OOO

Khamis, Mac 18, 2010

Ikan Garing Dalam Sos Thai

Terima kasih buat  Nor Secubit Garam yang berkongsi resepi dari negara Thai ni. Akak ambil resepi ni dari rumah Puan Ummi...

Seumur hidup tak pernah makan daun kemangi..tak kenal pun macam mana daun kemangi ni..masa gi ke Pasar Tani akak sibuklah tanya kat penjual sayur kampung ada ker idak jual daun kemangi..akhirnya masuk penjual yang ke 3 barulah terjumpa daun ni..

Bahan (Untuk Ikan Goreng Garing):-
  • 350gm ikan siakap
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 1 cawan daun kemangi
  • minyak utk menggoreng
Cara:-
  1. Hiris ikan nipis2 dan toskan.
  2. Celup ikan dlm tepung dan goreng dlm minyak banyak (deep fry) hingga keemasan dan garing.Toskan dan ketepikan.
  3. Goreng daun kemangi/pudina hingga garing dan toskan.
  4. Hidang ikan atas piring dan tuangkan sos cili diatasnya.
  5. Hiaskan dgn daun kemangi/pudina yg dah digoreng.
Bahan (Untuk Sos Cili Padi):-
  • 1/2 cawan bawang putih ~ dicincang
  • 1/4 cawan cili padi/merah ~ dipotong halus
  • 3 bj cili kering ~ dipotong
  • 3 sudu minyak sayuran
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan cuka (*ummi letak 1/3 cuka dan 3 sudu besar sos lemon)
  • 1/2 sudu teh garam/secukup rasa
Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili yg dipotong halus2 dan cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain dan masaklah hingga sedikit pekat.
  3. Padamkan api dan boleh la dituang atas ikan td.
Tip dr buku masakan tu - celup ikan dlm tepung serbaguna yg kering, supaya tidak melekat pd kuali. Cuba ya, jgn tak cuba..
 Sape yang nak kenal daun kemangi ..nilah daunnya.. 

4 ulasan:

  1. memang tak tau pun tentang kewujudan daun kemangi nie. thks k ina. ilmu baru nie!

    BalasPadam
  2. xpernah tau pun ade daun nme kemangi..ish2..teruk kan

    BalasPadam
  3. xprnh dgr pun..bru tau ni.daun ni ulam ker k.ina??

    BalasPadam
  4. salam lily...akak pun tak pernah tenguk daun ni..pasal nak masak kenalah cari.


    wsffm..tak ada link ker..salam dari akak..akak pun tak pernah makan dan tenguk sebelum tu..nak buat lauk ni akak terpaksalah cari.


    salam merahbaldu..ehmmm akak tak tahulah boleh buat ulam ker idak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers