OOO

Selasa, Januari 19, 2010

SOFT CRUST PIZZA AGAIN


 loyang pertama...tangan my manager tengah potong..tak sabar nak makan

Kali akak happy buat pizza homemade ni ...sebab semua anak ada kat rumah..seronok tenguk bila keluar ajer loyang pizza  dari oven.....semua dah tak sabar nak ngapppp....akak buat 2 kali ganda dan dapat 1 loyang besar , 1 loyang bulat dan satu lagi loyang empat segi sama.  Cari pan pizza tak jumper..tak mana akak letak..dah luper..hentam ajerlah dengan loyang buat kek.  Kali ni akak tak uli dengan tangan..akak gunakan food processor ajer.. Memang suker buat  ikut resepi yang ni..

BAHAN-BAHAN  UNTUK DOH
  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast) 
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering
CARA-CARA

1. Ayak tepung dalam satu bekas.

2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. (uli pakai tangan ajer)
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan

dan biar hingga siap.



 pizza kedua..dalam loyang bulat

 Nak sedap kenalah rajin masak sos dia...kalau malas letak ajer cili sos t sos tomato...tapi akak memang suker kalau masak sos sendiri..sebab nak puaskan hati sendiri..kalau penat masak tapi tak sedap..rasa ralat pulak..tapi bila anak-anak kata sedap..hemmm bangga tau rasa di hati.
BAHAN SOS UNTUK TOPPING

  • 250gm daging ayam
  • 1 biji tomato (kisar halus)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih-(potong dadu)
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan pes tomato
  • 1 /2 sudu teh mixed herb
  • 1/2  sudu teh pizza herb
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaiton 
Cara-cara   

1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.

2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging ayam.

3. Biarkan seketika sehingga daging ayam masak dan berair.

4. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos cili, mixed herb, pizza herb dan garam.

5.  Biarkan sos pekat sedikit..rasa dulu ..(ikut tekak masing-masing) dan  barulah di tutup api. Sejukkan.  



  loyang ke 3..

TOPPING

  • sedikit minyak zaiton-minyak masak pun boleh
  • cili benggala hijau/merah-dihiris memanjang
  • 15 batang hotdog ayam ramly-dihiris serong (sukerhatilah ek nak letak banyak mana)
  • sedikit serbuk lada hitam-aji shio
  • kiub nanas 
  • cendawan butang-dihiris nipis
  • mozarella cheese secukupnya
  • sos cili campur mayonis-di tuang lepas pizza dikeluarkan dari oven.
CARA-CARA

1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.

2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Gulung tepi doh ke dalam.(akak guna loyang ajer)
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

4. Ratakan sos ayam dan letak  hotdog ayam.

5. Letak pula  cili benggala, cendawan butang, capsicum merah/hijau, kiub nanas dan taburkan  mozarella cheese.
6. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.  Dah masuk taburkan aji shio rata-rata.

16 ulasan:

  1. mak aiyh...kak...tolong saya kak!!!pizza ni sedap sgt!!!

    BalasPadam
  2. alahai..terliur cek tgk pizza akak ni..

    BalasPadam
  3. Singgah sini...nak pizza sepotong...emmm sedap.....

    BalasPadam
  4. bestnya k.ina.. buat ada yg nak makan syok ler.. tapi kalau buat sendiri je yg kena ngadap.. tak best tak best.. nk tunggu anak besar skit baru nk buat.. hahaha (alasan alasan.. kehkehkeh)

    BalasPadam
  5. mcm nak kena call pizza hut le pas ni.hehe

    BalasPadam
  6. Salam Kak Ina,
    Amboiiii..Ngencesss di buatnya tengok pizza akak tuuu..
    Boleh CnP resipi ni...

    Ada lagi tak, minta sepotong...

    BalasPadam
  7. amboi sedapnya.. menelan air liur masa duk komen ni..

    BalasPadam
  8. salam bean moreno...tolong aper..gi ajerlah call pizza..

    salam naurah makwa..terliur..ehmmm nanti buat sendiri ek..



    salam azian..nak sepotong..dah habislah..sorry..


    salam cik lily..alahai dah habis..camner nak bagi kamu..


    salam kaktiny..alahai nak tunggu anak besar baru nak buat pizza???sabor ajerlah..


    salam ain..call jangan tak call..pastu call untuk akak sekali yer..

    BalasPadam
  9. dah lama tak buat pizza. nampak pizza ina ni teragak plak. teragak nak beli je kehkeh...

    BalasPadam
  10. uihh, sedap nyer. sy x pandai buat piza. sy penah jatuh hari ngan anak dara bernama hafiza.

    jengok laa my latest enrty

    BalasPadam
  11. salam kak pah..kak pah kan sibuk..beli ajerlah yer..


    salam sie..buat jangan tak buat..akak nak tenguk hasil kerja kamu nanti..


    salam uda..kesiannya telan air liur..ala buat ajer..tak susah nak buat cuma renyah sikit ajer..



    salam h4ni3...lapar..call ajer pizza..nanti mesti dia hantar kat umah..

    salam maksu..syurga makanan..kan..kan..kan..


    salam matjoe..jatuh cintan dengan hafiza tak kenyang..jatuh cinta dengan pizza boleh kenyang tau.

    BalasPadam
  12. nak..!! (hancus la diet saya!!) :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers