OOO

Isnin, Jun 21, 2010

Bestlah Dendam Orang Minyak (Lagenda TV3)

Memang tak miss tau tenguk cerita ni...tak dapat tenguk belah petang...tengah belah malam..apa lagi nak buat...dari duk lepak kat pc ajer..layanzz cerita ni pun best.....
SEMPENA meraikan ulang tahun ke-26, stesen televisyen TV3 mengharapkan drama bersiri Dendam Orang Minyak yang disiarkan sejak 7 Jun lalu akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
Drama terbitan Suhan Movies yang disiarkan menerusi slot Lagenda arahan Haris Kadir itu mempunyai 20 episod. Penulis skrip drama itu ialah Zaidi Ahmad Tajudin.
 Ia membariskan pelakon popular seperti Aqasha, Azhan Rani dan Melissa Maureen Rizal yang ternyata berkesan dalam memikat para penonton supaya terus mengikuti perkembangan jalan cerita yang mencemaskan.

Dendam Orang Minyak yang telah memasuki episod ketujuh menyaksikan kebingungan Fendi (Aqasha), seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri.
Kehidupannya berubah setelah menjumpai dan menyarungkan sebuah cincin permata hitam dalam laci arwah ayahnya.
Setelah diberikan amaran oleh ibunya, Fendi cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal. Malah dia langsung tidak sedar apa yang telah berlaku.
 pempuan  ni model...dia  ni pakai susuk emas..kononnya nak cantik...
akhirnya mati di bunuh dek orang minyak
Fendi telah dipergunakan oleh Wak Man untuk mencapai tujuannya dan dirasuk oleh Orang Minyak iaitu Lamin (Azhan Rani) yang mahu membalas dendam terhadap generasi musuh-musuhnya.
Aina (Melissa Maureen Rizal) selaku pegawai penyiasat kes tersebut gagal menemui apa-apa maklumat dalam penyiasatan kes pembunuhan tersebut.
Fendi mula mengesyaki tujuan sebenar Wak Man yang memandikannya dengan minyak hitam dan mahukan penjelasan daripadanya.
Wak Man cuma mentertawakan Fendi dan menyatakan bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada keturunannya.
Dalam mimpi aneh yang dialami oleh Fendi, dia sebenarnya mengimbas kembali kehidupan Lamin sebelum bergurukan Joyo.
 bapa Aina...lakunan Raisuddin memang mantap
 Setelah isteri Lamin, Melati diperkosa dan dibunuh dengan kejam, Lamin mahu menuntut bela daripada Semandan rakan-rakannya namun dihalang oleh Pak Guru Anding.
Seman telah bersumpah bahawa dia tidak membunuh Melati tetapi mengesyaki bayang gelap yang sering merayau di kampung pada waktu malam.
Lamin meninggalkan kampung dengan dendam dan bergurukan Joyo. Demi mencapai kekebalan dan kesaktian seperti Joyo, Lamin perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.
Lantas, adik-adik perempuan musuhnya menjadi mangsa Lamin. Meskipun Lamin berjaya dibunuh oleh Bakar dengan buluh kuning tetapi malangnya, dendam Lamin tidak berakhir di situ.
 ibu mangsa pertama orang minyak
 Walaupun tidak berdaya untuk melawan Lamin yang kini berjaya menguasai dirinya, Fendi tekad melepaskan diri daripada rasukan tersebut termasuk sanggup memotong jarinya.
 Aina pula berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar di samping mengambil berat tentang perubahan yang berlaku pada Fendi.
 Dapatkah Fendi menyelamatkan diri daripada rasukan orang minyak tersebut? Apakah Aina berjaya membongkarkan rahsia Fendi dan apakah tindakan yang akan diambil kemudian?

p/s kenapa akak suker tenguk cerita ni...dari dulu akak suker lakunan
Aqasha...tahniah ek dah bertunang.

14 ulasan:

  1. kadang ade layan gak citer ni kat tv9 malam .hehehe

    BalasPadam
  2. salam kak.
    sempat layan kejap petang hari tu.
    kejap2 je, sebab saya asyik layan korea.
    heee.

    BalasPadam
  3. salam kak;
    tengok gak cite nih tapi tak follow la...nampak cam best je

    BalasPadam
  4. tak pernah tengok... sebab dok layan cerita korea kat TV 8... hehehe

    BalasPadam
  5. ina...sibuk sgt saya ni sampai tak dpt nak tengok dah drama2 kegemaran...asyik ke hulu ke hilir...

    BalasPadam
  6. tak tengok pun cerita ni sebab tak ada tv. uwaaa..

    BalasPadam
  7. ermmmm...mmg best but..x sempatt nak tengok..laaa bz keje....huhuhuu

    BalasPadam
  8. kadang² tengok 10 minit je petang²...hehe

    sekarang ni genre seram popular kan?

    BalasPadam
  9. ALAAA akak...

    kite da suspen dah ni...igt ke akak nk ceritakn smpai habis...hehehehehe...

    BalasPadam
  10. ooo, rupernyer peminat aqasha.... ok gaks lakonan dier.... melisa maureen plaks peminat sy...err, silap...sy minat dier...eheheheh... salute tgk body dier lagi solid lepas bergelar ibu neh...dahlaa sweet... bertuah abg Malique kiter tuh....

    BalasPadam
  11. lagu ending dia tajuk sakti kan? black mentor nyanyi....best ar lagu tu...nak download, tapi xda...dalam youtube pun xda gak

    BalasPadam
  12. It’s really a nice and helpful piece of information. I’m glad that you shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...