan ambil gambar yang terbaik kerna itulah yang merupakan tugasan yang paling penting bagi menentukan sama anda boleh menang atau idak dalam peraduan ni....
Akak puas nak cari baju cam ni...tak jumpalah pulak...sape yang ada baju cam Mister Potato bolehlah pinjamkan akak dan boleh masuk pertandingan ni..
Bila dah masukkan gambar tunggulah sehingga 29hb November dan akan di tunjukkan galeri peserta-peserta yang berpakaian seperti Mister Potato...lepas tu bolehlah undi sape ajer yang anda suker ...kalau ada saudara mara tu..undilah sampai lebam.....Hadiah lumayan tau...dan akan berpeluang menghadiri Fiesta Mister Potato (Mister Potato Fiesta).
Jangan tak cuba tau games ni......memang seronok...
Bila nak beli kerepek kentang Mister Potato di sebuah pasaraya minggu lepas...tenguk kat rak tinggal 2 ajer...imran tak puas hati....
Agaknya oleh sebab ramai yang nak masuk pertandingan ni...kerepek kentang Mister Potato kehabisan macam goreng pisang panas....mungkin di sebabkan rasanya lazat, ranggup dan segar (tiada kompromi) membuatkannya kehabisan...
Agaknya oleh sebab ramai yang nak masuk pertandingan ni...kerepek kentang Mister Potato kehabisan macam goreng pisang panas....mungkin di sebabkan rasanya lazat, ranggup dan segar (tiada kompromi) membuatkannya kehabisan...
Dimanakah kerepek ketang Mister Potato lagi??? .....Kerepek kentang Mister Potato habis di pasaran..... imran cepat-cepat ambil...takut orang lain ambil pulak dan terus bayar...takut tak dapat...
Bila sampai kat umah...masing-masing tak sabar nak mengunyah kerepek kentang Mister Potato..
bila buka ajer tudung plastik...ada tulisan ni..
...kruppp...krapppp..kruppp..kruppp..tak sedar dah habis...wah...kena beli lagi ni...
Keluarga akak suker makan kerepek kentang Mister Potato sebab yang penting sekali kerepek kentang Mister Potato ni .... HALAL....lagipun ia buatan MALAYSIA..boleh di percayai..
dan boleh di makan tanpa was-was
dan boleh di makan tanpa was-was
********************************************************
Kerepek Kentang Mister Potato ke India??
Kerepek Kentang Mister Potato ke India??
apa pulak ada dalam bungkusan ni?????...nilah bingkisan yang dah sampai ke kolej yana di Davengare, India...
macam biasalah..bila Yana rindu dengan makanan Malaysia dia suruh hantar benda-benda ni......termasuklah kerepek kentang Mister Potato ...kerepek kentang kegemaran yana..
Dia rindu nak makan kerepek kentang..dia suruh akak cari yang rasanya lazat, ranggup dan segar macam kerepek kentang Mister Potato..jenama yang boleh dipercayai....
Dia rindu nak makan kerepek kentang..dia suruh akak cari yang rasanya lazat, ranggup dan segar macam kerepek kentang Mister Potato..jenama yang boleh dipercayai....
seronoknya pelajar malaysia dapat makan kerepek kentang Mister Potato....
tertunailah hasrat di hati mereka semua nak makan kerepek kentang Mister Potato
bila nak gi ke kolej naik basikal dari asrama... sempat lagi kunyah kerepek kentang Mister Potato..dan sempat posing....
kruppp..krappp..kruppp..krappp ..tak habis lagi mengunyah kerepek kentang Mister Potato..
bila gi shopping (ye ker shopping????) pun sempat krup..krappp..krup krapp
aDAkAH ni mIStER pOTaTo ...TENTu TidAk
Nilah Miss Potato....ada gaya tak?????
atau yang ni.......
Nilah Miss Potato....ada gaya tak?????
atau yang ni.......
nilah Mister Potato yang sebenar...
cubalah yer...









































































