OOO

Isnin, Mac 22, 2010

Daging Bakar

 Buat makan-makan cam ni masa cuti sekolah...sebab akak malas nak masak susah-susah..masak cam ni senang kerja.

Bahan-bahan
  • 1kg daging steak-hiris tipis
  • 1/2 botol sos Master Foods 
  • 2 biji ubi kentang -bersihkan..goreng kejap..masukkan bersama-sama daging tadi. 
Cara-cara
1.  Basuh dan toskan daging.
2.  Perap dengan sos Master Foods sekurang-kurangnya 1 jam..akak perap dari pagi..petang baru bakar.
3.  Panaskan oven dan bakar 200C selama 30 minit..kalau nak goreng atau pan pun boleh..tapi gunakan sedikit minyak zaitun/jagung/minyak masak.

 
  resepi kat   sini
Dah lama dah buat tak akak baru terjumpa gambar...layan ajerlah ek garlic mashed potato ni...Resepi asal ni kat MyR @ MOMMAMIA
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
Bahan-bahan untuk gravy 
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!  
 
Beli  dalam tin yer..malas nak  buat 
pun beli kat pasaraya.....tapi tak leh malas nak goreng..kena rajinkan diri menggorengnya
sos lada hitam..resepi kat 

5 ulasan:

  1. liza suker wester food, thanks for the recipe

    BalasPadam
  2. tengah copy resipi nie, bile nak cuber ek?

    BalasPadam
  3. salam kak
    ya amponnnnnnnn sedapnya western food tuh..kalu akak bukak kedai..kompem bratur kak..sayalah yg slalu g sana nieh..bg sokongan..hihihihi

    BalasPadam
  4. wah so western! kita dah amik semua resepi nih! nak cuba buat! suami saya suka makan western!

    BalasPadam
  5. hai baby..alahai masak cam biasa ajer pun air liur menitis ker..


    salam liza..cuba jangan tak cuba.

    salam lily..buat ajer masa cuti panjang..tu pun kalau tak ke mana.

    salam kella..ambil ajerlah..nanti show kat blog yer..

    salam chemp..nak suruh bukak kedai ..tak ada modallah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...