OOO

Isnin, Februari 15, 2010

Kurma Ayam

Kurma ayam ni akak masak makan dengan nasi hujan panas...layan dululah resepi ni...tak ada mood nak cerita lagi...
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - di potong 12 dan di bersihkan
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 300ml susu cair + jus limau (2 biji limau kasturi)-yogart
  • 300 ml air
  • 1 peket kecik rempah kurma adabi....
  • 2 biji ubi kentang-kupas dan belah 4
  • 1 biji tomato-belah 4
  • 2 biji cili merah/hijau-potong 2
  • 5-6 biji cili api
  • minyak dan garam secukupnya
Bahan untuk menumis
  • 1 biji bawang besar-hiris tipis
  • 2 biji bawang kecil-hiris tipis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
Cara-cara 
1. Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga naik bau.
3. Masukkan pula semua bawang yang telah ditumbuk hingga layu.
4. Masukkan pula rempah kurma dan masukkan sedikit air. Gaul sebati dan perlahankan api. Biarkan rempah masak atau naik minyak. Masukkan garam.
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika.
6. Masukkan yogurt, air dan ubi kentang.
7. Biarkan kentang empuk dan kuah pekat...baru masukkan tomato, cili merah dan cili api. Perasakan garam barulah di padam api.

 Kelakarlah warna nasi hujan panas kali ni...sebab tertumpah pewarna biru kat atas nasi...nak buat camner...kacau ajerlah...

6 ulasan:

  1. Salam Kak Ina,

    Colourful sungguh nasi hujan panas tu.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    Meriah nasi tu kak

    Boleh panggil nasi pelangi
    atau nasi 1 m'sia

    maaf

    Wassalam

    BalasPadam
  3. salam ween..ehmmmm teruklah colour nasi ni..kelam kabut punyer pasal..jadilah camni..


    salam aidah..aduhai teruklah colour nasi ni kan..

    mualaikumsalam..kamu rajin bagi komen...akak nak gi ke blog kamu tapi tak leh masuk..kenapa tak ada link yer..
    panggillah apa-apa ajer..janji sodap..

    BalasPadam
  4. salam kak...

    haa pegi ler tengok My Name is Khan tuh kak. Best tengok SRK berlakon bodoh2 cute macam tuh hehehe...

    Iwani mana lagi saya pegi kalo tak kat gombak tuhhh

    BalasPadam
  5. akak.. kita ambil resepi ni eh..
    mr hubby punya faveret nih! izinkan yaa.. tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers