OOO

Khamis, April 01, 2010

Kek Mentega Pelangi

Adusss memang betullah kata member cyber yang pernah baking kek ni..memang lembut dan sedap.nak buat pun senang. Bagi akak manis sikit..sape tak suka manis bolehlah kurangkan. Resepi dari Puan Noraini taukeh kek kat Batu Caves.

Tang warna oren tu akak campur dengan pes limau sikit..walla harum bau dia..ingat kena buat ...sebab rugi tak dapat makan nanti.
Bahan-bahan :
  • 250 gm mentega
  • 220 gm gula kastor (akak buat 200gm lain kali)
  • 220 gm tepung kek
  • 4 biji telur A
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 50 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna merah, hijau dan kuning.-akak buat biru/oren/hijau
  • *akak tambah 1-2 sudu teh pes limau
Cara Membuatnya :
1. Griskan tin pembakar bulat berukuran inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Satukan mentega dan gula lalu dipukul hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, hijau dan kuning campur dengan pes limau.
6. Mula-mula masukkan 1 senduk warna hijau ditengah-tengah tin.Kemudian tuangkan 1 senduk warna kuning diatas hijau tadi dan kemudian warna merah.Ulangi proses hingga habis adunan digunakan. Ratakan adunan agar memenuhi tin.
7. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
8. Bakar kek selama sejam hingga masak. (akak bakar 45 minit ajer)
Rozali oooo rozali..nilah yis kering yang akak selalu guna buat pizza.

5 ulasan:

  1. Salam Kak Ina....Wahhhh dah sampai sini pon kek pelangi yang mebelesss itewwww..

    Yupp..Hari ni genablah sebulan saya kat opis baru....Rinduuuunya kat opis lama....

    BalasPadam
  2. baru cadang2 nak wat kek ni esok...k ina dah godek dulu yek...betui ke sedap???ok,ok...esok pasti ku buat ini kek!

    BalasPadam
  3. nampak menyelerakan. Asal datang sini je terasa macam nak buat. Macam2 nak buat tapi tak buat2 hehe..

    BalasPadam
  4. salam nennie..tahniah yer..semuga murah rezeki kamu kat tempat baru.

    salam uniqika...cuber jangan tak cuber yer..

    salam fiza..sedap tau..cuberlah buat untuk jualan.

    salam kak pah..biasalah tu..orang sibuk..camnalah nak sempat nak buat kan.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...