OOO

Khamis, April 22, 2010

Ayam Masak Manis Mak Jah

Sebelum tu nak tunjuk gambar akak kat atas pentas.....masa di panggil naik kat atas pentas...akak lupa nak suruh member/anak snap gambar akak...puas akak cari gambar  nii..akhirnya akak akak jumpa kat  blog shiorila

terima kasihlah sebab dia sudi nak snap gambar akak kat atas pentas...akak sempat lagi promote blog lagi tu..kelakar kan tenguk pakaian akak tu..macam sarung nangka ajer..malas nak tukar baju t shirt tu sebab lengan pendek.
Jangan di tanya tau apasal masakan ni sebut nama mak jah...akak tak tahu..dah tulis dalam Majalah Saji camtu..bila akak masak..akak tanya dulu dengan anak...sedap ker idak? kalau tak sedap akak memang tak letak dalam blog ni..

Biasalah kan..resepi dalam majalah ni bukan semua boleh di percayai.  Ok lah membebellah pulak..jom tenguk resepi.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-dipotong 10
  • 1 sudu kecil jintan manis-utk tumis
  • 1 sudu kecil jintan putih-tumis
  • 2 sudu besar rempah kari ikan-campur sedikit air
  • 1 batang serai-dititik
  • 2.5cm lengkuas-dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 kepinga asam gelugur-asam keping
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji kentang-setiap satu potong 4
  • 2 sudu besar air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar
10 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1.5cm halia
6 biji buah keras
15 tangkai cili kering
1 sudu kecil belacan.

Cara menyediakannya
1.  Tumis bahan kisar, jintan manis, jintan putih, serai dan lengkuas sehingga wangi.
2.  Kemudian masukkan rempah kari dan tumis lagi
3.  Masukkan ayam dan kacau seketika. 
4.  Masukkan santan, kentang, asam gelugur, sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
5.  Biarkan sehingga ayam dan kentang empuk.
6.  Pastikan kuahnya tidak terlalu pekat dan cair.
7.  Rasa dulu baru di padamkan api dan boleh di hidangkan bersama nasi, roti jala dan nasi impit.

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    nama Mak Jah, nama gelemor kut
    he he

    BalasPadam
  2. ayam tu sungguh terpesona sekali...
    lapoooo....

    BalasPadam
  3. salam kak ina,

    jiran sblh saya nama makjah.. kalu makjah masak gulai ikan ya allahhh bauuuu terus selamba kitorg bwk pinggan makan ahhahaha.. kalu tingin mkn gulai kan.. kitorg sedia bahan dgn selamba juga pas kat mak jah.. mak jah selalu bebel nk ajar xmo.. bukan ape.. dh tau masak tp sedap air tangan mak jah lagik hahahaha

    BalasPadam
  4. kakjah jiran saya pandai masak, kalaulah saya boleh ciluk skit... :)

    kak ina, beranilah akak, cayalah, saya elak2 mata jer dari memandang encik emcee tu... hehehe

    BalasPadam
  5. wah lau weyh!!!
    sekali nama Mak Jah da~
    erk, kenape tak Ayam Masak Manis Mak Joyah ke, Mak Peah ke..
    ahahahaha
    whoa!

    BalasPadam
  6. Mualaikumsalam Rozali..nama mak penyumbang resepi kot.

    salam ely Hasrul..gelak akak baca komen kamu..tu kira dah malas nak buat lah tu..sampai bila nak harapkan mak jah..nanti bila mak jah dah tak ada..rugi pulak kamu tak ambil resepi best dia tu.

    salam fieza..kalau menyelerakan silalah mencubanya yer..

    salam maksu..kalau camtu maksu kena belajar masak dengan dia..

    ala akak malu-malu jgk kat atas tu..nak pandang kat org ramai pun segan..

    salam hakimfaridzul...entahlah..tanyalah kat penyumbang resepi yer

    BalasPadam
  7. Emm, sedapnya ayam masak manis mak jah tu. membuatku terliur jer, lapar rasa nya. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers