OOO

Selasa, Mac 02, 2010

Laksa Dan No Pengunjung Unik Tak Samalah Pulak

Dulu pernah letak resepi laksa...tapi dah lama..laksa ni memang kegemaran kami anak beranak..tapi suami akak lebih suker laksa johor...akak malas nak buat sebab anak-anak kurang sikit nak makan laksa camtu..

Bila masak laksa ni...akak teringat peristiwa masa Yana balik ....dia nak makan  sangat makan laksa...lepas padamkan api akak suruh dia angkat ikan dan  toskan sekejap bagi sejuk. Lepas dah asingkan isi ikan dan tulang..akak tanya mana dia air rebusan ikan tadi...dia kata..
  • Ala mak dah buanglah...
  • ha...kenapa buang????
  • kan mak suruh toskan....
  • apa lagi akak pot pet....pot petlah ... 
Nak cakap camner..buatlah jugak laksa guna air biasa..jadi memanglah jadi...tapi tak berapa sedaplah...hai anak dara akak ni...kena belajar masak lah nampaknya sebelum nak kawin...tak passs...

Bahan Utama
1 paket laksa 
  •  Rendam  dan  kemudian direbus sehingga lembut
  • Basuh  ataupun biarkan dalam periuk dan biarkan air paip mengalir dalam periuk sampai laksa sejuk pastu baru di toskan.

Bahan-Bahan Untuk Kuah:
  • 1 kg ekor ikan kembung yang besar
  • 2 keping asam keping
  • 3 kuntum bunga kantan-belah 2
  • 1 ikat daun kesum-akak suker ceraikan..ada jugak yg suker masukkan sebatang-sebatang
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 5-6 sudu makan cili kisar-bergantung kepada kepedasan
  • sedikit belacan
  • Jus asam jawa-ikut kemasaman yang di ingini
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya..jangan cair sangat..agak-agaklah yer
Bahan sampingan
  • Timun
  • Daun salad
  • Cili merah/cili api
  • Bawang besar
  • Limau kasturi/limau nipis (dibelah)-semua dihiris
  • Daun selom dan telur-kalau suker...akak tak buat pun..
Cara-cara
1. Rebus ikan bersama asam keping dan asingkan isi dari tulangnya. Air rebusan dan tulang jangan dibuang.
2. Kisar sekali  air rebusan ikan dengan isi ikan dan kisar sampai  hancur.(3-4 kali jugaklah kisar..sebab isi sikit-sikit).Masukkan semula ke dalam periuk yang ada air rebusan ikan.
3. Kisar juga  tulang ikan bersama sedikit air dan tapis menggunakan penapis.Gunakan sudu dan tuang air jika isi ikan masih ada kat penapis tu.
4. Bawang kecil, bawang putih dan bawang besar dan belacan dimesin hingga hancur dan masukkan ke dalam air ikan tadi. 
5. Masak semula sehingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan jus asam jawa.
6. Masaklah hingga pekat sedikit dan masukkan perisakan dengan garam.  Rasa cukup asam garam barulah di padam api.
5. Hiaskan bersama bahan sampingan..makan masa panas-panas....masih terasa kesedapannya.

Uniques Visitors kat Nuffnang tak sama pulak dengan no kat sebelah..nak kena cari widget yang lainlah pulak ni..besoklah buat...
Hour  Views     Uniques
0:00  1513
1:00  44
2:00  22
4:00     22
5:00  11
6:00  54
7:00  128
8:00  109
9:00  3122
10:00  5933
11:00  4333
12:00  8059
13:00  4841
14:00  7148
15:00  7447
16:00  9145
17:00  6036
18:00  5634
19:00  1713
Total  681454








13 ulasan:

  1. Bangun2 tido je termengidam nak makan laksa! pi cari kat pasar..
    dah tutup plak kedai nya! huhuhuhu... lapar..

    BalasPadam
  2. adooooi kak ina...laksa ni pun saya punya feveret...satu periuk pun boleh habis tau..mmg tahap pelahap dah...hahaha

    Sertai Contest Aku & Kancilbiru

    BalasPadam
  3. kakina...peberet saya ni! semangkuk kakina!!!! nak jugak....!!!

    BalasPadam
  4. kak ina...dah berair dah mulut ni tengok laksa kak ina tu...trm ksh kongsi resepinya...nnt lehlah cuba bila2..

    BalasPadam
  5. waaahhh... laksa is my feveret sepanjang zaman.. tiap2 tahun, raya ke-2, mesti buat OPEN HOUSE.. MENU WAJIB mak adalah laksa... daripada tahun 1988 sehingga sekarang.. MY ENDLESS LOVE.. hihihi...

    BalasPadam
  6. Ina...feveret anie ni...tapi tu lah...masas buat sebab yang suka anie je..yg lain tak makan...

    Tapi laksa johor memang menjilat jari...anie suka...lebih2 lagi kalau banyak ulam2nya...

    BalasPadam
  7. baru je try masak laksa 2 minggu lalu, ikut resepi dlm internet, nasib baik jadik

    BalasPadam
  8. takper2...byk apa tu kak....hik3..edisi terjah kedua dlm proses..masih mencari idea...hik3...

    BalasPadam
  9. akak, mungkin sbb tak sama visitors counter kerana

    1. unique merujuk kepada ip address visitor itu.. sorang visitor akan hanya ada satu unik ip sahaja

    2. view merujuk kepada total bilangan kali visitor visit kat pages akak. visitors tersebut adalah visitors yang sama dah visit banyak2 kali atau yang pertama kali visit dalam sehari itu..

    sekadar pendapat dari saya

    salam perkenalan
    invisible guest,
    England

    BalasPadam
  10. sodapnya tengok pic laksa tu...ni laksa penang kan?...saya org penang tapi bila buat sendiri tak sesedap mcm yang mak buat kat kampung ..tu yg malas nak buat sendirik(ceh alasan tak hingat).....

    kuah kakina buat nampak pekat..sure guna ikan banyak kan?

    BalasPadam
  11. salam akak,sedap nyer laksa.
    amboi..kisah dulu2 bole buat novel oo
    mesti boom.

    BalasPadam
  12. kak ina , skrg susah la nk cari laksa yg sodap..
    hhuhu...

    BalasPadam
  13. salam kella..kalau camtu buat ajerlah..itu pun kalau vitamin R banyak..


    salam Azita...ala ita lagi pandai masak dari akaklah..akak baru nak belajar masak tau..


    salam ima..cuber jangan tak cuber..dah siap tepek kat blog tau..


    salam aNIe..oo kamu suker laksa johor ek..okeylah tu...klu tak ramai nak makan baik beli ajer..ikan pun tengah mahal sekarang ni.


    salam Liza...nasibbaik jadi kan..klu tak jadi for sure masuk dalam tong sampah kan..


    salam Eyriqazz ..ala sajer nak tunjuk kat situ..nak bagi org lagi ramai datang...oooo teruskan cari idea nak terjah akak..akak tunggu yer..

    salam Anonymous shady ..tq sudi bagi pendapat pada akak yang tak ariff ni...tq sudi jenguk kat blog akak..kan bagus kalau kamu bagi ajer nama blog..boleh akak berkenalan dengan orang duk jauh kat england...
    nanti klu gi england boleh suruh kamu jadi pemandu pelancung akak..ahaksss

    salam deeja..betul jugak ek..boleh buat novel kan cerita akak dulu-dulu...saperlah yang sudi nak terbitkan agaknya..lepas tu akak kaya lah..


    salam aus...memang susah kan..sebab kebanyakkannya kuah dia cair mair..tak sedap.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers