OOO

Rabu, Mei 12, 2010

Ikan Gerut Bakar

Tak pernah cuba lagi makan ikan ni...selalu buat ikan cencaru ataupun ikan kembong...okey jugak bila dah siap...tak banyak tulang..
 ikan gerut sebelum di masak
 Bahan-bahan utama
  • 1 ekor ikan gerut-belah 2 jangan putus. 
Bahan-bahan lain
  • 10 sudu makan cili kisar
  • 6 biji bawang kecil*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya
  • daun pisang secukupnya
  • aluminium foil secukupnya
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus-untuk diperah diatas ikan setelah dibakar..
Cara-caranya 
1. Basuh ikan  basuh dengan jus limau ataupun asam jawa dan toskan.
2. Lumur garam dan serbuk kunyit.
3. Kisar semua bahan bertanda *.
4. Masukkan minyak  dalam kuali dan tumis semua bahan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan gula , jus asam jawa dan garam.
6. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
7. Alaskan daun pisang dengan aluminium foil, letak daun pisang dan sambal diatasnya.  Letak lagi  sambal kat atas ikan barulah ditutup dengan daun pisang bersama aluminium foil.
8. Akak bakar gunakan suhu 180 C dalam 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing. Bila dah 40 minit akak gunakan api atas aje..dalam 10-15 minit.
9.Nak hidang barulah di perah jus limau kasturi sedikit..taknak pun tak apa.
 masak hari yang lain..saje letak ..sayur campur dan daging

9 ulasan:

  1. macam mana rasa ikan gerut ni. mcm sedap je...
    nnt bleh try ni.

    BalasPadam
  2. ikan gerut? nape name ikan pelikpelik ye.. hehe, gerun mendengar ikan gerut. huu

    BalasPadam
  3. akak...ikan gerut ni..ada nama lain dak? nak try beli la...asyik makan ikan yang samaaa aje..boring plak

    BalasPadam
  4. .i wondered
    .mne akak belaja masak3 neh ekk
    .hebat sungguh
    .nk jdkan akak sifu lahh ;p

    BalasPadam
  5. mcm pernah nmpak ikan ni kat kedai! ikan laut ke ikan air tawar ni kak?

    BalasPadam
  6. .oke kak!
    .no prob~
    .nt kite turun kL, kite bgtau ek ;)

    BalasPadam
  7. ooo..itu rupanyer ikan gerut..pernah nampak kat pasar, tp tak pernah beli..

    BalasPadam
  8. tgk gambar pun dah terliur ni..pandai akak masak

    BalasPadam
  9. salam zailiana...entah akak tak tahu pulak ada nama lain..akak pun first time beli..jemu makan ikan yang sama.

    salam ain..ikan lautlah..sedap gak...

    salam intan..tq yer..akak beli dgn RM bukan dgn air liur.

    salam noorma..pernah tenguk ek..nanti cuberlah beli yer.

    salam nik..pandai??tak lah..akak buat pun ikut resepi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers