OOO

Sabtu, Mac 20, 2010

Tekak nak makan mee dan ubi kayu lagi..

Nak sangat makan mee bandung..nak kata mengidam tak lah kot...cukuplah yang ada....akak ambil resepi dari rumah Hana di Jepun dan Hana ambil dari raidah yang merantau di Abu Dhabi...jomlah layan mee bandung cuti-cuti ni...tq hana dan raidah.. 
Bahan-bahan
  • Mee kuning
  • Cili kering ~ mengikut pedas yg disukai
  • 3ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 biji bawang besar ~ dikisar
  • ½-1 cawan udang kering ~ dikisar
  • 1 cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sos cili dan sos tomato secukup rasa
  • Telur ~ ikut berapa org yg nk makan
  • 1-2 cawan kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
  • Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau
  • Daun daun bawang dan bawang goreng
  • Air rebusan daging
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • sayur - sawi, taugeh.
Cara penyediaan
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan bahan yang dikisar sehingga kuning.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
  • Masukkan udang, daging rebus dan kacau seketika saja. Sedia dihidang.
Cara hidangan:
  • ~ Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah buat sepinggan-sepinggan.)
  • ~ Ambil sedikit kuah dan rencahnya untuk satu orang makan
  • ~ Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur sehingga separuh keras.
  • ~ Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
  • ~ Masukkan kedalam mangkuk dan telur letak diatas, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
  • Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut kesukaan anda..
Beli lagi ubi kayu kat Pasar Tani..kali ni cicah dengan kelapa parut dan gula merah/brown sugar...meletup you....

15 ulasan:

  1. salam ina..eh sama kita..rasa nak makan ubi rebus je hehe

    BalasPadam
  2. Salam Kak Ina,
    bila nengok ubi rebus tu teringat arwah nenek sy. Dia pernah buat ubi bakar menggunakan tanah liat yg dikepal di sekeliling ubi kayu lepas tu letak dalam bara api. Rasanya memang sedap. Dia kata masa zaman Jepun tulah makanan favourite dia

    BalasPadam
  3. Sedapnya bila tengok gbr2 makanan ni...bila la nak dpt rasa mskn kak ina ye?? :)

    BalasPadam
  4. Salam,
    Yummy...meleleh ayaq liur nengok gambar ni. Fuhhhh tetiba je rasa rindu nak makan ubi rebus ;)

    BalasPadam
  5. salam kak ina,

    terliur tgk mee bandung tu....

    BalasPadam
  6. Alahai...ubi kayu..bestnyer..

    BalasPadam
  7. look so sedap k ina, lapar nie

    BalasPadam
  8. fuh,,ubi kayu..memang mengujakan..nak jugak..

    BalasPadam
  9. kak ina...sedapnye mee bandung akak tu...ubi kayu makan dgn sambal bilis pun sedap......tiba2 tingat kat kampung....

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kak Ina

    lama saya tak beri comment
    tapi selalu juga bertandang

    ini sebab ubi kayu tu
    teringat zaman kecik2 dulu
    boleh kata makanan harian
    dulu tak ada makanan segera

    Wassalam

    BalasPadam
  11. alahaii.. kak ina... sedapnye..

    BalasPadam
  12. ubi kayu dulu murah jer. skng sekilo pun dh 2 ringgit. mmg klasik laa ubi kayu rebus ni

    BalasPadam
  13. salam kak ina...emmm dua2 ima sukaaaa...terutama ubi rebus tu!!lamanya tak makan.

    BalasPadam
  14. salam cik manggis..tekak ni dah pusing balik macam orang dulu-dulu lah..entah kenapalah kan..


    salam aidah..amboi klu camtu lagi best kan...rajin ker kita-kita ni nak membuatnya.

    salam kak yong..ala akak masak cam biasa ajer..semua orang boleh masak..ikut ajer resepi..akak bukan pandai masak cam chef wan tu.


    salam anyss..ubi rebus senang ajer nak membuatnya..bukan susah pun..gi ajer beli..


    salam siti..ooo kalau sedap cubalah buat ikut resepi ek.

    salam perkenalan nowwa fitri..kalau best gi ajerlah ke pasar ..beli pastu rebus.


    salam liza..alahai kesiannya kamu..nanti try buat yer..


    salam yuclka..kat sana tak ada ubi kayu kan..sabar ajerlah..nanti balik sini makan puas-puas yer..

    salam gto..alahai ubi rebus pun boleh mengujakan kamu ker..balik terengganu tak rebus ubi ker.

    salam mamashasha..kalau sedap bolehlah cuba membuatnya.

    salam rozali..tak apalah jarang datang dan bagi komen..janji ada juga datang ke blog akak ni..terima kasih yer..
    memang dulu pun ubi ni makanan suami akak sebab mereka adik beradik ramai..ubi ajerlah yang senang nak dapat.
    wasalam.

    salam paij188..nanti balik sini..makan puas-puas yer...

    salam matjoe..ubi kayu dah boleh buat business tau..boleh kaya per..

    salam ima...akak pun suka dua-dua tu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers