OOO

Isnin, Februari 08, 2010

Cinnammon Walnut Roll

Dah lama betul tak buat cinnammon roll....teringin pulak nak makan...kebetulan akak pergi umah orang kawin hari ahad lepas..tak masak...kesian pulak ira tak benda yang nak di bawak balik ke asrama..pagi ahad tu akak merajinkan dirilah mengguli doh roti...kali ni akak tukar ke kacang walnut..sebab dah lama sangat dalam peti ais...resepi asal kat blog  Chef Ah Mat Gebu.
Bahan Doh :-)

  • 400 g tepung roti (high-protein flour)
  • 100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
  • 100 g gula halus (gula kastor)
  • 5 g garam
  • 20 g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4)
  • 1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak)
  • 1 biji telur gred B, dipukul sedikit
  • 11 g instant yeast
  • 40 g shortening (lemak sayur)
  • 250 ml air
Bahan Inti :-)

  • 3 camca besar mentega, dicairkan
  • 1/4 cawan gula perang*
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
  • 1 cawan kismis-akak tukar ke kacang walnut-sangai/bakar dulu yer..
Cara membuatnya :-)

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali  lemak sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
  2. UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis(akak tukar ke walnut cincang). Gulung seperti swiss roll. Buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
  3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi......Akak sapu dengan mentega yang di campur dengan gula aising.
 
Akak panggil walnut roll sebab guna kacang walnut..

4 ulasan:

  1. hmmm ai pengkomen yg first ker. aduhai, asyik bg mata kami tgk jer. bila nak masak btul2 kasik kami makan

    BalasPadam
  2. salam matjoe..ummmmm tenguk dan kenyang kat mata udahlah..nak kasi makan free tunggu anak akak kawin/hari raya..ahaksss

    BalasPadam
  3. Ina...anie pernah makan cinnamon role ni...tapi macam tak kena dengan selera lah...hehehe...ada orang suka...kan?

    BalasPadam
  4. kak ina,kita dah reply. :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers