OOO

Selasa, Januari 26, 2010

Ayam Madras

Jangan pulak kata..mentang-mentanglah anak akak belajar kat India..akak belajar buat lauk yang berbunyi cam kat negara sana yer...bagus tau masak camni..sebab tak guna santan.  Akak ambil resepi ni kat Majalah Saji.
Bahan-bahan
  • 8 ketul ayam-akak guna 1 ekor
  • 100 g ubi kentang (dipotong wedges)
  • 10 g bawang putih (dihiris halus) -akak letak 4 biji
  • 20 g bawang merah (dihiris halus) -akak letak 6 biji
  • 15 g halia (dihiris) - 1 1/2 inci
  • 4 sudu besar  minyak sapi
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 5 sudu besar rempah kari daging-akak guna babas
  • 1 sudu kecil  serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 biji jus limau nipis-akak guna 1 biji buah lemon
  • 4 biji buah keras (rendam dan kisar)
  • 1 cawan yogurt -akak guna susu cair pastu tuang jus lemon dalam 2 sudu besar
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair (
  • 1 sudu kecil  serbuk pati ayam
  • garam dan gula secukup rasa
 Bahan Tumis

  • 2 kuntum bunga lawang, 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 2 cm kulit kayu manis
Akak tambah 
  • 3 biji bunga cengkih 
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar di hiris halus
Cara-cara
  1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dengan secawan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
  5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.

7 ulasan:

  1. Mentang-mentanglah anak Kak Ina belajar kat India....

    hehehehehe... jangan mare, gurau je!

    BalasPadam
  2. sile berpakaian seperti anda berada di madras jika ingin merasai kehangatanya lagi..ahaha

    BalasPadam
  3. tak salah pun statement akak tu. mkanan india sedap2 kan.

    BalasPadam
  4. salam akak..saya dah terjah blog akak utk fuhyoofm.com bagi sesi dunia ie utk cerita pada 4/2/2010

    nantikan cerita saya ek tentang blog akak nanti..hehe

    ~www.wanmus.com

    BalasPadam
  5. salam mamaFaMi..ala tak ambil hati punyer..


    salam Aus..kah..kah..kah..kelakarlah kamu ni..


    salam ain...masakan india memang sodap tapi podeh tau ain..


    salam wanmus...ehhh biar betul..baiknya hati nak terjah dan masukkan kat blog kamu..terima kasih bebanyak yer..tapi jangan mengumpat tau..berdosa..
    nanti bila dah buat N3 bagitau akak semula..akak ni mudah luper..
    terima kasih sekali lagi...terharu sungguh.

    BalasPadam
  6. Salam. Kak Ina, izinkan iza try resepi dari blog akak nanti boleh yer...Nampak sedap2 n ringkas.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers