OOO

Ahad, April 18, 2010

Video Kemalangan Achik Spin (Murad Md Shari)-Al fatihah

Video selepas kemalangan bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari yang maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang di pandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin semalam.



Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama meninggal  di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus.  Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk di bedah siasat.


Kejadian berlaku ketika  Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas menjalani rakaman program Radio Tv Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Ketika di temui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku.

"Apabila sedar, saya berada di tepi lebuhraya dan dalam keadaan kesakitan'" katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum di hantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. 


Seorang saksi di tempat kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu di percayai sudah meninggal dunia.


"Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat.  Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak", katanya.


Kredit kepada Berita Minggu

Al fatihah buat arwah dan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Terima kasih Pyan Bunjut..akak ambil dari facebook beliau.
Dengan kebenaran beliau maka video ini akak siarkan kat blog akak.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    Al Fatihah untu Acik
    moga roh nya dlm gulungan orang2 beriman

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Al Fatihah tuk arwah
    semoga dtempatkn d kalangan org2 yg beriman

    salam takziah tuk keluarga arwah Achik.

    BalasPadam
  3. salam takziah for the family and Al-Fatihah for Arwah....sedih tgk kat melodi sat tadi

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah...sedihkan...pergi pada usia yang muda...ajal maut tak siapa yang tahu...

    BalasPadam
  5. Al-fatihah utk arwah, moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnyaa....aminnn!..

    BalasPadam
  6. Salam Kak Ina,
    Terkejut dengar berita ni... Al Fatihah untuk arwah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

    BalasPadam
  7. tak sangke kan?semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman...amin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers