OOO

Sabtu, Januari 16, 2010

Nasi Ayam Madu



Buat nasi ayam ni masa hari Isnin hari Yana baru balik...akak goreng sedikit  ayam tandoori tapi yana tak minat sebab kat sana dah selalu sangat makan ayam tandoori..akak buatkan untuk dia  ayam yang di perap dengan kicap manis dan sos tiram.  Layan ajerlah tekak anak-anak. Kali ni nasi akak bubuh 2 batang serai..sajer nak rasa kelainannya..nasib baik sedap.  Resepi akak ambil dari rumah Ummi...resepi asal dari Myresepi......tapi akak tambah serba sedikit bahan.  Tak aper kan..janji nak sodap lagi.
Bahan-bahan

  • 2 cawan beras-akak tambah lagi 2 cawan
    1 ekor ayam-potong 16 
  •  1 biji  bawang besar*
    3 biji bawang merah*
    3 biji bawang putih*
    1 1/2 inci halia*-kisar
    1 kiub ayam
    1 helai daun pandan-disiat-siat
  • 1 sup bunjut Adabi
  •  1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • 1 Akar daun sup-dibersihkan dan rendam kejap.nak hilangkan pasir
  • 2 batang serai
Bahan perapan ayam


  • 3 sudu madu
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram 
Bahan Tumis

  • 3 sudu besar mentega/marjerin/minyak masak
  • 2 biji bawang kecil-hiris
  • 2 biji bawang putih-hiris
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • 2 biji cengkih
  • 2 bunga lawang
Bahan-bahan lain

  • Bawang goreng
  • Daun bawang - hiris halus
  • Daun sup - hiris halus
  • Daun salad/timun/tomato
Cara-cara

  • Bersihkan ayam  dan potong 16.  Toskan.  Akak ambil 8 ketul untuk buat ayam goreng tandori.  Yang lainnya akak perap dengan kicap,  madu dan sos tiram (untuk yana)
  • Panaskan butter/marjerin/minyak masak dan tumis, bunga lawang, kayu manis, cengkih, pelaga, hirisan bawang  merah, bawang putih, bawang besar  dan halia hingga kekuningan. 
  • Masukkan air, akar daun sup, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam dan biarkan hingga ayam masak. 
  • Keluarkan ayam dan toskan.
  • Masukkan madu, sos tiram dan kicap dan gaulkan rata-rata.  Perapkan sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Goreng dengan minyak penuh, balik-balikkan biar ayam kekuningan.
  • Angkat dan toskan. 
Untuk Nasi


  • Bersihkan beras dan masukkan dalam periuk.
  • Masukkan 2 cawan sup ayam tadi dan tuangkan dalam periuk. 
  •  Masukkan daun pandan, serai dan sedikit garam. 
  • Masaklah nasi seperti biasa.  Apabila nasi kering, masukkan 1 sudu besar marjerin/mentega dan karihlah nasi...sebab nak bagi nasi tu cantik.

  Akak memang masukkan kaki ayam dan bahagian tulang sikit.  Suami memang suker makan camni.

Untuk sos kicap
  • Mayang 2 biji bawang putih.
  • Tumiskan hingga naik bau. 
  • Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi. 
Sos lada
  • Kisar 1 biji tomato, 2 biji cili hidup, 1 cawan sup ayam, garam, sedikit gula dan sedikit sos cili.
  • *Boleh juga tambah 1 sudu kecil cuka makan.
  • Selepas di kisar tuangkan dalam bekas dan letak bawang putih yang diketuk sikit.
  • Kalau malas ambil cili sos, masukkan air panas dan sedikit gula.

Akak sajer tepek lagi resepi ayam tandoori..dah lama dah tepek dulu..resepi asal dari Puan Hanieliza.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar  serbuk kunyit
  • 5 sudu besar tepung goreng ayam
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus 
  • 2 sudu makan tepung beras-tambah
  • 2 inci halia ]
  • garam 
  • akak tambah..3 tangkai daun kari
Cara-cara
1.  Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam.

2.  Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing dan masukkan setangkai daun kari setiap kali goreng.

7 ulasan:

  1. sedapnye k ina. mintak sket bole? tgh lapo nie hehehehe

    BalasPadam
  2. ya rabbbiiiiiiiiiiii............... sedapnya rupa die.. huhuhu.. tgh lapo gler neh..

    BalasPadam
  3. sedapnya kak ina!!! berkeroncong terus perut saya ni!

    BalasPadam
  4. salam kenal
    sedapp nye... harus jap lg buat nasik ayam jugak la ;)

    BalasPadam
  5. kalau na resipi, tak payah dah nak gi carik kat tempat lain, tgk blog k ina jer

    BalasPadam
  6. pergh....sodap ni...bile nak buat kenduri kawin kak!!!

    BalasPadam
  7. salam cik lily putih..buat ajerlah sendiri..bukan susah pun..


    salam jard..sedap ker..nanti cuber buat tau.

    salam ain..ala ain gi ajer beli kalau malas nak buat.


    salam honeylanz..dah buat ker belum nasi ayam?lehlah tepek kat blog.


    salam liza..kalau liza nak cuber boleh cuber..insyallah jadi punyer..


    salam bean moreno..nantilah dulu..bagi anak akak kerja dan akak puas dapat dividen barulah boleh buat kenduri kawin..lagipun nak kawin anak lelaki kena ada RM30,000.00 baru akak gi pinangkan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers