OOO

Jumaat, Mei 07, 2010

Rendang Ayam Versi Kak Liza

 Jomlah merendang..lama betul tak merendang..sekarang ni dah senang kan..tak yah kukur kelapa, tak yah lagi menggiling cili dan segala bahan..masuk ajer dalam blender terus halus..akak ambil resepi ni dari umah Ummi dan Ummi ambil resepi dari
buku Senangnya Memasak AYAM Bersama Chef Hanieliza..Akak c & p yer Puan Ummi.
 
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
  • akak tambah 2 helai daun kunyit-disiat-siat dan di simpul 

Cara Memasak
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

    buat lagi puding sagu...dulu buat sikit tak cukup..
    sekarang buat banyak...baru puas hati dapat makan berulang kali..tapi pewarna hijau dah habis..guna jus daun pandan ajer..tu sebab warna tak cantik..nak resepi pergi kat sini...

4 ulasan:

  1. cedapnyer k.ina angah rajin gak jengah blog k.ina tapi tak pernah nak komen2 tapi kali ini tak leh jadi naj gak komen gak..


    hehehe jom la ke blog angah gak.. tapi nama kita sama gak yerr

    BalasPadam
  2. Isyy..masuk jerr blog kak ina nie perut terus laparrr..menyelerakan..tengok resipi tak pakai daun limau purut ek..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers