OOO

Sabtu, Mac 27, 2010

Bapa yang tak berhati perut

Kesiannya akak dengar cerita dari se orang ibu tunggal di Astro Oasis dalam segmen Mahkamah Syariah tadi..
tq cik google
Beliau di tinggalkan dah lama..semenjak anak-anak dia kecil lagi...bukan seorang anak dia tau..tapi 10 orang...boleh tak  bayangkan bagaimana  susah dan payah serta penderitaan Puan N (akak bagi nama ajer) ni..selepas suami dia kawin lain...


Puan N tak mau bermadu...dia minta cerai......jadi bercerailah mereka berdua...semua anak-anak dia bela....bila tuntut nafkah kat mahkamah dia minta RM200 seorang anak..tapi kan tuan hakim (tentulah lelaki) boleh kata suami dia tak mampu (kalau tak mampu buat apa nak kawin lagi..geram tul)pastu suami  minta kurang ke RM1,000 ajer..maknanya RM100 untuk se orang anak...alahai..mana cukup dengan duit sebanyak tu..

Bila dah ex hb dia dah bersetuju makak mahkamah pun tentukan kena bayar setiap bulan..tapi nan adoooo...kalau tak mintak tak kasi.......bila minta kena maki hamun..macam peminta sedekahlah pulak...


Kesiannya......akak kesiankan anak-anak beliau tu..tentu perit dia nak hidup dengan duit sebanyak tu...mana nak bayar bil.mana nak bayar pengasuh..pastu nak beli susu anak yang masih kecil...tentu Puan N merasa susah  dan kena ikat perut.....al maklumlah bukan senang nak membesarkan 10 orang anak..akak tak pasti pula samada Puan N ni bekerja ataupun idak.. akak rasa dia kerja lah..walaupun bekerja mesti dia rasa susah jugak kan.
tq encik google
Setelah bersusah payah membesarkan anak-anak selama bertahun-tahun...dan selepas 5 orang anak Puan Ndah masuk pusat pengajian tinggi dan 5 orang  lagi masih besekolah..tiba-tiba si suami nak minta penjagaan anak lah pulak..sengal betullah..

Masa budak-budak tu kecik dia tak nak ambil tau..lepas anak dah nak habis belajar barulah dia sibuk..mesti dia nak rasa duit hasil kerja anak-anak dialah tu..tak malu sungguh....geram tul akak dengar...kalau akak geram tentu Puan N lagi geram kan...pastu pertikaikan pulak rumah tempat Puan N membesarkan anak-anak tu.(akak tak tahulah rumah tu sape yang punya).nak bawak ke mahkamah...terpaksalah Puan N merayu supaya kehidupan dia anak beranak janganlah di ganggu...jagalah ajer anak-anak beliau dengan isteri baru.


Ya allah..bapa macam ni pun ada...tu lah pasal..sekarang masih muda tak ingat anak-anak.....tunjuk diri masih kuat lagi...masih hebat dan masih punya tarikan sampai sanggup nak kawin lagi walaupun anak dah berderet-deret....
 tq cik google
 Nantilah bila dah tua dan dah sakit baru sibuk mengaku anak kat anak isteri pertama..sebab anak-anak dah berjaya..barulah sibuk kata..akulah bapa engkau...ishhhhh dia ingat senang-senang kot anak dia nak terima dia..tentu anak-anak benci tenguk muka bapa macam ni

Akak tak hairanlah bila keluar dari paper kata anak buang bapa..kalau bapa camni tentulah anak-anak benci tenguk  gelagat bapa mereka yang telah  mendera ibu mereka dan tentu mereka telah melihat macamana susahnya ibu mereka semasa muda..


Hai lelaki  yang meninggalkan anak-anak tanpa nafkah..ingatlah pembalasan di masa depan...sekarang  ni Allah  swt bayar cash tau...jangan hidup nak menongkat langit..fikir-fikirkanlah.

13 ulasan:

  1. agk mlampau btl..
    xtau la pe prsn ank2 die..

    BalasPadam
  2. lelaki memang macam tu kak. ex hubby saya dari RM500 untuk anak, turun ke RM 300. Bulan ni RM200 pulak. Terima jelahh. Bersyukur lah mujo beri

    BalasPadam
  3. liza dah pernah tgk bende2 mcm nie berlaku depan mata...mmg sgt sedih

    BalasPadam
  4. Kalau gini lah perangai lelaki tuh.Esok tua confirm merempat.Anak2 takkan nak bela punya lah bapak macamnih,Seksa anak sendri.huh

    BalasPadam
  5. Yelah kak ina..nilah dunia skrg..smoga tak la ramai bapa yg mcm ni..bkn apa sengsara jadiknye kalo sume mcm ni..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    saya seorang lelaki pun geram apa bila dengar cerita macam tu

    Wassalam

    BalasPadam
  7. lelaki kak....knowing lelaki mmg perangai mcm ni lah kak..susah nak cakap:(..... betul kata akak...bagi nafkah x mampu... nak kwin lain mampu jerr tanggung anak x mampu... dia fikir burung dia nak cr sarang baru jer kan...aishhhhh ter 18sx lah kejap....(emo)

    BalasPadam
  8. hermmm ada gak kes camni kan...sanggup naik mahkamah lg..takpe skang kan anak2 dh pandai menilai..takmau punye duk ngan bapaknya...tapi tu ler,laki gini memang tak rugi kita minta lepas...

    BalasPadam
  9. salam iidyLL iceneSS ..entahlah..semuga ex hb dia cepat insaf.

    salam Miss Q..nasib baik dia nak bagi..kalau tak bagi langsung tentu parah kan..sabar ajerlah dik yer..semuga selepas ni nasib kamu akan berubah dengan lebih baik lagi.

    salam liza..oo yer ker..semuga menjadi teladan kat kita semua..beringat sebelum terkena.

    salam suemy..tulah pasal...nanti dah tua jangan sibuk nak mengaku anak tak sayanglah..anak tak bagi duitlah..padahal dia yang buat perangai masa muda..

    salam Arra Jasmay..memang betul..biar dia rasa masa dia dah tua nanti.

    salam mummyseri..skrg ni kebanyakkan lelaki tak bertanggung jawab sangatlah..entah kenapa kan..


    mualaikumsalam Rozali..nanti kalau dah kawin buat baik dengan isteri yer..wasalam


    salam Natasha..betul tu...dia kawin ikut nafsu tapi bagi alasan nak ikut sunnah nabi konon...menyampasss

    BalasPadam
  10. harap azizul x jd mcm lelaki tu...

    BalasPadam
  11. saya ada member camtu gak.. laki dia buat dek jer pasal nafkah... mcm nak lempang je kan

    BalasPadam
  12. salam matjoe..berdoalah agar kita tak jadi macam orang ni..teruk tul..

    salam yatie..oh yer..jom kita lempeng reramai.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...