lazada

Lazada Malaysia

Khamis, Januari 28, 2010

Bistik Daging


 Resepi yang ringkas dan mudah di buat...senang sesangat...akak ambil resepi ni dalam Majalah Keluarga..anak-anak kata memang sedap...kalau makan kat restoren mau kena puluh-puluh RM tau..tapi kan akak ubah suai sikit ikut selera akak..jomlah cuber buat ek.
Bahan-bahan

  • 500gm daging batang pinang bahagian dalam-hiris tipis
  • 3 sudu besar sos lada hitam jenama life-akak tambah sendiri..kalau tak nak buat pun tak apa yer.
Cara-cara
  • Potong daging dan toskan.
  • Perap bersama-sama sos lada hitam  selama 1/2 jam. Lagi lama lagi bagus...kalau tak ada sos lada hitam life tu tak yah ikut step ni yer.. 
Bahan-bahan

  • 5 biji bawang putih*-tumbuk atau hiris
  • 1 inci halia *
  • 2 labu bawang besar-dipotong bulat
  • 2 biji ubi kentang-dipotong 6 dan di goreng sekejap hingga kuning
  • 1/2 tin kecil kacang pis
  • 3 tangkai cili merah-belah 2 atau hiris serong
  • 3 tangkai cili hijau-belah 2 atau hiris serong
  • 2 biji tomato-potong 6
  • 3 sudu makan kicap pekat masin-akak guna kicap manis ajer
  • 2 sudu teh lada hitam-kisar atau tumbuk kasar
  • sedikit minyak dan garam secukupnya
  • Akak tambah 2 batang daun bawang-potong serong dalam 1 inci.
Cara-cara membuat
  • Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan halia dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan daging dan kacau hingga separuh masak.  Kemudian masukkan kicap.
  • Kacau hingga daging menjadi lembut, kemudian masukkan kentang.
  • Masukkan lada hitam, bawang besar seterusnya diikuti cili merah dan  cili hijau.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan kacang pis.
  • Masukkan garam dan kacau hingga rata dan rasa dulu ..taburkan daun bawang dan barulah di tutup api.
  • Sedap di makan panas-panas.

11 ulasan:

  1. Sedapnya Kak Ina....makan dengan nasi panas2..mau licin 2 pinggan senang2 jer tu!

    BalasPadam
  2. Ina...kat rumah anie ni kurang makan daging...selalunya ayam je...nantilah one day boleh buat jugak..

    BalasPadam
  3. salam kak ina..amboih sedapnya bistik..

    p/s: kalu nk terjah pn bole je cumanya dpt mkn je la..yg lain2 xde la.mcm hadiah n goodies..n lucky draw..

    BalasPadam
  4. SALAM KAK..nurul dah tukar link baru..http://www.diariayumieza.blogspot.com

    akak sedap betullah resepi kali ni harus ku cuba hahaha..

    akak nak tanya sikit mcm aner akak boleh selalu join event2 mcm contoh astro dan nuffnang,ogawa semua tu??lagi satu mcm aner akak boleh menang peraduan Xpax..akak dapat Blackberry Curvekan??

    BalasPadam
  5. Kak Ina.. sya tengah lapar ni tenguk gambar kelior jadinya

    BalasPadam
  6. K ina,
    daging daging dan daging. leh jadi karnivor la pas nie

    BalasPadam
  7. Salam Kak Ina,
    anak2 sy suka makan lauk2 yg macam ni. Ni kena cuba ni

    BalasPadam
  8. masak daging ni paling penting ialah the daging itself : kene fresh, tempatan dan batang pinag. the rest tu baru laa bende2 lain. kalau daging yg hampeh, liat, x jadi.

    i sendiri pun tak kisah kuar duit lebih untuk daging yang kualiti tinggi. ai selalu gi beli ket pasar malam jer, yang sekilo rm16, mmg urat tan banyak dan terjamin lembut. xyah rebus dulu pun xpe

    latest entry saya : how 2.7m bungalow look like

    BalasPadam
  9. salam watie...tak yah makan nasi pun tak apa..kalau nak dietlah..


    salam aNIe..ooo..jemulah ayam..ayam..ayam..tukar selera kat daginglah pulak..agaknya guna ayam pun sedap jugak kot..nantilah lehlah cuba.


    salam suziey..tak apa..tak ada hadiah..janji mak-mak vogue..tapi benda ni tak leh janjilah..takut ada program lain.tu sebab akak tak berani nak kata jadi ataupun tidak.



    salam aynieza...oo..patutlah akak gi umah lama ..ashik tak ada N3 ajer..insyallah akak jenguk nanti yer.
    kalau ada event selalunya pihak nuffnang akak uar-uarkan kat laman web dia..kamu kena jadi ahli dulu..pastu kena buat N3...kalau nasib baik terpilih dia invitelah gi event dia tu..
    pasal blackberry tu pun akak dapat invite pergi ke event x pax.pastu buatlah N3 pasal event yang akak datang...tak tahulah camner dia orang pilih..dah rezeki akak kan..


    salam sya..ala sya lagi terrorlah...teringat-ingat pai ayam kamu yang sodap tu.


    salam lily..sementara ada gigi ni ..jadilah karnivor..nanti gigi tak dah tak ada jadilah pemakan sayur pulak.


    salam Aidah..cuber jangan tak cuber.



    salam matjoe...betul..betul..betul...tu sebab akak akan pastikan akak gunakan bahan utama yang segar...biar pun agak mahal sikit..cam daging akak selalu beli kat pasar tani Taman Melawati yang kiranya baru di sembelih..akak suker beli daging batang pinang yang dalam..klu dah habis baru akak beli daging pinang biasa ajer..selalu akak beli dalam RM22-23 sekg..masak apa pun sonang..tak liat..

    BalasPadam
  10. saya ni kan kak, takleh baca entri akak pasal lauk pauk nih tau. Terus dok telan air liur ajer hehehee... tengok gambor yang tak tahan tuh.

    Btw, sebab entri akak ler saya dah beli masterfood marinate tuh nak masak ayam. Nak masak dalam oven, nak bungkus dgn aluminium foil ker atau tak yah kak?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers