OOO

Sabtu, Januari 30, 2010

Masak Lemak Sardin Dan Pucuk Ubi

Dah lama tak masak lemak ikan sardin dengan pucuk ubi..selalunya akak lebihkan kuah sebab boleh cicah dengan cucur tepung/cekodok/jemput-jemput ikan bilis...resepi ni dah tepek setahun yang lepas..akak tepek lagi sekali.
Bahan-bahan

  • 10-15 biji cili api-nak pedas..tambah lagi ye...
  • 1 tin besar sardin-akak suka guna cap ayam
  • 500gm santan pekat-1/2kg
  • 500gm air-agak-agak
  • 1 ikat pucuk ubi-selalunya akak beli RM1.00-rebus dan tos.
  • 1-2 keping asam keping
  • 2 batang serai-dititik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit-disiat dan di ikat
  • garam secukupnya 
Cara-cara  
1. Tumbuk cili api bersama serbuk kunyit, halia, kunyit hidup dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masukkan santan pekat bersama air (terpulang samada nak pekat lagi ataupun nak cair) dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan dan kacau selalu ye...tinggalkan sedikit santan pekat.
4. Bila telah mendidih..masukkan sardin bersama sosnya dan biarkan ia masak dengan menggunakan api yang perlahan dalam 10 minit.
5. Kemudian masukkan pula pucuk ubi dan daun kunyit.
6. Biarkan sebentar , masukkan santan pekat, biarkan mendidih sekali lagi, rasa cukup asam garam dan bolehlah di tutup api. Sedap di makan dengan nasi panas-panas dan ikan sepat masin..

3 ulasan:

  1. kak ina, tak pernah lak dengar masak sadin campur lemak pucuk ubi. 1st time ni nampak. sedap ke? x muak ke? kalau sedap next time leh saya cuba plak.... kalau lemak pucuk ubi tu mmg x cukup2 kalau dpt!

    BalasPadam
  2. harini pon ai masak sardin tin. tp wat sambal cili api jelah. penah gak buat msk lemak. tp tak cmpr pucuk ubi. kene try ni nnt (^_^)

    BalasPadam
  3. Salam Azita..cuberlah..insyaallah sedap..tak muak sebab letak asam keping...ada rasa masam-masam sikit.



    salam ai..senangkan masak sardin..nanti cuberlah yer..sodapppp..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers