OOO

Sabtu, Mac 06, 2010

Masak Western Lagi

 Kalau anda nak muntah tenguk masakan akak ni..silakan lah..mesti ada yang kata...ala sama ajer akak masak ni..tapi nilah kesukaan semua orang kat umah akak ni..akak biasa buat hari Jumaat..sebab Ira balik..semua ada...biar sama-sama merasa.  Cara nak buat senang ajerlah..


Beli se ekor ayam..pastu bersihkan dan tos...Perap dengan Master Food dan masukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.  Keluarkan dan bakar 200-220 C dalam masa 45-1 jam bergantung kepada besar atau kecil ayam tu.
 
Bahan-bahan
  • 20gm butter
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 biji bawang putih-cincang halus
  • 6 biji cendawan dalam tin (hiris
  • 1 biji bawang holland/besar
  • 3-4 sudu makan lada hitam biji (kisar/tumbuk kasar)
  • 1 cawan air stok ayam-serbuk pati ayam + campur air)
  • 2 sudu besar tomato
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2-3 sudu makan susu cair
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan butter.  Tumiskan bawang putih dan bawang holland/besar hingga naik bau.
  2. Masukkan cendawan butang dan kacau lagi.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan kacau cepat dan masukkan air stok ayam. Kacau supaya kuah tak bergentel.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan lada hitam, tomato, kicap pekat dan sos tiram.
  5. Biarkan sos agak pekat baru masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan susu cair dan kacau sebentar..adjustlah rasanya..pastu tutup api.
Bahan-bahan
  • 1 biji kobis kecil - racik halus atau sagat
  • 1 batang karot - racik halus atau sagat
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sb. air sejuk
  • 1 sk. serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
1.  Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. 
2.  Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.
Sila beli di supermarket yer...pastu panaskan..
Ni pun beli kat supermarket..tinggal goreng ajer
Senangkan..tak susah pun...berbaloi pun berbaloi..tak sampai pun RM50.00...

12 ulasan:

  1. sedapnya akak..malam ni saya dtg rumah akak..hahahaha...muka tak malu..

    BalasPadam
  2. ISH ISH..sedapnye kak!!pos kat sarawak boleh??hehe

    BalasPadam
  3. aaarrrghhh belum try lagi master food tuh. ingat nak beli satu lagi botol baru buat. family saya makan banyak kak. Nak try jugak sos lada hitam tuh. Satu soalan kak, bawang holland tuh yang mana satu ek?? hehehhee....

    BalasPadam
  4. Memang sedap!!
    Ntok pelbagai pilihan tudung, singgahlah sini
    www.marikelih.blogspot.com

    BalasPadam
  5. hasni dah try sos lada hitam tu
    memang mabeles la kak:-)

    BalasPadam
  6. akak ni mmg terror lah kak, sedap sungguh nampaknyer

    BalasPadam
  7. hoho..meleleh air liur ni..lagi2 waktu nak diet ni..menggoda betul gambar masakan akak tu..

    BalasPadam
  8. dapat jugak bukak blog nie..hehe
    Owhh..sumenya makanan..kena dtg slalu nie..xde buat open blog ker jmput mkn2. hehe

    BalasPadam
  9. salam kancilbiru..cuber jangan tak cuber..


    salam eyriqazz..nanti datang tuan umah tak ada..tuan umah menjengkit..lagipun dah masuk ke indah waterlah..


    salam ika...amboi jauhnya nak pos..buat sendiri lah yer..

    salam Fad..bawang holland tu bawang warna kuning..sekg dalam 3.80 kot.
    memang nak buat ramai kena lah pakai 2 botol sos master food tu..


    salam secangkir madu merah..mak oiii sedapnya nama..memang sedap lah..nanti boleh buat sendiri yer..


    salam zaila..hemmm akak pakai tudung bawal lah..tak apa lah nanti akak cuber tenguk yer..

    salam hasni..memang sos yang ni yang rasa sesuai untuk kami sekeluarga..akak selalu buat yang ni..


    salam liza..terror apa ke bendanya..masak cam ni kata terror..bukan susah pun..

    salam wanmus..gemuk ker sampai nak berdiet..

    salam bulat..apasal...susah ker nak masuk sini. apasal ek..

    BalasPadam
  10. hoho..ni dah terlebih BMI dah ni kak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...