OOO

Rabu, Februari 17, 2010

Nugget Ayam Tauhu

akak goreng gunakan bancuhan tepung tempura dan guna breadcrumbs..tapi tak leh upload gambarlah pulak..nanti petang akak tepeklah gambar nuggets breadcrumbs tu.
Akak tenguk kat dalam peti sejuk banyaklah pulak isi ayam...fikir nak buat apa yer...bila gi jejalan kat umah Ros  ternampaklah pulak resepi nugget tauhu ni...apa lagi...kerja mengisar ajerlah nampaknya...nasib baiklah dah beli food processor..senang sikit kerja...
Ros ambil resepi dari rancangan masakan jepun...al maklumlah dia dah terror bahasa jepun...tak ada masalah bagi Ros nak translate....terima kasih yer Ros sebab bagi resepi..dah tahniah nak dapat orang baru.
Bahan-bahannya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
  • 4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
  • 2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
  • 1/2 biji telur
  • 150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
  • sedikit garam
  • lada sulah
  • 2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah) 
*Untuk Coating* 
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  • 3 cawan breadcrumbs
  yang ni guna breadcrumbs
Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
 Buat lagi ayam goreng tandori...tak muak-muaklah anak-anak akak makan ayam goreng camni..resepi kat sini SINI

6 ulasan:

  1. salam kak...anak2 saya pun bukan reti muak makan ayam...

    BalasPadam
  2. hohoo..kalau saya masak nugget ni..alamat si Izzat melekat kt dapur je laaa jawabnya..

    BalasPadam
  3. maksu blum ada food processor, nak mintak sikit boleh ? ;)

    BalasPadam
  4. salam ct...kreatif apa ke benda..tak fahamlah..

    salam alimaz..hari-hari lauk ayam pun boleh..ehhhh loya tekak..


    salam sally..baguslah camtu..mesti dia suker hati sebab mama dia pandai dah buat nugget.

    salam kella.. cuber jangan tak cuber..

    salam maksu..hemmm bukan mahal pun food processor tu..beli masa offer...tak sampai RM150.00.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers