OOO

Sabtu, Februari 06, 2010

Sambal Sotong Malbari

Dulu pernah masak sambal malbari ni..tapi guna udang..sajer pulak pakai sotong...nasib baiklah anak-anak kata sedap.
Bahan-Bahan
  • 1/2kg sotong dibersihkan dan tos.
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (akak guna babas)
  • 2 sudu teh biji sawi(akak gunakan tumisan ikan...ala..yang ada campuran halba, jintan putih & biji sawi tu)
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 1 biji bawang besar-hiris halus
  • 2 senduk besar cili giling (akak masukkan 4 sudu makan aje)
  • 1 sudu makan tomato puri
    2 biji tomato-belah 4
  • 2 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
    1 sudu teh serbuk kunyit
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air asam jawa
Bahan kisar/tumbuk
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 inci halia
Cara-caranya
1. Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sebentar..
2. Angkat dan gunakan minyak yang baru..tumiskan tumisan ikan, hirisan bawang besar dan daun kari.... lepas tu masukkan juga bahan kisar.  Kacau sebentar.
3. Masukkan cili giling dan rempah ikan sambil di kacau dan kecilkan api..masukkan air sedikit.. kacau  selalu sampai terbit minyak. Masukkan juga  sedikit garam.
4. Setelah tumisan naik minyak, masukkan tomato puri dan biarkan pekat sedikit baru masukkan sotong , bawang besar dan tomato.
5. Masukkan  sedikit jus asam jawa, rasa  dan terus padam api. Sedia dihidangkan..

12 ulasan:

  1. nyam2..sedaPNYA...seb baik dah nak pi dinner ni..

    BalasPadam
  2. Itu belum kasi kita rasa, kalau kita rasa, mesti kita kata...SAAAAANGAT SEDAP. Penat kita ting tong ting tong rumah akak, bawak tupperware besor. Ingat nak ngecek lauk, tapi akak buat dono je tak bukak pintu pun... baliklah kita dengan tupperware dan perut kosong...

    BalasPadam
  3. Feveret anie sotong tu...kalau dpt yang kenyal tu memang sedap...goreng pun sodap...!!

    BalasPadam
  4. looks nyummy la kak
    nti ada masa kita cuba;-)

    BalasPadam
  5. salam...wahhhh berselara nampak...moga aunty sekeluarga senantiasa sihat ya

    BalasPadam
  6. Hi KakIna! Sedapnya sambal akak ni! Nak tapau, boleh? Uik, dah abis ker? Hehe.

    BalasPadam
  7. Uish sedappnye sambal sotong kak ina neh. kena ngan nasi lemak habes dua tiga pinggan ape.

    BalasPadam
  8. saya ni bukan le peminat sotong tapi nampak je sotong akak ni tetiba rasa lapar lak perut. Nanti boleh coba ni!!

    BalasPadam
  9. sedap tu,mkn dgn nasi panas2...

    BalasPadam
  10. salam kak ina...sesuatu yang sedap jugak ni...

    BalasPadam
  11. hmm, sedap nampak. hmmm, lapo, sib baik ada jamuan kejab lagi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers