OOO

Isnin, Mei 17, 2010

Ashik-Ashik Ikan 3 Rasa

Ikan siakap apa lagi masak yang sedap...ada 2-3 masakan ajer yang selalu akak buat kalau beli ikan ni..kalau kukus ..langsung anak-anak tak pandang terutama cik hb akak..hanyir lah..lembeklah..

Dah pernah dah cuber resepi dari Ah Mat Gebu ni..tapi tahun lepas...akak tepek lagi sekali yer.

Bahan Utama:-
  • 2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar (*ummi guna bawal putih tu je)-akak tukar ke ikan siakap-pastu kepakkan
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
  • 4 batang putik jagung - hiris serong-tak letak sebab tak ada stok
  • 1/4 ketul bunga kobis - potong kecil-tak letak
  • 1 batang lada merah - hiris kasar-tak letak tapi letak daun ketumbar
  • 1 batang seleri - hiris serong-tak letak tukar ke cili benggala
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 camca besar gula
Bahan Tumis:-
  • 1 biji bawang besar - potong berbaji
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 camca besar cili kisar
Bahan Sos:-
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar kicap cair
  • akak tambah sedikit sos ikan
Cara Memasak:-
  1. Lumur ikan yang telah dicuci bersih (akak perapkan dengan jus asam limau dulu dalam 10-15 minit) lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing dengan minyak yang banyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak(akak gunakan minyak zaitun) dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  3. Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
  4. Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
  5. Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 - 3 minit.
  6. Masukkan kicap cair, sedikit sos ikan dan gula. Kacau rata.
  7. Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
  8. Angkat dan hias dengan daun salad (akak tak letak pun) sebelum dihidangkan.Yang ni ada stok sayur-sayura..masukkan ajerlah dalam sos.

3 ulasan:

  1. sayanya family lak selain siakap 3 rasa..saya panggang. je...

    BalasPadam
  2. aduyai kak , sodap nye menuu ..

    BalasPadam
  3. salam kak ina. siakap 3 rasa ni memang fav ni kalau makan kat restoran dgn kawan2. famili tak suka makan so kat rumah tak pernah beli siakap. kalau stim tu anak2 dan hubby kak ina tak pandang, jemputlah kakchik dgn cik abe gi makan hehe, tentu licin.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers