OOO

Ahad, April 04, 2010

Ayam Masalla

Pernah nampak banyak member cyber buat ayam masala ni..tapi kan akak nak ubah selera rasa tulin masakan orang india..akak ambil resepi dari blog love..salah seorang member cyber yang berbangsa india..memang sodap lah...resepi asal mutton masalla.akak tukar ke ayam.

Nih resipinya yer..... 
Bahan-bahannya :- 
  • 1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...akak tukar ke se ekor ayam di potong 16.
  • gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...
  • rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)
Bahan dikisar bersama :-
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1-2 batang serai
Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 1/2 sk biji jintan putih
  • 1/2 sk biji jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)1 sk serbuk Garam Masala
  • 2 gelas air
  • Garam dan aji secukupnya.akak tak letak aji tapi letak 1 kiub ayam
  • Minyak masak 
Cara-cara memasaknya :-
  1. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
  3. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  4. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  5. Kacau seketika dan masukkan tomato.
  6. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
  7. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  8. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air...
Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...
Akak masak nasi hujan panas makan ayam masalla ni.
Petang makan pulak dengan lontong daun ..beli yer tak buat..sebab beli 3 biji tak sampai pun RM4.00..berbaloi...baloi..

4 ulasan:

  1. assalamualaikum Kak Ina

    mukin rasanya macam masakan kari kut
    sebab saya belum pernah rasa lagi

    terima kasih
    kerana sudi bertandang ke blog saya

    Wassalam

    BalasPadam
  2. .hi kak
    .1st time here
    .sedappnyeeeee ayam tuh! =)

    BalasPadam
  3. salam rozali..yang bagusnya tak guna santan..jadi baik untuk kesihatan.


    salam intan..tq sudi jenguk blog akak..datanglah selalu yer..


    salam epul azimi..kecur air liur..cepat gi ke dapur masak sendiri.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers