OOO

Ahad, Mac 07, 2010

Sardin Roll

 
Wah bestnya cuti-cuti ni kan...boleh bangun lambat....makan  tengahari pun lambat...aduhai nak buat sardin roll ni memang kena rajin...nak kena gelek..nak kena tekan dgn garpu..memang leceh sikit kerjanya..
Resepi ni akak ambil dari rumah Ummi ...resepi asal dari Resepi.net..tapi Ummi ambil dari rumah Jun...aduhai jalan jauh dah resepi ni kan..akak baru teringin nak buat..sesuai untuk makan petang..
Bahan Pastri:- (kurang lebih 34 ketul)
  • 250 gm mentega sejuk
  • 500 gm tepung gandum
  • secubit garam
  • air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 kuning telor - untuk sapuan sebelum dibakar
Cara Membuat:-
  1. Gaulkan mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  2. Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.
  4. Bila filling telah sedia digunakan (telah sejuk), keluarkan doh dari peti ais.
  5. Gelekannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
  6. Letakkan filling di atas doh dan roll.
  7. Letakkan di atas dulang yang telah disapu mentega dan dialas. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus).
  8. Kemudian disapu kuning telor atas doh.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 175C.
 Bahan Filling:- (ikut style ummi ajerlah...)
  • 1 tin sardin (besar) Ayam brand - ambil isinya saja dan hancur2kan dgn garfu
  • 1 labu bawang besar - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar
  • sedikit perahan limau nipis
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili kisar dengan api perlahan.
  2. Bila terbit minyak, masukkan ikan sardin yang telah dihancur-hancurkan. Gaul rata.
  3. Masukkan perahan limau nipis dan garam secukup rasa.
  4. Angkat dan sejukkan.

5 ulasan:

  1. akak,

    terus lapar.. :))

    camne la saya nak continue diet nih, resipi akak sentiasa membuatkan saya masak, makan, masak, makan..

    hheeheh! :)

    BalasPadam
  2. selamat tengahari..jika tak singgah rumah ina ni tak sah hehe..mmg nak buat sardin roll ni leceh sikit tp makannya sekejap je habis

    BalasPadam
  3. akak,

    terus lapar.. :))

    camne la saya nak continue diet nih, resipi akak sentiasa membuatkan saya masak, makan, masak, makan..

    hheeheh! :)

    BalasPadam
  4. Adeh. Lapar roti sardin la plak. Klau saya try buat ikut resipe akak tu rasanya takkan jadi. Maklumla memang takde bakat nk memasak langsung. Ajar la mcm mana pun. hehe. ;)

    BalasPadam
  5. nyam2..sedap..nasib baik dah lunch..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers