OOO

Isnin, Februari 22, 2010

Resepi Ayam Goreng Lada Hitam

 
 Resepi ayam ni akak ambil dari majalah saji...senang ajer nak memasaknya...kat situ ayam tak goreng..leburkan ajer..tapi akak goreng sekejap..taklah lembek sangat ayam tu..anak-anak pun tak suker kalau ayam tak di goreng dulu...tapi terpulanglah pada diri masing-masing..nak goreng boleh..tak nak goreng pun boleh.  Akak tukar ajer sikit bahan dan cara..jomlah cuber yer..
Bahan-bahan
  • 800gm daging ayam-potong kecil
  • 6 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*-tumbuk bersama
  • 1 biji bawang holland-potong bulat-akak tambah
  • 1/2 biji lada benggala hijau-hiris memanjang
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 8 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar sos lada hitam life
  • sedikit minyak masak
  • sedikit garam dan gula
Cara Menyediakan
1. Perap ayam dengan sos lada hitam life dan  sos tiram.  Perap sebentar-lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan  sedikit minyak dan goreng ayam sekejap.  Angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak yang sama tumis pula bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk lada hitam, ayam, dan kicap cair.  Kacau rata dan sebatikan.
5. Kemudian masukkan lada benggala hijau, hirisan bawang dan garam secukup rasa.
6. Hidangkan segera.

6 ulasan:

  1. terus rasa lapar...;)
    terigat mak kek kmpg...

    BalasPadam
  2. salam kak ina.

    wah... laparnya tengok lauk.
    kakchik belum makan tgh lagi ni.
    kita makan nasi bungkus je tgh ni huhu.

    BalasPadam
  3. lapar plak tgk ayam lada hitam k.ina..bru nk skip lunch..aduss..

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ina..
    Saya pun suke goreng dulu ayamnya kalau nak buat masak² tumis cam gini...

    BalasPadam
  5. tengok ayam ld hitam ngan tandoori tu, terus rasa lapar sgt2.pdhal plan hari ni x nak mkn nasi.huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...