OOO

Khamis, April 15, 2010

Kek Lapis Alwani


Kek kukus ni akak buat petang sebelum nak pergi ke Project Alpha kat Damansara pada 7hb. lepas...kononnya nak jamu se orang member cyber yang nak tumpang naik kereta akak.  Bila dah siap masak akak bersiaplah .  Yang tak best ..last minute dia batalkan pulak janji kami.

Akak rasa akak dah sama bahagikan sukatan sebelum di letak pewarna..tapi bila kena kat lapisan biru...terkuranglah pulak ketebalan dia.  Tak apalah...sekali sekala mestilah melakukan kesilapan.

Maka rugilah dia sebab tak merasa kek akak ni..sape dia??? Biarlah rahsia.  Kek ni dah pernah buat dulu dah.  Akak ambil dari rumah Dayangjack.

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam-tak bubuh pun anak-anak tak suka
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, hijau dan biru
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan biru, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.


Suka sangat anak-anak anak dengan dadih segera ni.  Senang ajer nak membuatnya.  Resepi ada kat belakang paket.  Memang tak rugi membuatnya.  
Nilah jenama yang akak suka  buat
arahan cara nak memasak ada kat sini.

p/s  N3 pasal Slurpee tu kan orang Nuffnang yang sibuk suruh buat..2 kali orang dia orang call..tulah hasil bila buat dengan tak sepenuh hati.

13 ulasan:

  1. Salam kak. Ini bukan kek lapis sarawak kn? huhu..

    BalasPadam
  2. sy tau siapakah gerangan nye..hehe..rajin btul akak buat kek lapis..nmpk cam sng..sy prnh buat dlu tp ble nk msk lme gle trs jd malas..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    isteri saya buat dadih segera tu selalunya cair(lembut sangat)
    ngapee yeee

    Wassalam

    BalasPadam
  4. ya ampun kaler dia..membangkitkan selera!

    BalasPadam
  5. wow kak! nampak moist ek.... tentu lembut :)

    BalasPadam
  6. Salam kak ina..
    ni kak sue mai nak makan kek sepotong!! Cantiknyer kaler...! Sesuai dgn langsir baru rumah kak ina ni..

    BalasPadam
  7. salam anak perak..entahlah..akak pun tak tahu..akak pakai buat ajer..


    salam merahbaldu..sonang ajer nak membuatnya..pasal 3 lapis ajer..klu berlapis-lapis lagi leceh..klu tahu..diam-diam ajerlah yer


    Mualaikumsalam Rozali......dadih memanglah lembek..kalau agar-agar barulah keras sikit.

    salam maksu..cuberlah buat yer..

    salam Kaksu..tenguklah date akak buat tu..dah habis dah lama dah.

    BalasPadam
  8. salam helena.....memang lawa kan..chewah puji diri sendirilah pulak.

    BalasPadam
  9. alahai..makin teruklah mengidamku nk makan kek lapis sarawak ni..
    tnggu abg ipar pos, xpos2...huhuh...

    BalasPadam
  10. warna warni..

    pembangkit selera btol

    :)

    BalasPadam
  11. salam kak ina..hah ni barulah boleh komen sebab sebelum ni kalau click tang nak komen compem tak muncul-muncul huhu..

    Akak setahun akak bayar berapa yer pakai domain sendiri ni??sekali dengan hosting ke akak tukar??

    BalasPadam
  12. salam dahlia..ala kesiannya..buatlah sendiri..tak pun order ajer dari member cyber yang ada jual kek lapis ni.


    salam tukang kata..oh yer ker..tq

    salam nurul..oh yer ker..sorrylah..akak dah jawab yer kat blog kamu.
    Jumpa esok yer

    BalasPadam
  13. dadih ni senang buat kan akak. mak saya siap borong berpuluh2 paket kalau datang sini nak buat meniaga sbb kak kedah susah dapat dadih ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...