OOO

Isnin, Mei 31, 2010

Lagenda Budak Setan -The Movie dah nak tayang dah

Baru ajer selesai tenguk promo Lagenda Budak Setan 
di Astro Prima..wah memang menarik cerita ni..
Bila tenguk mula-mula ajer akak dah tertarik nak tenguk..
mungkinkah akak orang yang pertama beratur di pawagam pada 3hb. Jun (Khamis) ni?
akak tak baca lagi novel ni..dah lama dah keluar novel karya ahadiat akashah. nanti kalau gi library minggu ni  akak nak  cuber cari dan nak pinjamlah.  Nak jugak tenguk sama tak cerita kat dalam novel dan di pawagam.
Kisah budak kolej  bernama  Kasyah (Farid Kamil) yang nakal..sampai sanggup masukkan cicak ke dalam air tin Ayu(Lisa Suriyani)
Ayu selamba ajer minum air tu...dia tak tahu Kasyah dah dajalkan dia....tenguklah air muka si Nubhan yang geli geleman tenguk Ayu sedang minum air cicak. 
Apabila Ayu tercekik cicak..kelam kabut Kasyah dan geng dia ....Kasyah cuba nak menyelamatkan Ayu dengan menjolok tekak Ayu...sampai cicak tu dapat di keluarkan...geli geleman  tenguk cicak tu..kalaulah akak yang tertelan mau muntah hijau dibuatnya..
 member baik Ayu ..bagi nasihat supaya Ayu 
berhati-hati dengan Kasyah..suka pedajal orang
Kasyah meminta maaf dengan Ayu..Ayu boleh memaafkan Kasyah
jika dia boleh meminta maaf kepada semua orang yang dah kena dajal dek dia..

Rasanya sad endinglah gamaknya..rasanya Ayu meninggal dunia kot...mesti ramai yang mengalirkan air mata masa kat dalam panggung...jangan luper bawak tisu banyak-banyak ek
wah romantisnya..pasangan yang ideal
kalau kat luar filem cam ni pun akak sukerrr 
Barisan pelakon Lagenda Budak Setan
Filem bernilai RM1.6 juta, arahan Sharad Sharan terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures ini dibarisi pelakon hebat seperti Farid Kamil yang menjadi tonggak utama (Kasyah), Lisa Surihani (Ayu), Nurashiqin (Emilia, Ayu), Que Haidar (Azmi), Leha (Shiela Mambo), Raja Farah (Suzana) dan Fazura (Katerina).
 LIRIK Hilangnya Cinta, oleh  Filianti Vlee
Penyanyi: Filianti Vlee
Tajuk : Hilangnya cinta
Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan..

Sinopsis
 LBS berkisar Kasyah, serang pelajar universiti yang nakal dan sering membuli rakan sekuliah serta pelopor kepada kumpulan anti-perempuan, akhirnya terjerat dengan seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar di kolejnya.


Bibit-bibit cinta pun bermula walaupun mungkin di anggap cinta monyet tetapi tidak bagi Kasyah.  Ayu, gadis yang yang berjaya mencuri hati Kasyah berbelah bahagi sedangkan dia m emasuki universiti berkenaan untuk mengubat hatinya yang luka akibat kecurangan bekas kekasihnya Azmi,


Ayu mencabar Kasyah berubah menjadi seorang yang lebih berdisiplin serta berusaha mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang jika mahukan dia membalas cinta itu. Gurauan itu disabut serius oleh Kasyah dan keikhlasan jejaka itu membibitkan episod cinta mereka.


Kasyah mendapat dana universiti untuk melakukan kajian bagi menamatkan pengajiannya.  Biar pun berat namun atas desakan dan janji Ayu yang akan setia menantinya, Kasyah bersetuju.  Tanpa di sangka, Azmi muncul kembali.  Muslihat Azmi yang berpakat dengan ibu Ayu yang berpura-pura sakit tenat membuatkan gadis itu serba salah.  Mereka yang dipaksa ibunya supaya berkahwin membawa detik malang kepada Ayu apabila Azmi sering mendera Ayu.


Selepas kembalinya Kasyah, Ayu sudah bertukar wajah kerana terpaksa menjalani pembedahan plastik kerana cedera teruk di muka ketika berlaku perlanggaran kereta. Dia turut dikenali dengan nama baru iaitu Emilia. Dia turut diceraikan Azmi.

Penderitaan Ayu/Emilia tidak terhenti disitu, Azmi sekali lagi datang mencederakannya sehingga mengakibatkannya lupa ingatan. Bagaimapun, Kasyah masih sanggup menerima Ayu/Emilia sebagai isterinya. Ayu meninggal dunia ketika dia melahirkan anak hasil perkongsian hidup dengan Kasyah.


p/s Jomlah tenguk ramai-ramai ...sape lagi yang nak sokong cerita melayu kalau bukan kita.

10 ulasan:

  1. wah!!!

    nak tengok la macam ni!!!

    macam best!

    novel tu pun saya nak baca gak!

    jemput datang blog saya untie!

    BalasPadam
  2. memang zaman saya membesar mase novel ni keluar hehe.

    walaupon saya bace lambat he3,mcm2 perasaan ade bile bace novel ni..

    BalasPadam
  3. kekasih hati saya awal2 dah book saya nak pi tgk citer ni. tak kasi tgk ngn orang lain. nak layan jiwang la tu..

    suke tgk lisa + Farid..serasi.

    BalasPadam
  4. ieda tak penah baca buku dia tapi kene wajib ikut cik suami sebab dia gedik nak tgk sgt, heheh :)

    BalasPadam
  5. lagu SOT mmg best..tapi tak sure citer dier sebest buku dier...taku t jadik macam twilight saga plak kang... ;p

    BalasPadam
  6. lepas tgk trailer dia seyes saya rasa macam best citer ni.

    BalasPadam
  7. wahhh..kak ina masih mempunyai perasaan romantis..terbaiklahh..hahah

    BalasPadam
  8. memang best cerita nie.... tapi selepas ayu meninggal, ceritanya lagi sedih.

    Anak ayu dan akashah juga meninggal

    BalasPadam
  9. amph dah tgk citer premiere dier tadi...bestt!!kak ina kena g tgk tau...boleh plak yang citer niey wat part 1..hahaha....sebab kan ader buku katrina??so sambung laa tuh nnt!aper2 pon mmmg best dan sedey...cuma tak best sebab dah tau jalan citer...hahaah!!

    cik maslina: maner ader baby aqasyah and aqasyah meninggal laaaa..just ayu @ amylea yang meninggall...niey mesti kes xbaca novel niey...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers