OOO

Rabu, Mac 03, 2010

Mee Kari dan Kari Daging (2 in 1)

 
Kalau buat kari daging akak suker buat sekali mee kari..2 in 1..senang cerita..bagi pilihan kat anak dan suami nak makan yang mana. ala resepi cam biasa ajer..silalah tenguk resepi yer..
Bahan-bahan:
  • 1 paket mee kuning - dicelur
  • 1 paket fish ball
  • 4 biji tauhu pok
  • 4 biji telur - direbus & dibelah 2-akak tak letak
  •  daun sup-dihiris
  • 3 biji cili merah - dihiris
  • 3 biji limau nipis - dibelah 2
  • 2 biji ubi kentang-belah 4 
  • Untuk kuah:
  •  3 camca besar  minyak 
  • 4 camca besar rempah kari 
  • 400gm daging- dipotong kecil 
  • 1/2 kg-500gm santan pekat
  • 1 1/2 cawan -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  • garam  secukupnya
Bahan-bahan tumisan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar, 
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus.
Bahan-bahan kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
Cara-cara
1.  Panaskan minyak.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris dan  bahan2 kisar bersama daun kari.
3.  Kacau sehingga naik bau 
4.  Kemudian masukkan rempah kari dan kacau selama 2 minit.
5.  Masukkan pula daging bersama  ubi kentang dan kacau rata sehingga terbit minyak.
6.  Tuangkan santan, , garam  secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat..tambahkan 1/2 cawan air.
7.  Kacau sekali sekala.
8.  Bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak.  Masukkan fish ball, fish cake, taufok dan rasa dulu yer.
9.  Biar mendidih semula sebelum diangkat .
Suami nak makan nasi...tak nak makan mee kari..tak kisahlah..ambil daging dan ubi kentang udahlah..apa nak susah-susah..betul tak???
 
panas-panas ni makan puding sedapkan...sejuk ajer rasa di tekak.....resepi kat sini puding laici dangdut

7 ulasan:

  1. salam ina..eh berkenan btol cm kat itek ina tu....cantiknya!!!

    BalasPadam
  2. salam kak ina..yelah kita pun berkenan juga kat itek tu..comel ek cikmanggis

    BalasPadam
  3. kak ina...leya klu masak mee kari leya suke rebus kentang dlm 3 biji sampai agak2 empuk pastu blender pastu msk kan dlm kuah kari tadi ...mase dia tgh mendidih la...kuah tu rase mcm manis jerk...resepi sendiri...

    BalasPadam
  4. lamanya tak buat mee kari. nak kena semua ada baru boleh buat, kalau tak, tak de sape nak makan.

    BalasPadam
  5. cadang nak masak kari untuk lunch td, sekali tgk terletak perencah kurma.. haha.. tapi terliur ne tgk resepi kak ina.. Hurmm.. kempunan bilet.. aiya.. huhu..

    BalasPadam
  6. puding laici dandut....selera tengok tul!!!!!.........

    BalasPadam
  7. salam cik manggis..byk tul yang berkenan dengan cik itik tu..ala beli murah ajer..


    salam datin..suker jugak ek..sama selera dengan cik manggis..


    salam Leya..akak tak leh buat camtu sebab hb nak makan dengan nasi..kang pekat sangat kang..tak aperlah..tq sudi bagi resepi.


    salam ain..betul tu..tak lama lagi cuti sekolah baru best kan masak...semua ada..tentu kamu ashik masak ajer kan..


    salam billet..kalau camtu..buatlah hari ni..tentu tak kempunan lagi.


    salam ibu umairah..kalau terbuka selera bolehlah buat..bukan susah pun nak membuatnya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers