Wets di Wet World

by kak ina kl on Khamis, Disember 31, 2009

Bawak imran dan athirah gi ke Wet World Shah Alam pada 2 minggu yang lepas...kira dah basi dah cerita ni..tak apalah akak nak letak jugak dalam blog akak.....dah lama plan nak gi kesini..tapi ashik hujan ajer..apa guna gi berendam kalau hari hujan..takut mengigil kebiruan nanti..dahlah kena bayar..bukan macam orang dulu berendam dalam sungai ataupun parit.

Alhamdulliah bila cuaca panas kami berempat sampai jugak ke tempat ni...memang pernah pergi ke muzium shah alam dan pejabat jais tapi pada masa tu tak jumpa pulak tempat ni...nasib baiklah ada gps..senang sikit.
Dalam internet kata harga kanak-kanak dan dewasa bila weekdays ..baru RM6.00 dan RM8.00 tapi bila sampai kat sana rupernya dah naik harga...bayar ajerlah...kalau gi ke Sunway Lagoon lagi mahal giler..
 Seronok sungguh mereka berdua naik benda ni..sampai 3 kali..nasib baiklah orang tak berapa ramai. 
Yang best kat sini banyak orang melayu...tak macam kat Sunway Lagoon banyak orang cina ...pastu puas tenguk free show kalau kat sana...orang lelaki memang suker kalau ada orang perempuan tayang body kat situ..kalau tak tenguk pun mesti jeling-jeling......orang perempuan...hemmmm..geram dengan keseksian tubuh badan mereka ataupun geram tenguk mereka pakai cuma 2 keping.
Anak-anak akak 2 orang ni suker main air...berjam-jam pun tahan...dari pukul 11.00 sampai nak dekat pukul 5.00 pun tak puas-puas berendam...
Ugut nak tinggalkan dia (imranlah tu) barulah nak balik...firdaus dah bising sebab orang dah balik kerja...takut jalan jem...memang betul pun jem di federal highway...dari pj hilton hingga ke pusat bandar...ikut jalan tol ke pwtc pun tak guna..jalan kat damansara pun jem giler..

 Dekat 2 jam baru sampai rumah..tu pun ikut lebuhraya duke...beli ajer nasi goreng 4 bungkus...sebab memang tak sempat nak masak hari ni...nasib baik cik abang tak tarik muka empat belas..tak apa kan bang...sekali-kali makan nasi bungkus.

Kek Pisang Coklat Chip aka Kek Pisang Bercoklat

by kak ina kl

 Penat .. baru habis belanja barang sekolah ira dan imran...tak habis-habis lagi benda  yang nak di beli...tak sedar RM keluar macam air...bila balik kira balik RM yang tinggal..hemmmm baru tau berapa ratus RM yang dah habis...nak buat camner kan...dah jadi tanggung jawab ibubapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak....ni belum di kira segala bayaran yuran dan buku...tapi tak aper...janji anak-anak nak rajin belajar udahlah...
Alahai merepek pulak akak ni....buat kek pisang coklat chip berbadam ni masa balik kampung minggu lepas...buat makan-makan dengan kaum keluarga di sana...wah kembang hati akak bila tenguk sekejap ajer 1 loyang habis macam pisang panas.....anak-anak akak tak dapat merasa...tak apalah nanti mak buat lagi yer...
Resepi asal dari Puan Nor di Kay T....nama dia kek pisang bercoklat tapi akak letak coklat chip dan tabur badam kat atas dan dalam kek...akak tukarlah nama...jangan marah yer Nor...cubalah buat.akak dah buat yang resepi asal...tapi dah lama..jadi akak tepeklah lagi resepi ni.....

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin(akak guna butter anchor)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang-akak tukar ke coklat chip dan kepingan badam yang telah di bakar dulu.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat chip dan gaul  sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam  dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi  cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba.. 

Kenduri rumah Pnut

by kak ina kl on Rabu, Disember 30, 2009

Bila orang jemput kenduri...rasa tak sedap pulak tak pergi...kalau di ikutkan baru ajer berkenalan dengan tuan rumah...tupun  dalam acara anjuran Nuffnang..
Oleh sebab masa ni akak dah ada berhampiran dengan rumah beliau akak redah jugak gi anak-beranak..tak sangka pulak suami akak nak ikut....memang happy bila semua dapat join...


 Bila sampai kat depan umah ..nampak kambing bbq...wah senyum lebar lah suami dan anak-anak...memang semua suker makan daging kambing.

Lepas jumpa suami tuan rumah ...beliau jemput makan...mereka tuju ke situlah...pilihan pertama..nasib baiklah ada rezeki lagi...sebab masa tu dah nak habis daging kambing di lapah dek pemotongnya...

Marvellous..... rugi saper yang tak makan daging kambing....


tangan suami yang mengambil sup..dia hirup ajer sup tu...
Akak makan bihun sup dengan sup daging lembu..pastu baru pekena kambing panggang.....cedaplah sebab baru potong lembu...pastu di masak...memang mantoppp..


 Untuk pembasuh mulut akak makan bubur kacang campur jagung...
Majlis ni semua untuk Mior Adha Najmi  (berkhatan) dan Nur Alesya Qhaisara (aqiqah)..sorrylah Pnut..lambat masuk blog....

 Puas akak cari baby Alesya..tapi tak jumpa..sampai masuk rumah akak mencari... ...akak cilok gambar dari blog mak dia lah..

Dah selamat dah anak lelaki Pnut berkhatan...pun  ambil dari blog Pnut...wah..dah besarlah kiranya kalau dah berkhatan.


Walaupun baru jumpa sekali di pavillion ...tapi kami macam dah kenal lama...pot pet..pot pet...terima kasihlah sudi jemput kami sekeluarga.  Kalau nak tenguk lagi gambar sila lah pergi ke blog beliau Pnut.

Ayam Madu Pedas Berempah

by kak ina kl


Masak ayam ni makan dengan nasi beriani gajus yang akak buat minggu lepas..dah pernah tepek resepi dulu tapi  masa tu makan dengan nasi putih ajer....resepi dari rumah Puan Ummi di Kuantan......sedaplah...akak tak buat pun jelatah mentah/acar dan dalca..sebab dah tau..anak-anak dan suami tak berapa suker makan...akak cuma goreng papadum ajer..yang seronok bila tenguk nasi dan ayam habis...senang nak cuci periuk dan kuali.

Bahan:-
  • 6 ketul ayam - sederhana besar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil rempah ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar minyak


Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. 
  2. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. 
  3. Gaul sebentar dan masukkan ayam. 
  4. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya.
  5. Masak sebentar dan gaul rata.
  6. Tutup api.


Nilah nasi beraini gajus yang dimakan bersama lauk ayam di atas.


Buat bubur nasi ayam ni pun dah lama..akak tepek ajer gambar.

‘flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3’

by kak ina kl

 Bila dapat e mail dari Mas  pasal  pelancaran flymas.mobi, akak rasa seronok...tak sabar-sabar nak cuba......wah senang  sungguh sekarang ni ek sangat nak check dan tempah tiket sekarang ni...
Bila buka laman web  http://flymas.mobi ada di terangkan cara-cara bagaimana  senangnya nak menempah tiket penerbangan MAS dan semak semua butiran yang di perlukan  melalui daripada telefon bimbit  anda.  Wah semudah 1, 2 ,3 dan rasanya semua boleh buat sebab boleh di katakan kebanyakan rakyat malaysia memiliki talipon bimbit dan akses ke internet.
  • Book flight
    • Book your flight for the cheapest fares available. You can also hold your booking and proceed to pay using a credit card. What’s cool, share your itinerary on social media with friends.
  • My Bookings
    • With one click access you can check in via SMS. With high-end phones (e.g. iPhone, Blackberry, Android devices) you can choose your preferred seat that links to the mobile boarding pass.
  • Check In
    • Shove the computer and printer aside and go paperless! Board your flight with the boarding pass on your mobile.*
  • Flight Status
    • Find out if your flight is on time quickly and easily with the real-time flight information status facility.
  • Timetable
    • Check the latest flight arrival and departure times, and choose a flight straight away with the booking details pre-filled.
  • Contacts
    • Get in touch with our offices worldwide and find your way there with ease via Google Maps.
  • Baggage Tracer
    • Should anything go amiss, you can check the status of your lost baggage instantly from anywhere in the world on your mobile.
    • Deals and Offers
    • Bargains that go go wherever you go. Enjoy huge savings with exclusive mobile-only deals and offers offered daily
     Di laman web ni jugak ada soalan dan jawapan mengenai MHmobile.
What services does MHmobile portal offer me?
MHmobile portal offers you the option of having your travel plans conveniently on your mobile phone any time and anywhere.Using your mobile phone, you can check in and choose your seat at your convenience, book flights and call up other additional information such as your flight status and timetables, retrieve your booking summary and locate or contact the nearest Malaysia Airlines office. The only costs you incur by using the mobile portal are the call charges levied under your mobile phone contract.
Do I have to register to be able to use MHmobile portal with my mobile phone?
No. You can use all the services on the Malaysia Airlines mobile portal without any form of registration.
How much will it cost me to use MHmobile portal?
Use of MHmobile portal is free of charge. Malaysia Airline is offering you this free service to make it as simple and convenient as possible for you to prepare for and make your journey. The only costs you incur are the call charges levied under your mobile phone contract.

What should I do if the MHmobile portal is not displayed properly on my mobile phone?
If MHmobile portal does not display properly, this may be due to your mobile's configuration settings, over which Malaysia Airlines has no control. In this case you are advised to contact your phone manufacturer's technical support service.
Which languages are mobile services available in?
The MHmobile portal is currently available in English and Bahasa Malaysia.
I would prefer to use the full version of Malaysia Airlines website. Is that still possible with my mobile phone?
Yes, it is. On the MHmobile portal start page, click on the footer link, 'malaysiaairlines.com'. This will then take you to the Malaysia Airlines website.
How do mobile bookings work?
With mobile bookings you can book your ticket on the move in six easy steps:
1) Enter flight destination, date, cabin class and number of passengers.
2) From the options displayed, select the preferred departure and return flight.
3) A flight summary will be displayed. Choose whether you wish to purchase or hold the ticket.
4) To purchase, enter your payment details.
5) To hold, enter your personal details. The ticket will be held for 8 hours without any payment. To complete your booking, contact 1 300 88 3000 (within Malaysia) or +603 7843 3000 (international), or your nearest MAS office.
6) A booking confirmation will be sent to you by email and SMS.
What payment options are available when I book through the mobile portal?
You can conveniently pay for flights booked with your mobile phone by credit card. Your credit card is charged immediately with the total travel price. Accepted credit cards are VISA, MasterCard and American Express. To check in, you can use the mobile check-in or any of the other Malaysia Airlines check-in options.
How do I get my ticket with mobile booking?
Once you have made your mobile booking, you will receive a booking confirmation by e-mail and SMS. Your mobile-booked flight is then automatically issued as an electronic ticket (e-Ticket).
How do I receive my passenger receipt after my flight?
You will receive a link to your itinerary by e-mail and SMS.
How can I change my flight dates or rebook a booking?
Unfortunately it is not possible to rebook by mobile phone at the moment. To do this, please contact:
Malaysia Airlines Call Centre
Within Malaysia: 1 300 88 3000
International: +603 7843 3000
or your nearest MAS office. You can find the number for your country or city under 'Contacts'.
Where can I find a summary of my bookings?
You will find all the flights you have booked online and by mobile phone under 'My Booking'.
How will my data be stored?
Your data will be stored as a cookie. Cookies are very small files that are held on your mobile phone or centrally when you use the mobile portal. Your details are stored inside them. As a result, you do not have to enter this data again when you use the service again. Cookies will expire 12 months from the time of creation.
What cookies are stored?
Data cookies: These are used to hold your personal data on your mobile phone, assuming that you have given your consent to this. As a result, on your next visit data fields like the login, identification data for checking in and contact data will already be completed.
Is my data safe?
Your personal data is handled in accordance with the latest security standards and with statutory requirements.
I do not want cookies to be set. Can I still use the portal?
Yes you can use the mobile portal even without cookies. If you don't want any cookies created, just choose the appropriate setting in your mobile browser under 'Options'.

Yang best tu dapat ni... gilah ke
http://flymas.mobi  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPhone 3G
Saje ajer mencuba nasib....kalau ada rezeki ..adalah..
Kalau idak..bukan rezeki akak kan...
tapi dah dapat barang dari Australia pun cukuplah...
 Memang best kan kalau impian menjadi kenyataan...
 Jangan luper melayari laman web http://flymas.mobi   dan  ianya memang semudah 1, 2, 3 untuk menempah tiket penerbangan anda.    
Untuk keterangan lanjut gi lah ke http://www.nuffnang.com.my/ Pertandingan berakhir 30hb. Disember 2009. eh..eh...hari nilah..nasib baik sempat...

Dah sampai-hadiah dari Australia

by kak ina kl on Selasa, Disember 29, 2009


 Ingat tak dengan nombor bertuah222 dan no   225 dan  yang akak menang 2 kali di blog /http://fairylilly-journey.blogspot.com/

Hadiah ni di poskan dari sini..sebab Fairy tengah balik bercuti....mesti dah puas jejalan dan makan makanan yang di impikan masa tinggal di sana..tertunailah hasrat di hati  kamu yer Fairy..taklah termimpi-mimpi..
Aduhai terujanya bila tenguk barang-barang yang di menangi...bukan senang nak dapat gift dari Australia ni..


Ada jugak gift dari sana...terharu sungguh dengan pemberian dari fairy ni....fairy ni macam tau ajer akak suker collect duit siling luar negara...dia bagi jugak akak....memang pembaca setia akak ni..


Walaupun akak salah 2  jawapan dalam kuiz di mana dia belajar...dia masih sudi bagi baju t shirt ni...fridge magnet pun lawa..


Terima kasihlah yer fairy...tak tahu camner akak nak balas balik pemberian dari kamu ni...

Jumper Min a.k.a. Lemongrass

by kak ina kl on Isnin, Disember 28, 2009


Sesiapa yang selalu baca blog lemongrass a.k.a. min http://salam2benua.blogspot.com/ mesti kenal dengan budak comel ni....nilah hasil dari cinta 2 benua..selalu orang kata kalau anak campuran ni pintar dan lawa....wah..Min..booked Miss 6 untuk Imranlah..yer......(just kidding)kalau..dah jodoh pun bagus jugak ek...

Minggu lepas akak  gi ke rumah Min..memang dah lama nak jumper Min ..dari tahun lepas lagi.... kononnya nak jumpa bila gath My resepi...pastu kat Shah Alam..tapi ada ajer halangan yang datang....akhirnya  tertunailah hasrat di hati akak dapat jumpa dengan dia..

Nasib baik ada Firdaus yang ada  gps dalam hp...terus sampai depan rumah family Min.....tak lah sesat barat cari rumah ibubapa Min...mula-mula jumper Miss 6 dan Miss 10 memang teruja sungguh..yang mula-mula sambut Miss 6....akak suker tenguk rambut dia..aduhai cantik sungguh..ikut saperlah gamaknya...

 
Miss 6 bagitau umur dia dah 6 tahun dan dah masuk Gred 2..pastu dia tanya berapa umur Imran?..
nasib baiklah akak ni faham sikit-sikit bahasa inggeris..tak lah ternganga mulut sebab tak reti nak cakap omputih....tapi loghat dia akak kena faham lambat sikit.kan beza ...englis us dan english oz.....anak-anak akak pulak buat cam rumah sendiri...terus main Wii...Firdaus pun sama ajer jadi budak-budak.....ishhhh ishhhh...malu akak dibuatnya....sorry ek Min....

 Tak tahulah camner Imran dan Miss 10 boleh jadi member....imran belasah ajer sepaking...grammer lintang pukang..cam itik dengan ayam..Miss 10 boleh jugak "sikit-sikit" cakap melayu..tapi Miss 6 tak dengar pulak dia cakap Melayu...

Borak punya borak tak sangka cepat sangat berlalu...best jugak borak dengan Min..

Dari kamera Min...adusss bezanya gambar kamera mahal vs kamera murah...dan bezanya body akak dengan body Min..ahaksss


..tak sombong..suami Min pun kadang-kadang join kami......Hb Min ..pun boleh cakap melayu "sikit-sikit"...alahai luper nak ambil gambar Min dengan husband dia..

Buah tangan dari Min dan keluarga...banyak sungguh buah rambutan kat kebun ibubapa Min...terima kasih yer Min sudi terima akak datang rumah Min...

Nasi Beriani Gajus

by kak ina kl on Jumaat, Disember 25, 2009


 Bila cuti hujung minggu dan anak-anak semua ada..akak merajinkan diri masak yang special sikit...hari isnin hingga jumaat masak orang malas...ambil resepi nasi ni dari rumah Ah Mat Gebu...memang meletup nasi ni..sedap.....ada pulak orang kata..kalau makan gajus bebanyak tak elok...tak perasan sebab apa...tapi akak masak yang bubuh gajus pun bukan selalu...seminggu sekali atau 2 kali ajer...jomlah kita makan nasi beriani gajus  ni ekk..terima cik Mat...cam biar arrrr....c & p...
Sumber:-Ah Mat Gebu

Bahan Utama:-
  • 3 cawan besar Basmathi, cuci dan rendam 20 minit
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis kuning (sultana)-tak letak sebab anak tak suker
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 helai daun panda, disimpul
  • 1/2 kiub pati ayam "MAGGI"
  • 4 cawan air
  • 1 genggam daun ketumbar, dihiris
  • 1 genggam daun pudina
  • Secubit koma2 (saffron), rendam dengan 1 camca besar air panas-akak tak ada ni..tak letaklah jawabnya
  • Garam secukup rasa 
  • Bahan Tumis:-
  • 1 biji bawang besar, dicincang kasar
  • 1 1/2 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 1/2 camca besar rempah beriani
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 5 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Bahan Hiasan:-
  • Badam keping, disangai hingga perang-akak tukar ke badam yang digoreng
  • Hirisan daun bawang/sup
  • Bawang goreng

  1. Dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biarkan cair. Tumis rempah tumis bersama 1 helai daun pandan hingga wangi. Masukkan bawang besar cincang dan tomato, goreng hingga perang. Masukkan gajus dan kismis, masak hingga gajus sedikit garing. Tuang bahan2 kisar dan rempah beriani, masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Tuang air dan susu cair tadi. Masukkan kiub ayam dan sedikit garam (kurang lebih 1 camca teh). Bila mendidih, matikan api curah bahan2 tadi ke dalam rice cooker. Masukkan beras tadi bersama 1 helai daun pandan tadi. Masak seperti memasak nasi biasa menggunakan rice cooker. Bila nasi kering, buat beberapa lubang menggunakan senduk atau sudu. Curah koma2 yang direndam tadi dan tabur hirisan daun ketumbar dan daun pudina. Tutup periuk dan biar nasi betul2 tanak.
  3. Bila elok masaknya, gunakan chopstick, gaulkan nasi tadi perlahan2, cukup sekadar nasi bergaul mesra dgn bahan2 tabur...jangan terlebih gaul nanti nasi patah2. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidang.

PREVIEW SCREENING SHERLOCK HOLMES

by kak ina kl on Khamis, Disember 24, 2009


Bila dapat e mail..bagi tau dapat tiket preview screening ni...si Ira yang rasa seronok sesangat....dia yang suruh akak buat N3 pasal SHERLOCK HOLMES ni kat Nuffnang dulu..minat bebeno anak akak dengan cerita cam ni..tiket free mestilah pergi kan...kesian pulak kalau tak pergi...tak lama lagi dia kena kurung kat dalam asrama..

Pergi dengan Firdas dan Imran ke sini..mereka lepak sambil main bowling...dengan member-member Firdaus...tapi sakit tengkok akak bila duduk depan...apa nak buat ...dah nasib...


Sherlock Holmes (Robert Downey Jr.) and Dr Watson (Jude Law)....memang bestlah cerita ni...kelakar..dan akak suker bila sherlock holmes dapat menyelesaikan misteri....
jarang akak keluar malam dan balik lewat malam...tapi tak apa..anak akak ada jadi bouncer.

Terima kasih Nuffnang bagi akak tiket free ni...

Alhamdulliah...mereka telah selamat kembali

by kak ina kl

Ambil mereka ni semua hari Jumaat malam Sabtu..tapi banyak sangat cerita..kenalah ikut urutan..betul tak..
Ikut jadual kapal terbang mendarat pukul 12.30 tengahmalam...tapi kami keluar dari rumah kak ipar pukul 12.30 di Teluk Panglima Garang...malas nak keluar awal...dah tau dah..memang selalu flight delay...


Pergi 5 biji kereta...yang nak ambil 3 orang sahaja...biasalah kan...meriah tau sambut orang balik haji  ni...walaupun dah awal pagi tapi suasana macam dah siang.

.Memang betul pun...bila sampai kat KLIA...flight belum pun mendarat lagi...hairan tenguk orang ramai..sanggup berdiri kat sini ramai-ramai..pada hal flight belum pun mendarat..kalau akak tak larat.
 
cucu yang tak sabar menunggu ketibaan atuk kesayangan
 kami lepak sambil borak.-borak...budak-budak kecik yang ikut berlari ke sana ke mari...tak leh duduk diam...dah nama budak-budak..bukan anak patung kan...

Nak dekat pukul 2.00 pagi barulah  seorang demi seorang keluar....gambar blur....kakak ipar akak tersenyum riang...selamat kembali hajjah...

Semuanya sehat walafiat..kecuali kakak ipar dapat batuk-batuk sikit.
Nasib baiklah bawak balik barang baru satu troli walaupun pergi 3 orang.....ni pun satu kereta mpv khas untuk bawak barang ajer.....orang naik kereta......ada yang pergi 2 orang barang 2 troli..shopping kurma gamaknya...
Ahli rombongan kami yang memenuhkan KLIA...kalau kumpul adik beradik suami mau lebih dari 6 biji kereta..penuh KLIA di buatnya..Bila sampai kat umah pot..pet..pot pet...dekat pukul 4.00 lebih baru titun....aduhai mengantuk...


Kerang rebus yang simple..suami akak memang suker makan kerang. ..kadang-kadang beli yang dah siap..kecik sesangat...beli kat pasar tani besar-besar. Cicah dengan cili sos ajer..

Masak Lemak Tembusu Campur Rebung

by kak ina kl on Rabu, Disember 23, 2009


Dah pernah dah masak masak lemak perut tembusu ni dulu...tapi dah lama dah..masa tu masak dengan nangka..kali .akak teringin pulak nak makan lagi ..tapi campur dengan rebung ...pergi ke Pasar Tani kalau lambat selalu habis perut ni...ramai jugak yang suker makan rupernya...tapi tak leh makan selalu. 
Bahan-bahannya

  • 1 kg  usus lembu (perut tembusu)
  • rebung masam-beli dalam anggaran RM1.00
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 2  inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya

 Cara-caranya

1. Basuh bersih perut tembusu  dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Setelah lembut..toskan dan potong 1-1 1/2 inci. 
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu dan rebung.
5. Masukkan santan, air, serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.

Biarkan dalam 10-15 minit.
6. Masukkan garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..


 Dah masak lama dah lauk ni...rasanya belum tepek lagi..dah ambil gambar rugi tak tepek.

"Curious kids need to be tough inside"

by kak ina kl

  Masa ni imran kecik lagi..tak pandai berjalan lagi
Walaupun Imran dah besar beliau masih lagi minum susu...bukan susu badan atau pun hisap dalam botol tau.  Akak memang pastikan imran minum susu setiap pagi sebab susu bagus untuk otak.  Kalau tak minum susu sebagai sarapan takut nanti dia tak boleh tumpukan perhatian masa belajar sebab perut kosong. Kadang-kadang imran suker minum susu campur bijirin sarapan.
Manfaat Minum Susu 
Bila minum susu, gigi kita kuat dan minum susu merupakan salah satu cara yang cukup efektif.  Mengapa???? Kerna susu mengandungi banyak kalsium.  Selain dari untuk kesihatan gigi dan tulang, susu juga bermanafaat untuk membantu supaya kanak-kanak senang tidur.

 Pentingnya Imunisasi (diambil dari laman web friso dan di translate oleh goggle)
Sistem kekebalan tubuh kita terdiri daripada sel-sel rangkaian, jaringan dan organ, dan membela kita terhadap kuman dan mikroorganisme.

Hal ini sangat penting untuk memahami bagaimana anak anda mengembangkan sistem kekebalan. Dari muda, anak anda sistem kekebalan tubuh seperti otot-ototnya. Perlu dilaksanakan dalam rangka untuk membina kekuatan. Dengan cara yang sama yang paediatricians menyarankan orangtua memberikan anak-anak mereka banyak "perut waktu" untuk membangunkan kekuatan yang tepat dan menyediakan asas untuk kemudian tahap perkembangan, keperluan sistem kekebalan tubuhnya semacam pengkondisian dalam rangka untuk mengembangkan benar. Ketika sistem kekebalan tubuh anak kuat dan berfungsi dengan baik, itu menghasilkan antibodi yang menyediakan pertahanan alami terhadap penyakit.

Semua anak yang terkena patogen seperti bakteria, virus, kulat dan parasit. Membolehkan sistem kekebalan tubuh anak anda untuk menghasilkan antibodi yang membunuh orang-orang jahat. Namun, persekitaran bersih adalah, semakin sedikit anak antibodi sistem kekebalan tubuh akan membuat membuat mereka lebih cenderung sakit. Dan dengan terlalu menekankan kebersihan, kita mungkin akan melemah anak-anak kita sistem kekebalan.

Jadi, sementara anda memastikan bahawa kebersihan yang baik selalu diamati, jangan terlalu bimbang jika anak anda dihadapkan pada beberapa kuman. Mereka membantu untuk membina kekebalan.
Alergi dan Sistem Imun
Sistem kekebalan tubuh melindungi tubuh daripada penyakit dengan melawan kuman seperti bakteria dan virus, tetapi bila ada alergi, itu bertindak balas berlebihan dan cuba untuk "melawan" hal-hal biasa seperti debu, atau debunga rumput. Hal ini menyebabkan bersin, gatal, dan reaksi lain. Common alergi bisa dipicu oleh beberapa tanaman, haiwan, makanan, gigitan serangga, dll




Merangsang Sistem kekebalan
Ahli perubatan percaya bahawa sistem kekebalan tubuh harus dirangsang atau ditantang untuk mengembangkan benar. Jangan mengunci anak anda di dalam bilik seperti pada beberapa tahun pertama kehidupan, sistem kekebalan tubuh menentukan zat yang bersahabat persekitaran dan mana yang musuh.
Menyusui dan Sistem Imun
Antibodi dalam air susu ibu memberikan anak anda dengan kekebalan sementara untuk penyakit yang anda telah terkena. Hal ini dapat membantu melindungi dirinya terhadap jangkitan selama tahun-tahun awal masa kanak-kanak.

Jadual Imunisasi Yang Di syorkan  Di Hospital Kerajaan  (Recommended vaccinations at Government hospitals)
Here is a schedule that is commonly followed by the Government hospitals in Malaysia. There may be variations amongst doctors, but you can safely follow this schedule, as it is the Expanded Programme of Immunisation (EPI) adopted by the Ministry of Health.

Ministry of Health Malaysia Immunsation Schedule
  Birth   BCG, Hepatitis B (1)
  1 month   Hepatitis B (2)
  2 months   DPT (1), Hib (1)
  3 months   DPT (2), IPV (1), Hib (2)
  5 months   IPV (2), DPT (3), Hib (3), IPV (3)
  6 months   Hepatitis B (3)
  6 months (Sabah)   MMR 
  9 months (Sarawak)   JE (1)
  10 months (Sarawak)   JE (2)
  12 months   MMR (1)
  18 months   DPT (B), Hib (B), IPV (B)
  18 months (Sarawak)   JE (3)
  4 – 5 years (Sarawak)   JE (4)
  7 years   DPT (B), IPV / OPV (B), MMR (B)
BCG = Tuberculosis
DPT = Diphtheria, tetanus and pertussis
Hib = Haemophilus influenza B
IPV = Polio
MMR = Measles, mumps and rubella
Hepatitis B = Liver diseases
JE = Inflammation of the brain


 Memang anak-anak akak...akak pastikan mereka semua mendapat imunisasi dari hospital kerajaan (Russhdi dan Firdaus) dan hospital swasta (Nurliyana, Nur Athirah dan Muhammad Imran) dan mengikut jadual yang di beri. Alhamdulliah setakat ni mereka belum pernah lagi di serang penyakit serius.(muga di jauhkan olehnya)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai imunisasi sepenuhnya sila layari laman web www.friso.com.my.
Bila baca di laman web tu ...baru akak tau yang susu Friso Gold ni ada  untuk kanak-kanak berumur 3-9 tahun iaitu Friso Gold 4.  Ingatkan untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah.  Friso Gold 4 juga mengandungi DHA, AA dan SA, nutrisi penting yang membantu anak yang sedang tumbuh pembangunan secara keseluruhan.  Jadi susu ni sesuai untuk Imran.  Umur imran baru 8 tahun.
Wah macam ni kena pergilah ke    
Boleh jumpa dengan Ruth Liew, pakar kekeluargaan yang berpengalaman dan "columnist" dari suratkhabar The Star. Boleh jugak berkongsi pengalaman dengan beliau..nanti kalau ada cucu (beranganlah  dulu) boleh ceritakan kepada anak-anak akak tentang  kelebihan susu Friso Gold ni..
Kat sana pun akak boleh  bertanya daripada pakar pemakanan dari Friso Gold tentang kelebihan susu ni dengan lebih mendalam lagi. Dan yang paling best dapat jumpa bloggers bersama anak-anak mereka..tentu seronok kan..

Jika sape yang berminat bolehlah ke http://www.nuffnang.com.my/FrisoGold/ 
untuk keterangan lanjut.  Rugi tau kalau tak join...macam-macam permainan yang ada..event ni akan di adakan pada 
2hb. Januari 2010
di Kidzsport & Gym di One Utama (Old Wing)
Jangan luper layari lah laman web http://www.nuffnang.com.my/FrisoGold/..
 rugi kalau tak pergi...

Selamat Tinggal Langkawi

by kak ina kl

Akhirnya sampai masa nak balik ke Kuala Lumpur..takkan nak duduk rumah orang lelama....nanti orang tak suker...pagi tu suami akak sempat lagi gi ke Pekan Kuah sebab nak beli barang..kiranya last shopping..pergi naik motor ajer..
Akak tak ke mana-mana..tolong biras akak memasak...cadang nak naik feri ke Kuala Perlis dalam pukul 2.00 atau 3.00 petang...nasib tak baik tiket masa tu dah habis...yang ada pukul 5.00 petang..
Bergaya sebagai tukang masak di warung...acah ajer tu..
dan tukang buat air...ada gaya tak?

makan tengahari..ikan tiga rasa, paprik sotong dan udang goreng sotong.  Lepas makan lepak kejap...dalam pukul 2.30 petang kami berangkat ke Jeti ...naik kereta kawan adik ipar..Jurulatih PLKN kat situ..
Lama jugak lepak kat Jety..akak sempat lagi round dan beli coklat.....kat airport coklat dan barangan dapur mahal sikit...lebih baik beli kat Pekan Kuah.
Orang lain beli berplastik-plastik..akak taklah borong banyak sangat...semua suami akak sumbat dalam beg....senang nak bawak ...
gambar dalam feri di jeti
Naik feri pukul 4.30 petang...tapi gerak pukul 5.15 petang..ramai sungguh orang hari ahad ni..kebanyakkannya rombongan...
 Sampai kat Jeti Kuala Perlis dah petang....tak lama  nak maghrib..cari masjid..
 pastu cari tempat nak isi perut.... memang banyak kedai makan kat sepanjang jalan nak ke highway..tapi kami pilih singgah makan kat sini.
 
 
Makan kat sini..ehmmmm boleh tahan....pastu singgah di Juru...singgah di Tapah dan akhirnya selamat sampai kat rumah pukul 2.00 pagi...Memang seronok percutian kali ni...tapi tak kan nak pergi setiap tahun...insyallah 3-4 tahun lagi kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...