OOO

Selasa, Februari 02, 2010

Kek Pisang Lembap

Kek pisang lembap..apasal lembap..akak tak tahulah yer...nanti cuberlah sendiri...resepi ni akak ambil dari umah Ika Bangkok...tapi sebenarnya resepi asal dari umah Chef Ah Mat Gebu...sajer ajer hias kek dengan pisang di potong nipis..pastu tabur dengan gula aising.
Bahan-bahan
  • 250 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
  • 15 g ovallate
  • 150 g gula halus
  • 5 biji telur gred A
  • 125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
  • 100 g minyak jagung
  • 225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

10 ulasan:

  1. Kak Ina...

    Lembab ni ada dua makna kak... yang mana satu tu agaknya ye... hihihi... gurau je!

    BalasPadam
  2. pernah buat gak. sedap kan kakk!! nk buat pun senang!!

    BalasPadam
  3. salam mamafami..akak datang kat blog kamu..tapi tak jumper tpt nak komen..
    lembapppp hemmm lu fikirlah sendiri...ha..ha.ha...gelak jin tanah..



    salam ain...ooodah pernah buat ek..berasap jugaklah dapur ain yer..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    bangkit betul kek tu

    kalau Kak Ina buat pau atau donat,
    tentu gebu dan lembut

    kalau ada resepinya, boleh saya cuba

    Wassalam

    BalasPadam
  5. yummy delicious!!!.. sedapnya... tak nak pos kat sini ke?

    BalasPadam
  6. kak ina..
    pe kabar..
    ahahaha...
    feveret ni..
    kek coklat ade x...

    BalasPadam
  7. nampak macam moist kan..mesti sedap tu..hantar kat umah naura sikit bleh?hehe

    BalasPadam
  8. cantik kek pisang kak ina..eiii rasa nak capai-capai jek

    BalasPadam
  9. salam rozali..ada resepi pau atau pun donat..cuber tenguk kat label roti..


    salam Eyriqazz ..tak ada perkataan lain ker??? ashik sebut sedap ajer..



    salam sarah..nak pos jauhlah pulak..


    salam aus..dah lama tak buat kek coklat...anak-anak dah jemulah..

    salam naurah makwa..jauhlah nak hantar..


    salam abbot..cuberlah capai..takkan tercapailah ..jauh bebeno..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers