OOO

Isnin, Mac 29, 2010

Cucur Udang aka Kueh Udang

Bangun pepagi ke Pasir Gudang
Hati di hati nak jumpa Puan Azita
bila nak di goreng cucur udang
cari senduk dia tak jumpalah pula
Tulah pasal..ingat senduk tu ada dalam simpanan..tak cari dulu..terus akak bancuh adunan ikut resepi Chef Ah Mat Gebu...dahlah lama tak membuatnya.  Selalu akak buat stail biasa ajer..taklah masukkan air rebusan kulit udang..tenguk resepi dia ni ada campuran camtu...sajer  ajar nak tukar selera.
Oleh sebab cari senduk besi tak jumpa..terpaksalah buat  cekodok aka jemput-jemput udang ajer..entah kemanalah senduk tu pergi...kat umah ni pakai senduk plastik ajer..mana boleh guna senduk plastik..kang cairlah pulak.   Nanti kena beli baru sebab kalau nak buat cucur udang kena pakai senduk yang tu jugak..tak leh campur-campur..kalau idak dia melekat.
BAHAN UNTUK CUCUR :-)
  • 250 g tepung gandum*
  • 3/4 camca besar baking powder*
  • 3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
  • 300 ml air rebusan kepala+kulit udang
  • 10 - 15 ekor udang
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 30 g kuchai, dihiris
  • 50 g taugeh, ramas sedikit
BAHAN SOS :-)
  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos...
 UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

Sape tak buat sos ni rugi tau...rugi tak dapat makan...sedap lah.

7 ulasan:

  1. aduh....dah la tgh hujan lebat ni...lapar pulak tgk cucur udang...uwaaaa!!

    BalasPadam
  2. salam ina..senduk hilang?hehe tak apa jemput jemput dengan tangan pun ok,rasa tak berubah kan..

    BalasPadam
  3. dushh..kak ina slalu buat saya lapar..bsk saya pi dinner rumah kak ina..hak3..

    BalasPadam
  4. adeh! tergoda perut saya.huhu

    BalasPadam
  5. Salam Akak..
    Lamanyaaaa tak bersinggah sini...akak apa khabar...

    Sos itewww sungguh menawan selera..ada masa harusss cuba gak ni

    BalasPadam
  6. Salam GeuMJanDi :)) oiiii nama cam org korealah..kalau lapar cepat ke dapur ..gi buat ..

    salam cik manggis..memanglah rasa tak berubah tapi bentuk dah nama dah berubahlah pulak.

    salam gto..ieeee tak malu..

    salam penyubiru..kalau tergoda suruh wife kamu mencuba resepi ni..rugi kalau tak buat..

    salam sue..waduh lama sungguh tak masuk blog ek...dapat kerja kat tempat baru ker?

    BalasPadam
  7. wah...nasib jumpa resepi ni dlm blog akak...hari ni saya terfikir nak buat cucur udang nih,so saya nak pinjam resepi ni dari akak ye...nanti saya uploadkan di blog...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...