OOO

Rabu, Januari 27, 2010

Nasi Beraini (Versi Puan Eliza)

Dahlah tak boleh upload gambar kat blog...tadi cadang nak show makanan lain..muat turun ok...tapi time nak sunting tak ada pulak gambar yang telah siap di muat turun..kenapa ek..hairan bin ajaib...ada yang terkena tak..tadi kat fb seorang member cyber dak jiya pengembala kambing pun bagi tau dia pun kena cam akak..nantilah akak jamu taukeh fb dengan nasi beraini ni dulu..mungkin lepas di tersandar kekenyangan ..baru dia betulkan balik.


Memang cadang nak masak nasi ni hari Ahad lepas...sebelum tu lepak depan pc...blogwalking kat umah Puan Ummi Kuantan ...dia dah siap masak dah nasi ni...akak pun c & p ajer dari umah dia..tak apa kan Ummi...sayang Ummi....Resepi  asal dari buku  Puan Hanieliza. ..makan dengan Ayam Madras dan papadum ajer...


 Bahan A:- ni nak makan ramai tau...akak buat 1/2 adunan ajer..tu pun dapat banyak.

  • 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis-memang tak letak
  • 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris halus)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj. buah pelaga
  • daun kari
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

8 ulasan:

  1. Salam...
    Hujung minggu may be boleh project nasi briyani pula, kebetulan nak abiskan stok daun pudina tu...

    BalasPadam
  2. salam kak....adoiii ni rase nk cari beriani tghari ni.....menyentap selera...

    BalasPadam
  3. lenkali buat 1 adunan.. separuh akak makan,separuh lagi antar umah saya...

    dah tahu umah saya kat mana kann...? takpe, saya sudi amek half way.. hahahaha

    BalasPadam
  4. k ina,
    selalu sgt masak sesedap.. cume bagi ktorg rasa sket...
    nanti letak resipi nasi minyak plak leh tak? teringin nk makan lah

    BalasPadam
  5. salam kak ina. sedapnya nasi beriani kak ina tu...

    BalasPadam
  6. salam kak....lama tak pekena nasi beriani buatan ibu....

    BalasPadam
  7. isk isk
    kak ina ni..
    nasi beriyani la pulak..
    meleleh air liur utk ke sekian kalinya :)

    BalasPadam
  8. salam sue @ nenie..cuber jangan tak cuber ek..nanti show..


    salam mamashasha...dah dapat ke belum nasi beriani tengahari tadi..harap dah tertunailah hasrat di hati ek..


    salam amy...ala hb kamu lagi terror masak dari akak..takkanlah kamu nak rasa akak punyer lagi..



    salam lily..akak dah letak dah resepi nasi minyak..cuber tenguk kat label nasi...


    salam Azita..ala masak ikut resepi..kamu lagi terror dari akaklah..


    salam Alimaz..kalau camtu minggu ni baliklah kg..suruh mak kamu buat..pastu tepek resepi ek..akak boleh buat..mesti sodap penangan tangan ibu kamu.


    salam h4ni3...ala masak biasa-biasa ajerlah..kamu pun boleh buat.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers