OOO

Ahad, Mei 02, 2010

Lemon Rosemary Honey Grilled Chicken

 Resepi ni di ambil di http://resipidiana.blogspot.com..tapi akak tambahkan madu.
nak cepat ..nak gi sekolah Ira kejap...
Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kentang, dipotong dadu
  • karot, dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong baji
    Cara-caranya

    1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
    2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
    3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
    4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
    5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
    6. Kentang dan karot D rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, D masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.

    Nota: D masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. Pada D 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkelua
    r, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.

    5 ulasan:

    1. WOW, sedapnya ayam grill tuh!!! Nak jugakkk...hehe ;)

      Akak, got some awards waiting for U...ambik yang mana suka ya!

      http://love2cook-msia.blogspot.com/2010/05/awards-and-cards-receiving-day.html

      BalasPadam
    2. sedapnya ya Allah kakinaaaaaaaaaaaaa..

      BalasPadam
    3. emm sedapnyer nampak kulit ayam yang berkilat tu..nak wt jugak lah..
      chinese style

      BalasPadam
    4. sedapnya...kalau xletak rosemary ok x? or ganti dgn bhn lain? susah nak jumpa rosemary kt area sini, kt pasar pagi pn xde

      BalasPadam
    5. terliur tengok gambar ayam tu, teringgin nk cube :)

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers