OOO

Jumaat, Jun 11, 2010

Char Kuetiau

Ala silap label kat gambar ..malas nak edit..
 Resepi ni ambil dari blog Noorma....bila tenguk kat blog dia macam sedap ajer..akak pun teringin nak buat..
Nak tau rasa dia..bolehlah cuber sendiri yer..katanya dia ambil dari member baik dia yang kerja chef kat Genting Hotel.

Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*-akak tak letak
bahan-bahan bertanda * dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak-akak guna udang ajer
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis

***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
6.Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....

* ni versi kuetiau kering, pada sapa yg nk kuetiau cara basah, masa pecahkan telur tu, masuk sedikit air, kacau dan masukkan taugeh dan kucai...

* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat. Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur. Lagi satu, gunakan api yg besar....

9 ulasan:

  1. wau ina..menggodanya char kuetiau..dengan udang yang besar..ni gambar yang ina buat ke..

    BalasPadam
  2. halamak kak..belum pun sy tgk entry akak ni, tgk tajuk je pun tadi dah terliur dah ni. lapar la..fevret saya ni tau char kuew teow ni.

    BalasPadam
  3. yum3,saya pernah msk sekali jer hihi

    kakkkkk,templete kite same la hihi

    BalasPadam
  4. kak ina pakai ajinomoto gak ker?

    BalasPadam
  5. Ina...anie suka kalau kuey teow kerang...

    BalasPadam
  6. k ina kena bukak kedai makan ler, mcm2 k ina boleh masak

    BalasPadam
  7. salam matjoe..alhai tak lah ..akak c & p ajer resepi dari blog member..tak perasan plk dia ada tulis pak aji tu..

    salam liza..alahai..follow ajerlah resepi tu..bukan susah pun..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...