OOO

Isnin, April 12, 2010

Rendang Daging

Dah lama rasanya tak buat rendang daging..akak buat minggu lepas...Cuberlah yer..
Bahan-bahan
  • 1 kg daging lembu
  • 10  biji bawang merah* 
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia* 
  • 1 inci kunyit hidup* 
  • 1/2 inci lengkuas* 
  • 5 batang serai*(3 batang dikisar..2 batang di titik sahaja)
  • 2 sudu  besar jintan manis# 
  • 1/2 camca teh jintan putih/halus# 
  • 2 sudu besar ketumbar biji#
  • 1 camca teh lada hitam# 
  • 20 batang cili kering (jangan basuh-kalau nak pedas tambah lagi)# 
  • 1 sudu besar makan kerisik 
  • 2 helai daun kunyit  
  • 500 gm santan
  • 200gm air 
  • garam secukup rasa 
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
1.  Daging di potong sederhana besar. Basuh dan toskan.
2. Sangai semua bahan bertanda # (msk dlm kuali dan gunakan api kecil kacau selalu dan jangan hangus..) kemudian kisar dengan sedikit air.
3. Kisar bahan bertanda *.
4. Tumis bahan bertanda# dahulu sehingga naik bau.  Masukkan sekali serai yang di titik tadi.
5. Masukkan pula bahan yang bertanda * yang siap di kisar.
6.  Masukkan pula daging dan kacau sehingga daging kering sedikit.
6. Panaskan santan bersama air hingga mendidih dan masukkan daging tadi.
7. Biarkan mengelegak, masukkan daun kunyit dan kacau sekali sekala dan  biarkan keirng.

8. Masukkan pula kerisik dan garam. Rasa dulu dan bolehlah di padam api.

7 ulasan:

  1. assalamualaikum Kak Ina

    kalau hari raya emak selalu buat rendang dagin
    dicicah dengan lemang
    oooo nikmatnya

    Wassalam

    BalasPadam
  2. selalu kalau tengok rendang daging,mesti teringat raya korban..heheh..ada tak petua nak jadikan daging lembut??saya suka sangat makan daging..tapi kalau leps makan daging yang liat2 haih dah satu kerja nak cungkil balik hah yang terselit2..hahha

    BalasPadam
  3. rendang daging arnab lerr syok

    BalasPadam
  4. Salam kak Ina..
    nk ambek resepi yek..
    buatnya bile xtau ler :)..
    sedap nengok rendang akak ni..

    BalasPadam
  5. lame tak makan rendang kak ina .
    kat kedai beli tak sedap , kena masak sendiri gak baru hao liao . hahahak

    BalasPadam
  6. kak.... daging saya susah nak empuk.

    eh! daging saya plaks, daging lembu.

    camner ek nak buat?

    BalasPadam
  7. Mualaikummusalam Rozali
    Masakan mak mana boleh lawan kan..memang sedap sentiasa..betul kan..


    salam sendra..kalau camtu beli daging batang pinang..tak pun buat jadi serunding..tak yah nanti sibuk nak gigit sampai terselit kat celah gigi.

    salam matjoe...aduhai..ingat murah ker daging arnab..mana nak cari..kat indon banyaklah..


    salam mummyseri..tak apa..ambil dan simpan..manalah tau mengidam nak makan..dah ada resepi..senangkan.


    salam aus..iye ker pandai masak rendang..buatlah akak nak rasa.

    salam mak su..tu sebab akak suker beli daging batang pinang buat rendang..potong tebal sikit..taklah liat macam getah sekerap.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers