OOO

Khamis, Februari 11, 2010

Flour Tortilla Bersama Sos Ayam

 
 Dah setahun tak buat tortilla...dulu isi dia akak guna nugget ayam (kalau nak tenguk gi kat label roti).kali ni tukar buat isi macam buat pizza..Pastu pulak akak masukkan bawang putih 4 biji..dan oregano dalam adunan kali ni...
Bahan-bahan ( 12 keping )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 biji bawang putih di tumbuk
  • 1/2 sudu besar oregano
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)-akak ganti dengan minyak zaiton
  • 1 1/4 cawan air suam
 Bahan Sampingan jika suker
  • salad
  Cara-caranya
1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.

5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha). 
6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.

Sos Ayam
  • 250gm daging ayam
  • 1 biji tomato (kisar halus)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih-(potong dadu)
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan pes tomato
  • 1 /2 sudu teh mixed herb
  • 1/2  sudu teh pizza herb
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaiton 
  • 1 sudu besar tepung jagung-nak pekatkan sos
Cara-cara   
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging ayam.
3. Biarkan seketika sehingga daging ayam masak dan berair.
4. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos cili, mixed herb, pizza herb dan garam.
5.  Biarkan sos pekat sedikit, rasa dulu baru masukkan tepung jagung.  Sejukkan dan bolehlah di makan bersama tortilla.
 Kalau nak buat camni pun boleh..letak sos atas tortilla...bubuh cheese slide pastu tutup dengan satu lagi tortilla dan bakar sekejap sampai cheese cair...pastu potong kecil-kecil....hemmm sedap...

3 ulasan:

  1. woww.. home made italianese!
    nanti bila dah abes program diet, nak try la.. hehe

    p/s.. kak ina kalo dtg bangi tetiba tersakit perut ke apa, dtg la singgah klinik. hehe.. klinik orang, hanie makan gaji jer ;)

    BalasPadam
  2. kak ina,berselera tengok kek lapis aiskrim soda ngan tortila yg akak buat..
    kalau umah akak dekat mau kena terjah nie...

    BalasPadam
  3. wah, ada resepi tortila la... lalalalala.. nak amik resepi ni ya kak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...