OOO

Khamis, Mei 20, 2010

Tumis Air Scallop

 Seumur hidup tak pernah tenguk, makan dan masak scallop ni..masa gi ke Pasar Tani Danau Kota ternampak scallop..tanya harga..fuhhh boleh tahan jugak ek..sebungkus RM12.00..(fuhh boleh dapat ayam seekor)..tak perlah...pejam mata ajerlah sebab nak merasa...takut nanti bila meninggal tak pejam matalah pulak sebab kempunan (ishhh sajer yer nak pot pet)

Pernah juga tenguk member-member cyber terutama duduk kat overseas masak scallop versi mat salleh..tapi takut pulak hb akak tak makan.  Lelama masak ajer cam ni.  Rasa cam kenyal-kenyal macam kunyah chewing gum dan ada rasa cam udang pun ada.

Bahan-bahan
1 bungkus scallop-cuci bersih dan toskan
1 batang serai-ketuk hujung
2 biji cili api-ketuk sikit
1 helai daun kunyit-disiat dan simpul
1 cawan air
garam 
sedikit minyak

Bahan hiris
1 inci halia
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah

Cara menyediakannya
1.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan hirisan sehingga wangi.
2.  Masukkan serai dan cili api dan kacau lagi.
3.  Masukkan air dan biarkan mendidih.
4.  Masukkan scallop ..kacau ..masukkan garam secukup rasa
bersama daun kunyit dan tutup dengan tudung periuk.
5.  Biarkan 5-10 minit baru di tutup api dan bolehlah di hidangkan.

20 ulasan:

  1. salam kak ina KL...
    Saya pun dulu sekali jee pernah jumpa jual scallop segar kat pasar basah...tapi kan kak, kelako koo, aku punya tamak, sebab tak pernah jumpa kan...terus beli semuaaa...hahahaha, tapi saya masak ambik isi dia jee..berbaloi, rasa dia manis kan kak ina....

    BalasPadam
  2. sungguh la tak pernah makan...

    BalasPadam
  3. linn pun tak pernah rasa..kalujumpa pun tingin gak nak rasa

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    belum pernah jumpa lagi

    mai hantar kat sini sikit
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  5. dulu masa kerja hotel slalu gakmasak scalop ni, tapi ieda takleh makan seafood, so..terliur je la tengok..uhuhuhu! :)

    BalasPadam
  6. aduh menatang apa pulak nih??ahaaha

    BalasPadam
  7. best sgt pasar tani tu,saya beli ikan merah seekor harga blh tahan..yg isi mahal

    ade jumpe cili solok lada lagi

    BalasPadam
  8. xpernah jumpe makanan tu ...xde jual kat sini...tapi siyes mmg tak pernah nampak n xpernah makan...jakun tol la sya ni

    BalasPadam
  9. belum pernah try scallop ni. tak pernah nmpak lagi pun ye gak.hehehe

    BalasPadam
  10. salam auntie,

    saya tak pernah makan la..tq info ya!

    sedap ke auntie? saya rasa ayam lagi sedap? auntie setuju?hehehe

    BalasPadam
  11. xpenah mkn langsung..sdap aeh kak..

    BalasPadam
  12. cantik la kulit scallop tu..boleh buat kraft.

    BalasPadam
  13. tak pernah tengok la. biasa dlm tin je

    BalasPadam
  14. kalau i g steambot, mmg yg ni i makan byk2...

    BalasPadam
  15. salam kak..
    sllau tgk kat tv..tapi x pnah jumpa yg fresh..slalu tgk chinese yg suka makan dan masak scallop niehhh..

    BalasPadam
  16. wah..macm sedap je ni..mesti nak cube gak ni..=)

    BalasPadam
  17. eh kite x penah makan laaaa.........sedap ke???hehehee

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers