OOO

Isnin, Mei 24, 2010

Sambal Udang Kicap

Resepi asal sambal sotong kicap tapi akak tukar ke udang.resepi asal dari rumah  Dayang Jack tapi akak jumpa kat rumah Nor.  Memang sedap.  Akak c & p dari rumah Nor...terima kasih dayang dan nor yer..
Bahan-bahan :
  • 300gm udang (digaulkan bersama serbuk kunyit, tepung jagung dan garam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap manis-akak tambah lagi 1 sudu besar
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • sedikit hirisan cili merah dan daun sup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • akak tambah-1 biji tomato belah 4
Bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan udang selama 30-40 saat. Toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing atau pecah minyak.
  4. Masukkan pati ikan bilis, sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi.
  5. Masukkan udang, cili merah, tomato dan bawang besar. Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.(akak tak letak garam ataupun gula..rasa dah ngamm)
  6. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
  7. Setelah masak, hiaskan dgn daun sup dan hidangkan.

Menang contest teka baju dari Alimaz..tq yer

10 ulasan:

  1. salam kak...malu ler akak posting hadiah yang tak seberapa tu....

    BalasPadam
  2. teringat sambal udang mak kawan den buat
    orang melaka
    sodap sih
    pedas yg best tu

    BalasPadam
  3. sedapnye..leh try nanti..hehe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    kegemaran keluarga saya

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Kelaparan.... yang tue yang mampu diucapkan apabila melihat udang itu...

    BalasPadam
  6. pantang belum abis lagilah nak mkn udang... sob sob

    BalasPadam
  7. best laa masakan udang. kene plak udang freshh

    BalasPadam
  8. tengok sambal udang, tetiba rasa nak makan tempoyak udang. nyumm

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers