OOO

Ahad, Mei 16, 2010

Keputusan Akhir Piala Thomas China Lawan Indonesia

Hari akak nak berpihak kepada sape pulak tau..Akak tak pilih sape-sape...tenguk ajerlah..

Dari pukul 2.00 ptg suami dah lepak depan tv nak tenguk Perlawanan Akhir Piala Thomas.  Memang penyokong Indonesia yang memenuhkan Stadium  Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia  hari ni dengan semangat Merah Putih.

Kata suami akak..kalaulah tak ada pekerja Indonesia kat sini..memang kosonglah Stadium tu.

Keputusan Penuh

1.  Single Pertama - Lin Dan lawan Taufik Hidayat- 21-7 dan 21-14. Indonesia Kalah.

2.  Bergu Pertama - Chai Yun/Fu Haifeng  lawan  Mariks Kido/Hendra Setiawan - 25-23, 16-21 dan 21 - 12 - Indonesia kalah lagi.

3.  Single Kedua - Chen Jin lawan Simon Santoso - 19-21, 21-17 dan  21-7 - Indonesia kalah terus....

kempunan nak pegang Piala Thomas tahun ni.

Keputusan muktamad China mengalahkan Indonesia 3-0 dan membawa balik Piala Thomas 2010. 

Sama macam keputusan China kalahkan Malaysia pada hari Jumaat lalu.  Hai Malaysia..janganlah terus terusan kempunan nak pegang yer.

Semalam dahlah  frust sebab kalah kepada Korea Selatan.  Lepas ni BAM kena ambil jurulatih dari negara Chinalah pulak...tak payah lagi guna jurulatih dari Indonesia.



3 ulasan:

  1. I wish Indonesia should give CHina some lessons instead. LOL

    BalasPadam
  2. china dh jd gergasi bdminton..;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers