OOO

Sabtu, April 24, 2010

Buah Melaka

 Bila pergi ke pasar tani ..hajat di hati nak beli buah melaka...tapi bila tenguk RM1.00 ada berapa biji..tak jadilah nak beli..anak akak makan bukan cukup 4-5 biji seorang.  Kenalah buat sendiri kan.  Resepi ni tak ikut sukatan sangat. Pandai-pandailah nak adjust tang air tu.

Bahan-bahan
  • 250gm tepung pulut
  • Sedikit jus daun pandan(3 helai campur air 1/2 cwan kisar..pastu tapis)
  • Sedikit pewarna hijau
  • Kelapa parut yang putih di gaul dengan garam
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Gula melaka di potong kecil-kecil

Cara-cara

  1. Gaul tepung dengan air pandan yang telah di tambah garam sedikit.
  2. Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan.  Kalau tiada air daun pandan boleh gunakan pewarna hijau yang di campur dengan air...
  3. Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut.  Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik.. 
  4. Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
  5.  Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk baru boleh di makan.

12 ulasan:

  1. salam k.ina...bestnya mknbuah melaka nie,anak pompuan atie mmg sukeee sgt!nanti ziarah dia bole la bwkkan...k.ina,nanti dtg umah atie ambil bunga yer....

    BalasPadam
  2. Salaam Kak Ina... walaupun kita orang Melaka, tapi kita tak pernah buat kuih Buah Melaka... cemana tuh!

    BalasPadam
  3. kak ina...dlm byk2 kuih inilah kuih pertama yg sy belajar buat sendiri...hehe sgt senang...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    paling digemari dlm bulan puasa
    mudah n ringkas

    Wassalam

    BalasPadam
  5. salam kakina. sedapnya buah melaka tu! kalau anak2 4,5 biji x cukup, emaknya pulak byk mana baru cukup??? hehehehe...saja nk usik kakina...

    BalasPadam
  6. faveret saya tuh!!!
    agagagaga
    nyum2!!!
    sebijik berapa ni kak ina??

    BalasPadam
  7. betul tu kak..buat sendri mmg puas hati bila anak da ramai2 tu..buatnyer pun mudah je kan....

    BalasPadam
  8. uishh..kueh nie wan saya slalu buat dlu..
    meleleh-leleh kat dlm mulut..
    sodap tak terkata...
    :)

    BalasPadam
  9. sedapnyerr..tingin nk bat neh..kalo mak mentua kite suke bat ngan pumpkin..dia nyer kulit tu la.tepung pulut tambah pumpkin

    BalasPadam
  10. salam azatie..insyallah nanti akak ambil yer..anak-anak pun suker juga kueh ni.

    salam mamafami..org melaka ni dah kira cam derhaka ek..omputih punyer boleh buat pulak.

    salam ☺[ai][sUmi]☺Chan..kalau favourite bolehlah buat sendiri kan..


    salam mamashasha..memang senang sesangat nak buat kan..org baru belajar masak pun boleh buat.


    salam Azita..mak dia makan masa tengah buat ..tak tau berapa biji..tapi kena hati-hati sebab panas..

    Mualaikummusalam Rozali..memang betul..senang ajer nak membuatnya.

    salam hakimfaridzul ...kalau sebiji tak jual..akak jual RM1.00..4 biji..mahal tak?


    salam cikkeju...wan punya penangan memanglah best..

    salam larra...ooo akak tak suka makan labu..tu sebab labu tak pernah masuk kat umah ni.

    salam Haslina..memang betul tu..senang ajer nak membuatnya.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers