OOO

Jumaat, April 23, 2010

Kek Lapis Ais Krim Soda aka Kek Lapis Gatsby

Tak sangka betul..baru ajer akak buat N3 pasal nak minta Ben Ashaari terjah blog akak...tak sampai satu jam dia dah terjah..

Bangga dan terharu akak di buatnya..terima kasih yer...nak baca ...jom ke http://www.benashaari.com/2010/04/geledah-dapur-tertunailah-hasrat-di.html

Jomlah terjah blog dia pulak yer..
Oleh kerana ada permintaan akak show lagi lah resepi kek lapis ni..gara-gara si daydeck lah ni..siap menjerit panggil orang rasa..malu akak dibuatnya.
habis di suruh orang merasa..termasuklah si Robb dari Nuffnang.

 Gara-gara akak bawak masa event gatsby hari sabtu lepas...ada pulak yang menggelarkan kek lapis ni kek gatsby....Pastu ada pulak yang nak mencubernya.  Cuber jangan tak cuber yer.
 Resepi asal dari rumah ROZZAN .
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)
  • 1 camca teh esen raspberry (akak  tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu-tukar ke oren
  • 160 g tepung Hong Kong
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain)-akak tukar ke warna hijau..
  5. Sudukan 3 1/2 camca besar (akak buat 4 camca besar)adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap.

 dah siap potong nak bawak ke situ

21 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    taniah kak
    semoga terus berjaya

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Ina...kek lapis ni memang leceh nak buat kan...tapi kalau yang dah terer macam Ina...orang kata tutup sebelah mata pun jadi aje...

    Anie suka kek lapis cheese & asam manis...

    BalasPadam
  3. wah!!!
    lain kali bagi saya rase pulak ye kak ina..
    almaklum la..time gatsby hari tuh, saye tak kenal akak!
    ngeh ngeh ngeh!
    nampak menarik kek ni!

    BalasPadam
  4. ala sedapnye..rugi btul xpg..next time klu ade event nuffnang mst pg..bleh mkn layer cake k.ina..hehe

    BalasPadam
  5. betul sedap...dd pun dah try dah...lembut jewww kek tu...bestnya...akak leh la buka utk tempahan ari raya nie yer...

    http://dd2909.blogspot.com

    BalasPadam
  6. RUGIIi x tegur akak , kalau x leh merasa.. leps ni wajib wat banyak2 yek kak ..akan ku terjah kamo nnt

    BalasPadam
  7. Review Kek Lapis GATSBY -

    Rasa cukup sempurna,permainan warna agak menarik,Lapis tu kalau boleh tambah 20 lapis selang seli..

    Saya tak boleh review banyak,sebab cuma dapat rasa 1 jer..kalau bagi sedulung mungkin saya boleh buat review sampai part 10..hehehe.

    Memang sodap...boleh termimpi-mimpi dibuatnya..

    BalasPadam
  8. wawawa...1st time dengo ni, teruja nak cuba lah kak ina, sebab mmg suka ape2 pon jenis kek lapis, hiksss :)

    BalasPadam
  9. aduhai...banyak kejanya kan...tp klu da minat mesti masak juga....

    BalasPadam
  10. alaaa..menyesal jumpa kak ina lambat..kan dah menyangap nak merasa kueh lapis soda tu..aiyaa..next time kalau ada gath,akak bawak makanan cari sendra dulu eh!!

    BalasPadam
  11. salam kak ina...sedapnya kek lapis tu...ni saya nak mintak alamat akak... nak hantar hadiah...

    BalasPadam
  12. cedapnye kak ina..terliur ni huhu..memang antu kek lapis

    BalasPadam
  13. sekali makan mesti nak lagii..
    ;)

    BalasPadam
  14. wahhh..nampak sedak je kek lapis tu
    nice work akak :)

    BalasPadam
  15. Salam Kak Ina,
    Kite pun datang terjah juga nie.hehe...
    Kek lapis akak jadi cantik je.. kite pernah try sekali. Tak menjadi pulak. Tak masak kat tengah. tak ada bakat melapis betul kite ni :)

    BalasPadam
  16. wa..akak..bleh bisnes la...maju jaya la hendaknya...

    BalasPadam
  17. skrg baru ler rasa sgt2 rugi tak tegur akak, kalau tau ada kek, mesti liza tak malu tegur gak...

    BalasPadam
  18. terasa lagi kesedapan kek lapis kak ina...lain kali ada gathering, akak bawak la kuih tat plak.. teringin pulak..heheheh...

    BalasPadam
  19. mmg sedap kek ni. lain kali gathering kene bwk gak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...