OOO

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru Buat Guru Se Malaysia

Guru Pembina Negara Bangsa
Selamat Hari Guru di ucapkan kepada guru-guru dan bakal-bakal guru di seluruh Malaysia terutama member-member cyber seperti Nurul dan isteri  eyriqazz. 
 
 Tak lupa jugak buat teman-teman yang masih lagi mengajar di Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia terutama buat guru-guru Tabika Taman Ibukota A, B dan C (tempat akak pernah mengajar dulu) dan juga  buat kakak ipar akak di Teluk Panglima Garang.  

Bukan senang nak mengajar anak-anak Tabika ni.....Bermula di sinilah kami mula mengajar mereka bagaimana mereka mula mengenal huruf dan nombor...walau tak di nafikan ada yang memang dah pandai menulis dan mengira ..sebab ibubapa mereka ajar kat rumah.
Selamat Hari Guru buat Cikgu Bedah, Cikgu Pah, Cikgu Linda, Cikgu Zizah dan Cikgu Faridah..rakan-rakan yang  bersusah payah versana akak..dan pengalaman bersama kelian akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup akak..bertugaslah dengan penuh dedikasi dan dengan sepenuh hati.  

Jangan lupa tau rajin-rajinlah menulis Buku Ringkasan Pengajaran ek..benda yang paling di ambil berat oleh Pegawai kami..  Kalau datang ke kelas..tulah perkara pertama yang mereka check...buat ker tak buat.  Kalau buat selamat..tak buat..kenalah bersoal jawab.

 Juga buat Cikgu Sham. Cikgu Ila dan Cikgu Mahima...teman yang masih sudi berhubung dengan akak sehingga kini.

Tentu sekarang ni cabaran yang di galas memang terlalu berat disebabkan telatah anak-anak murid sekarang yang tidak sama seperti zaman akak dulu..yang memang menghargai, menghormati dan takutkan guru.  Bersabar yer..semuga budi baikmu guru akan diberi ganjaran oleh Allah swt.

Dan buat anak buah akak yang bakal menjadi guru..kalau Mimi di hantar ke tempat pendalaman di negeri yang jauh dari ibubapa..jangan merungut sebab tulah salah satu pengorbanan yang patut diberikan apabila telah memilih kerjaya sebagai seorang guru.

Buat guru-guru sekelian yang sudi hadir di blog akak ni..terimalah kad hari guru dari akak yer.

Budi baikmu takkan di lupa sepanjang hayat.  Tanpamu guru..kami tidak pandai membaca, menulis dan mengira.


Akmal:
Masih…jelas diminda…
Bisikan suaramu memanggil…
Di situ langkahku bermula…
Mengejari cita kau di sisi….
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

C/O:
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Hafiz:
Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Izzat:
Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Yang best tu kan...bila akak jejalan ...ada lagi yang masih panggil akak cikgu ....termasuk ibubapa dan keluarga mereka...terharu dibuatnya..

Dah tentulah akak tak kenal mereka..sebab fizikal mereka dah berubah..dah ada yang bekerja..tapi terharu sebab masih mengenali akak yang mereka panggil Cikgu Garang.  

4 ulasan:

  1. Selamat hari guru juga kepada bekas guru yang fofular ni,
    terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    bekas guru pun orang panggil guru jugak
    jadi saya ucapkan selamat hari guru

    Wassalam

    BalasPadam
  3. happy teacher's day!
    miss celebrating it =P

    BalasPadam
  4. salam cikgu ina garang.....
    hihihihiiiii.......

    sambutan ini untuk kita bersama lah kak ina.....
    sampai bila2 pun kita tetap jadi guru...
    kalau pun bukan guru di sekolah...
    kita guru untuk pemata2 hati kita....


    selamat hari guru juga tuk cikgu ina garang....
    :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers