OOO

Ahad, Mei 16, 2010

Keputusan Kumpulan B Mentor 4 (Thalia tiadalah pulak)

 Biarlah orang kata akak ni terlebih rajin..tak kisahlah kan..janji akak nak tulis apa yang akak suka.  Akak layan tenguk Mentor tadi sebab hb control TV kat ruang tamu.  Kat dalam bilik tak dapat nak tenguk Astro..dapat tenguk rancangan yang biasa ajer.
Adi, Ayim, Shaq, Ila, Nani dan Thalia..tapi Thalia tak ada malam ni...
 Thalia di gantikan dengan Mohd...tak tahu sebab apa Ziana buang Thalia tu
 Best juga  Mentor 4 Kumpulan B.  Best sebab tgk  otai rock menyanyi lagu dengan budak baru si Ayim (Haimie Napsun), 19 tahun ..lagu Dari Kacama & Dalam Kembara...  Bergegar pentas bila pemain gitar dari kumpulan May pun naik ke pentas.. Masa  Ayim nyanyi lagi Air Supply..(slow rock-Making Love Out of Nothing At All) tak berapa sedap..tapi boleh lah.  Aidit bila komen kata sebutan Ayim dalam Bahasa Inggeris tak betul seperti spotlight jadi sportlight...

Pastu Protage Ziana Zain pulak nyanyi..boleh tahan suara Mohd.  Mohd ni menggantikan  Thalia...kenapa ek Ziana menggantikan Thalia..disebabkan Tahlia kurang persediaan mental dan fizikal serta tidak fokus.


Dalam Harian Metro..

 Nampaknya drama Mentor musim baru tidak terhenti setakat itu saja apabila giliran Ziana Zain pula membuat kejutan dengan menggugurkan Ketty Natalia Rasul, 23, sebagai protegenya.

Pengumuman itu dibuat penyanyi Madah Berhelah ini menerusi siaran langsung Mentor 4 membabitkan kumpulan B yang dipancarkan dari Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad jam 9 malam kelmarin. Ziana berkata, dia terpaksa mengambil keputusan itu kerana Thalia baginya belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh cabaran sebagai penyanyi.

"Dia tidak menarik diri sebaliknya saya yang mengambil keputusan ini. Bagaimanapun, ia bukan keputusan saya seorang, tetapi hasil perbincangan bersama Thalia sendiri termasuk pihak produksi.

"Thalia bagi saya peserta punya rupa dan bakat cuma dia belum bersedia mental serta fizikal selain sering menghadapi masalah kesihatan.

"Ramai anggap bidang nyanyian ini mudah tapi tidak sebenarnya. Penyanyi bukan sekadar menyanyi ia adalah satu pekerjaan yang harus dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab. "Saya melihat Thalia belum ada persediaan ke arah itu. Mungkin dia masih budak dan disebabkan itu kurang fokus terhadap kerjaya ini," jelas Ziana.

Ziana sempat ditanya bagaimana reaksi Thalia mendengar hal itu dan penyanyi bernada tinggi ini mengakui bekas protegenya itu amat terkejut.

"Memang dia terkejut tapi saya terpaksa mengambil keputusan ini untuk kebaikan Thalia termasuk semua pihak. Saya mendoakan yang terbaik buat Thalia dan berharap ini bukanlah pengakhiran karier nyanyiannya. "Dengan pakej yang di miliki Thalia, mana tahu dia akan menerima tawaran daripada syarikat rakaman. Mungkin juga dua tiga tahun akan datang selepas dia mengutip segala pengalaman menjadikan dirinya lebih matang sekali gus sebagai penyanyi yang berjaya," katanya.

Kekosongan Thalia kini digantikan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), 22, yang sebelum ini menghadiri uji bakat Mentor untuk menjadi protege Mas Idayu. Mohd juga tiga peserta terbaik pilihan Mas Idayu.

"Walaupun perlu mencari pengganti dalam tempoh 48 jam, saya berpuas hati dengan kualiti bakat yang ada pada Mohd. Dia ada karisma tersendiri apabila berada di atas pentas.

"Suaranya bagus dan paling penting saya nampak dia seorang yang ada keinginan dalam bidang ini. Ciri-ciri ini perlu untuk menjadi protege.

"Misalnya dalam persembahan malam ini, walaupun masih dalam keadaan terkejut diserap masuk ke Mentor, dia tetap berjaya memberikan aksi persembahan yang mantap.

Ziana berkata Tahlia tidak menarik diri.  Beliau yang ambil keputusan tersebut dan ia bukan dia seorang tetapi atas dasar perbincangan bersama Thalia sendiri dan pihak produksi.
 Nama penuh protege baru Ziana bernama Mohd Izwan Mohd Nor 22 tahun yang sebelum ini menghadiri uji bakat Mentor 4 sebagai protege Mas Idayu.  Mohd. beraksi solo menyanyikan lagu Sampai Syurga yang di popularkan oleh Faizal Tahir.

Bila  berduet Mohd dengan Ziana ...best jugak suara dia....mereka nyanyi  lagu masa Ziana nyanyi dengan Awie dulu. ..Senja Nan Merah.  Not bad..walaupun tak sesedap Awie.
Suka dengar nyanyian  Adi Hamiz Johar 23 tahun (Adi) masa Adi nyanyi lagi Kita ..lagu yang di fofolarkan oleh Aizat..best jugak suara dia..  Bila masa menyanyi duet dengan Dayang  menyanyi lagu Meri Jaan dan Nakal...akak tak tenguk sebab basuh pinggan yang berlambak dalam sink.

Bila juri awam bagi  bagi markah Ayim cuma dapat 11, Mohd 14 dan Adi 19.

Juri pro kali ni  ialah Aidit Alfian(rambut panjang)  dan Ad Samad (botak dan suami Dang Suria-kata Dang Suria memang minat dengai Mus)

Gabralah si Aidit tu bagi komen tak best...Ad best jugak bagi ulasan.

Bila di campur semua markah akhirnya Protage Mus menang dengan 38 markah, 

Protage Dayang dapat 32 markah dan 

Protage Ziana mendapat markah terendah 30 markah.  

Okerlah tu kan..janji jangan dapat zero.

4 ulasan:

  1. woh~
    sy da lme xtgk tv so ape kaba mentor pon xtau kak ina
    hehe..
    nsib bek kak ina update psl ni
    tenx!

    BalasPadam
  2. kak ina, dulu2 pernah gk follow mentor ni tu pun mcm chipsmore...mlm tadi tertengok la pulak, kebetulan pas dayang perform, nasz ahmad ada tny pendapat dayang bila ziana tukar protege...dayang kata unfair tapi itu keputusan produksi bukan ziana sorang...wallahualam sy bukak utusan pun takde citer lanjut..nape ek? maybe nak berentap dgn ayim & adi kot...utk ketiga2 protege mlm tadi sy rasa semua hebat-hebat la...

    BalasPadam
  3. menjadi tanda tanya gak kenapa thalia ditukar... Sebab sebelum nie tengo diari mentor mcm ok jer...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...