OOO

Isnin, Mei 17, 2010

Siri Baru Akasia TV3 -Syah Jihan (Layannnnn)Episod Pertama

Slot Akasia bertajuk Syah Jihan telah bermula hari ini menggantikan Adamaya. Kali ni cerita ni di arahkan oleh Ahmad Idham.  Adik beliau pun berlakon juga dan memegang watak sebagai Fendi anak  Mak Yah.
 Fauziah Ghous sebagai Aishah yang di bela sebagai anak angkat oleh makcik Yah.
 Mak Yah  yang di panggil  oleh Aishah ....mak hendak menjodohkan anak beliau Zamer dengan Aishah.  
Aishah di serahkan oleh ibu (Zizah)  kepada Mak Yah semasa  beliau  masih kecil sebab takutkan Tuan Haris..
 tak tahulah kenapa..kena tenguk sampai habislah kan..
Aishah akan bekerja di Syarikat TH Holding setelah di temuduga sebanyak 3 kali oleh isteri Tuan Haris (Rizman Khuzaimi)..Anak Tuan Haris bernama Ogy (Fiza Elite).

Dalam perjalanan ke tempat interview beliau di telah di tahan oleh Jiman untuk meminta sedekah dan sorang lagi peminta sedekah lelaki  telah  mengambil dompet Aishah dan melarikan diri.

Setelah melarikan diri..mereka lepak tepi jalan..Jiman maukan balik dompet itu...tapi peminta sedekah (lelaki tua) tak bagi dan  Jiman  telah memukul lelaki tua  dan menyerahkan kembali dompet tersebut kepada Aishah.

Semasa membelek dompet Aishah beliau terserempak pula dengan Fiza Elite (Ogy-anak orang  Haris) yang terkejut melihat Jiman berpakaian seperti peminta sedekah kerana dia mengenali pula Jiman se bagai Johan seorang General Manager di Singapura.
Kamal Adli-Jiman ..sebenarnya  seorang wartawan menyamar sebagai seorang  peminta sedekah dan menyiasat cuba  kes sindiket peminta sedekah.  Boss beliau  ialah Cat Farish  yang memang best..kelakar giler kan dia ni.

Bila berjalan-jalan bersama Zamer beliau terserempak dengan Jiman (peminta sedekah) dah jadi Johan..masa ni Jiman dah smart pakai baju dan sedang minum di sebuah cafe bersama Ogy.

Sambil lipat kain akak lepak tenguk cerita ni..apa lagi nak buat .

Lakonan  oleh Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite, Kartina Ayob dan yang lain-lain. 
Syah Jihan akan mula disiarkan pada 17 Mei 2010 Setiap Isnin – Khamis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...